Ketika wanita sedang mengandung maka ia perlu mengerjakan sesuatu yang
diperintah oleh Allah SWT. Ia harus memahami akan hakikat kehidupan manusia,
agar menjadi sorang hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh
Allah SWT. Proses kejadian manusia itu di dalam Al-Quran banyak diterangkan.
Firman Allah SWT:-
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati atau
berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan
dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal
darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging
itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan
daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha
sucilah Allah. Pencipta Yang paling Baik.
Di antara amalan-amalan yang baik ketika mengandung iaitu :-
Banyak Bertaubat.
Memperbanyakkan bertaubat kepada Allah SWT atas segala dosa dan kesalahan yang
telah dilakukan. Agar zuriat yang akan dilahirkan nanti menjadi insan yang
bertaqwa.
Menutup Aurat.
Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup menjadi
berkat dan diredhai Allah SWT.
Banyak Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran
Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Qursi
Membaca surah Yassin hingga akhir
Membaca surah At-Taubah hingga akhir
Membaca surah Yusuf hingga akhir, agar memperolehi anak yang soleh,
sihat, cantik dan sempurna
Membaca surah Luqman hingga akhir, agar memperolehi anak yang taat
Membaca surah Maryam hingga akhir, untuk memperolehi anak yang
sabar dan taat
Membaca surah An-Nahl ayat 78.Firman Allah SWT :-
Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak
mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dah ati
agar kamu bersyukur.
Membaca surah Al-Araf : 189.
Dialah Allah Yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya
Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah
dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia
merasa ringan beberapa waktu. Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya
(suami isteri) bermohon kepada Allah, sambil berkata ;
Sesungguhnya jika
Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang
bersyukur.
Membaca Doa.
1. Doa agar anak dalam kandungan dipelihara.
Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan
sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah
jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya
Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya,
fasihkanlah lidahnya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis
dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
2. Doa ingin memperolehi anak lelaki.
Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yang berada di perut
isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seorang anak
laki-laki dengan hak orang yang mempunyai nama yang mulia ini yakni Nabi
Muhammad.
(Doa ini dibaca sebanyak 3 kali dengan meletakkan tangan di perut isteri
yang sudah hamil 2 atau 3 bulan. InsyaALLAH)
3. Membaca Sayyidul Istighfar (untuk pengampunan)
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Engkau,
Engkau telah menciptakan aku, dan aku hambaMu dan aku di atas tanggungan Engkau
dan perjanjian Engkau, aku tidak berkuasa, aku berlindung kepada Engkau
daripada kejahatan yang aku kerjakan, aku mengakui atas kurniaMu terhadapku,
aku mengaku berdosa, maka ampunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang mengampuni
dosa-dosa kecuali Engkau.
4. Doa mohon rahmat.
5. Doa mendapat zuriat yang soleh.
6. Doa mohon diampuni dosa.
7. Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
8. Doa untuk pelindung diri.
Bagi wanita yang mengandung disarankan agar membaca dan mengamalkan doa ini
selepas solat Maghrib. Kerana ianya InsyaALLAH akan dapat menghindari dari
berbagai penyakit dan gangguan halus seperti jin, syaitan, dajjal dan
sebagainya baik untuk diri sendiri mahupun anak yang ada dalam kandungannya.
Dan banyak lagi doa-doa lain...
Untuk kesihatan seisi keluarga, layari laman web
http://www.kedai-e.net/index.php?ref=kmjsiriv
~ STOKIS DE CLASSSIC LIFE (DCL) ONLINE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA,
SABAH/SARAWAK, BRUNEI, SINGAPORE
~ STOKIS DAERAH KAJANG
~ PELAYAK KE-30 TABUNG KERETA PERCUMA DE CLASSIC LIFE (DCL)
~ DINOBATKAN SEBAGAI PUSAT SERVIS DAERAH BERPOTENSI BAGI ZON TENGAH (NEGERI
SELANGOR) BAGI 2007
~ JOM JENGUK APA ADA DI STOKIS ONLINE SAYA
http://www.kedai-e.net/index.php?ref=kmjmail
---------------------------------
Building a website is a piece of cake.
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.