Salam...

ana rasa saya ni pun berada dlm kategori makhluk asing. Tapi dalam tubuh ana
ada jugak la darah guru yg mengalir ni...

ana faham yg budak-budak sekarang perangai tak macam kita dulu-dulu. Dulu
kita takut gile kalo berdepan dgn guru yg terkenal kerana kegarangannya dan
lebih2 lagi guru disiplin yg tak pernah lekang rotan dari tangannya. Ya, itu
semua dah jadi sejarah.

Byk kawan2 ana yg bergelar 'guru' bgtau banyak mak bapak yg selalu report kt
pihak yg berkuasa pasal guru suka "mendera" anak depa disebabkan depa tak
dapat menerima "perangai" sebenar anak mereka disekolah. Depa akan salahkan
guru. Apa yg Cikgu Nazri tulis kt bawah tu mmg reality. Mak bapak akan
serang sekolah kalo cikgu jentik telinga anak2 mereka tapi depa tak kisah
kalo anak depa tak reti sembahyang, tak reti baca quran, tak buat kerja
rumah, main video game kt rumah berjam-jam, main internet dan mcm2 lagi
(harap anda semua tolong sambung kan...) dan mereka percaya 100% kata2 anak
mereka yg berkelakuan "baik" di depan mak bapak. 

Kat sekolah hanya Allah saja yg tahu. Pelajar bermasalah datangnya dari
keluarga yg bermasalah kan! Ana teringin nak mintak pihak sekolah pasang
kamera litar tertutup (CCTV) dalam sesatu kelas, rakamkan dan panggil mak
bapak depa mai tonton rakaman kelakuan anak mereka yg disayangi. Tak perlu
kt semua kelas, tapi utk kelas2 yg selalu kasi masalah je. ana paham KOS nya
agak tinggi & tak tau praktikal ke tidak. Yela, lg sekali ana ni alien,
pandai bagi cadagan je... tapi ana ni alien yg "terbakar" bila kt media
massa report pasal guru dera pelajar, dan ana tahu, guru mana yg nak mendera
pelajar... pelajar tu yg buat pasal or kata org utara "KETEGAQ"...

Utk Nazri & guru2 semua, teruskanlah jadi lilin yg membakar diri utk
menerangi org lain. Kesabaran anda meninggikan makam anda disisi Allah.

W'salam.

-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of wakafan
Sent: Tuesday, August 21, 2007 3:03 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Disiplin oh disiplin

Sebagai seorang guru disiplin merangkap guru agama,
sudah banyak kali saya bersabar dan terus bersabar
untuk tidak memberi komen apa-apa terhadap pelbagai
keratan berita yang dikerat-dikerat dari suratkhabar
(kalau ditampal di papan kenyataan bilik disiplin
sekolah memang tak muat dah) dan juga yang didengar
dan dilihat dari televisyen. Sebenarnya, saya tak ada
masa pun nak beri komen. Orang yang suka komen sikit
atau banyak di luar sana tu sebenarnya dia hanya
pandai komen sahaja lah. Kiranya, memberikan komen
tentang masalah disiplin lebih banyak dari membuat
kerja untuk mengatasi masalah disiplin. Tidak macam
saya dan guru-guru yang sewaktu dengan saya yang
memang setiap hari memerah otak dan keringat
berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam anak
orang. 

Memang sudah setiap hari keluar berita pasal disiplin
guru dan murid. Saya dah kata dah dulu sempena Hari
Guru dulu, media massa akan terus mensensasikan berita
disiplin guru khasnya selepas berakhirnya sambutan
Hari Guru dulu. Seminggu sebelum dan seminggu selepas
sambutan Hari Guru, semua orang kata yang baik-baik
sahaja untuk guru. Tetapi, selepas itu, segala ucapan
yang baik-baik itu 'berkubur' dan akan 'bangkit hidup'
semula tahun depan pada sambutan Hari Guru yang
seterusnya.

Pelbagai perasaan yang muncul dalam diri saya ketika
membaca pelbagai berita, SMS, surat pembaca, artikel
dan komen tentang masalah disiplin sama ada guru atau
murid. Apabila masalah disiplin itu berpunca daripada
seorang guru, tetiba muncul macam-macam orang yang
memang betul cerdik pandai dan orang yang entah dari
planet mana entah pun nak cuba-cuba nak bagi tahu
kepada seluruh penduduk bumi ini bahawa memang dia
seorang yang bijak pandai dalam dunia perguruan, dunia
persekolahan dan dunia pendidikan ini. Jika masalah
disiplin itu berpunca daripada seorang murid, hal yang
sama juga berlaku.

Dalam kemeriahan permasalahan disiplin guru dan murid
muncul di dada-dada akhbar, saya berjaya juga
mengadakan mesyuarat Badan Disiplin dan Pengawas untuk
penggal kedua ini. Sukar hendak mencari tarikh yang
sesuai untuk mengadakan mesyuarat kerana terlalu
banyak mesyuarat, program dan aktiviti sekolah yang
berebutkan tarikh yang sama. Betapa sibuknya cikgu
membuat amal jariah demi masa depan anak orang. Sampai
tak cukup kaki dan tangan. Kalau tidak diuruskan dan
ditangani dengan bijaksana, memang boleh jadi pening
kepala cikgu dibuatnya. Itu sebab setengah cikgu tak
sampai hati dan tak sengaja 'terdera' anak orang.

Percayalah wahai penduduk bumi ini, bahawa tiada guru
yang ingin mendera anak orang. Mereka hanya mendenda
sahaja anak orang, bukan mendera. Jangan samakan
mendera dan mendenda. Kalau ada anak orang memang
disahkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa sebagai
suatu bentuk deraan, maka ianya dilakukan dengan tidak
sengaja, tidak sampai hati dan tidak sedar diri. Tiada
guru yang mampu menggunakan tangan dan kakinya untuk
mendera dalam keadaan mentalnya waras. Jadi, wahai
penduduk bumi ini, maafkanlah guru jenis ini. Dia
tidak 'bersalah'. Dalam hal ini, saya memang kena jadi
'peguambela' rakan-rakan guru.

Memang betul tajuk tulisan saya sempena Hari Guru
dulu, HANYA GURU YANG KENAL GURU.

Saya hanya membela ketidaksengajaan dan
ketidaksampaian hati mereka 'mendera' anak orang.
Hukuman tetap perlu dijatuhkan kepada mereka yang
bersalah walaupun dengan tidak sengaja. Tetapi, saya
membangkang sepenuhnya hukuman, tuduhan, cacian,
makian yang dijatuhkan dan dilemparkan terhadap
rakan-rakan guru yang hanya mendenda sahaja anak
orang. Kena rotan sikit dihukum. Kena cubit sikit
diambil tindakan. Kena tengking sikit disaman. Kena
suruh cuci tandas masuk suratkhabar. Apa nak jadi
dengan penduduk bumi ini tak tahu lah saya.

Saya hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepala
tanda 'selemah-lemah iman' ketika dapat tahu semasa
Kursus Pengurusan Disiplin dulu tentang pelbagai
pantang larang yang tidak boleh dilakukan oleh seorang
guru terhadap muridnya. Bayangkanlah, jelingan tajam
pun boleh kena tindakan tatatertib. Bukan sahaja guru,
bahkan guru disiplin zaman sekarang macam saya ni pun
tak boleh nak buat macam-macam yang boleh dilakukan
oleh tok-tok guru saya yang mendisiplinkan diri saya
ketika sekolah dulu sampai saya berjaya menjadi
seorang guru yang sangat berdisiplin (ehem..ehem).

Hanya Guru Besar sahaja yang boleh merotan murid. Guru
disiplin tidak boleh merotan selagi guru besar tidak
menurunkan kuasa merotan kepadanya. Percaya atau
tidak, semenjak saya dilantik sebagai guru disiplin,
saya tidak pernah pegang rotan. Apa tidaknya, rotan
pun dah tak wujud di sekolah! Kalau anda nak ketawa,
silakanlah, saya pun sedang ketawa sambil menaip ni.

Lagi satu hal, saya pun tak faham kenapa ramai sangat
nak sibuk perdebatkan sama ada merotan ni patut ke tak
wujud di sekolah. Alahai orang kita, bukankah kita
semua dah setuju bahawa merotan ini adalah sebagai
jalan terakhir seorang guru hendak mendenda seorang
murid yang degil lagi tak dengar kata. Bahkan, kita
semua dah sepakat secara ijmak bahawa merotan yang
berbentuk denda ini tidak sampai mencederakan murid.
Kalau dah sampai mencederakan murid, itu bukan denda
lagi, itu dah jadi kes dera! Kalau dah kena rotan
mestilah rasa sakit. Yang paling kelakar tu ada
pendapat dari makhluk asing planet mana ntah
mensyaratkan merotan jangan sampai sakit. Itu makhluk
asing yang ada gelaran Dato' yang ada PhD lagi tu
(watak ini hanya rekaan semata-mata). Mari kita ketawa
sama-sama lagi.

Saya ingatkan sekali lagi, bahawa guru TERPAKSA,
YA..TERPAKSA merotan kerana budak tu dah DEGIL SANGAT,
MELAWAN CAKAP, KURANG AJAR, BIADAP (sila baca pelbagai
ucapan luahan perasaan SMS guru-guru di akhbar-akhbar
tentang maksud ini, banyak lagi contoh kebiadapan
murid yang luar biasa dan melampau yang malu untuk
saya tulis di sini) terhadap nasihat guru yang tidak
pernah kenal penat dan jemu mengajar dan mendidiknya
seharian. Tidak ada guru yang akan merotan anak orang
yang dengar cakap, yang rajin belajar, yang hormat
kepada guru. Yang ini pun kita semua memang dah faham,
tak perlu nak diperdebatkan.

Jadi, saya rasa saya sudah menjawab dan memberi komen
terhadap 3 isu utama yang banyak diperdebatkan iaitu
kuasa guru, dendaan bukan deraan dan hukuman rotan.
Memang agak melegakan apabila pihak tertentu mula
hendak menyemak semula beberapa perkara yang berkaitan
dengan disiplin dan bidangkuasa guru dalam menghukum.
Tunggu dan lihat sahaja lah apa hasilnya terhadap guru
dan murid kita nanti.

Kepada para ibu bapa yang memang bertanggungjawab
terhadap pendidikan anak-anak mereka di rumah, kami
guru-guru yang menerima amanah di sekolah mengucapkan
jutaan terima kasih kerana memahami kami. Kalau anda
berasa pening kepala untuk menguruskan tingkah laku
dua orang anak anda di rumah, maka tidak perlu hairan
bahawa setiap orang dari kami terasa hendak migrain
untuk menguruskan ratusan dan ribuan jenis tingkah
laku anak-anak anda di sekolah.

Percayalah, kalau anda berikan kami sebatang rotan
untuk mengajar dan mendidik anak anda, kami akan
campakkan dan buangkan semula rotan itu ke dalam tong
sampah. Kami tidak akan fikir dulu sebelum buang.
Bukankah ianya lebih baik dari terpaksa campak dan
buang murid dari sekolah?

Nazri,
www.mendidik.blogspot.com


 
____________________________________________________________________________
________
Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect.  Join Yahoo!'s user panel
and lay it on us.
http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 



Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links




Kirim email ke