http://alkhatab2.tripod.com/
Salam,
Istilah dalam ilmu hadith
Dalam ilmu hadith, ada beberapa istilah yang dipakai oleh ulama hadith yang
tidak akan kita faham kecuali kita melihat kepada huraian mereka.
Sebagai contoh istilah hadith diriwayatkan oleh as Sab`ah, apakah maksud
istilah ini? As Sab`ah ertinya tujuh. Jadi, bila disebut hadith ini
diriwayatkan oleh as-Sab`ah, maknanya hadith ini diriwayatkan oleh tujuh orang.
Tujuh orang di sini merujuk kepada tujuh orang ulama hadith. Jadi timbul
persoalan, siapakah tujuh orang itu? Maka di sinilah perlunya kita mengetahui
istilah yang diguna-pakai oleh ulama hadith.
Istilah yang akan cuba kita fahami
Di antara istilah yang akan kerap kali dijumpai ialah seperti berikut:
Hadith diriwayatkan oleh as sab`ah, atau hadith ini diriwayatkan oleh as
sittah, atau hadith ini diriwayatkan oleh al khamsah, atau hadith ini
diriwayatkan oleh al arba`ah, atau hadith ini diriwayatkan oleh ats tsalatsah.
Inilah di antara istilah-istilah yang akan kita jumpa apabila kita mula
mempelajari ilmu hadith. Maka di sini akan diterangkan apakah maksud
istilah-istilah ini semua dengan satu persatu.
Istilah tujuh orang (as sab`ah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh as sab`ah (tujuh orang), maka
maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibnu Hanbal, Imam
Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam Ibnu
Majah. Inilah maksudnya apabila disebut hadith riwayat as sab`ah (tujuh orang),
dan susunan nama-nama imam hadith ini disusun mengikut susunan para ulama
hadith.
Istilah enam orang (as sittah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh as sittah (enam orang), maka
maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam
Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam Ibnu Majah. Inilah maksudnya
apabila disebut hadith riwayat as sittah (enam orang).
Istilah lima orang (al khamsah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh al khamsah (lima orang), maka
maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibnu Hanbal, Imam Abu
Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam Ibnu Majah. Inilah maksudnya
apabila disebut hadith riwayat al khamsah (lima orang).
Istilah empat orang (al arba`ah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh al arba`ah (empat orang), maka
maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam
an Nasa`i dan Imam Ibnu Majah. Inilah maksudnya apabila disebut hadith riwayat
al arba`ah (empat orang).
Istilah tiga orang (ats tsalatsah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh ats tsalatsah (tiga orang), maka
maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Tirmizi dan
Imam an Nasa`i. Inilah maksudnya apabila disebut hadith riwayat ats tsalatsah
(tiga orang).
Istilah hadith riwayat Bukhari dan Muslim maka maksudnya ialah hadith ini
disebut dalam sahih Bukhari dan sahih Muslim dengan matannya yang sama, namun
para perawi lain-lain.
Istilah muttafaqun alaih maksudnya kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim
meriwayatkan hadith ini dengan matan dan para perawinya yang sama.
Sahih Bukhari
Jilid 2
Bab membetulkan saf ketika iqomat dan selepas daripadanya.
Dari Nu`man bin Basyir mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w berkata : Hendaklah
kamu meluruskan saf kamu atau kalau tidak, Allah swt akan membalik-balikkan
wajah kamu menjadikan bertentangan antara satu sama lain.
Dari hadith ini, kita tengok bagaimana Nabi s.a.w sebagai imam, baginda akan
perbetulkan dulu saf. Tapi apa yang kita tengok hari ini, kebanyakan imam cuai
dalam hal ini. Dia naik jadi imam, dia tak kalih dah, tak peduli langsung saf
makmum di belakang, tak seru langsung suruh rapatkan saf dan penuhi ruang-ruang
kosong.
Sebab itu hari ini kita tengok walaupun sama-sama ke masjid, tapi sering
kedengaran berlakunya pergaduhan antara jawatankuasa dengan anak qariah. Inilah
trend masjid di akhir zaman. Sebahagian yang pergi masjid bukan atas dasar
keikhlasan, tapi ada kepentingan tertentu. Sebab itu kita lihat ada yang datang
ke masjid ketika hari mesyuarat agong sahaja.
Orang Islam dah berpecah di banyak tempat, jadi jangan bagi mereka berpecah
juga di dalam masjid. Lantikan di masjid jangan kira parti, kalau seseorang itu
berpotensi memakmurkan masjid, lantik dia. Tapi hari ini yang menjadi masalah
ialah perlantikan jawatankuasa masjid tidak lagi dilantik seratus peratus oleh
anak-anak qariah. Apabila anak-anak qariah buat mesyuarat agong dan melantik
jawatan-kuasa masjid, pejabat agama boleh campurtangan menggunakan kuasa
vetonya untuk membatal perlantikan tersebut sekiranya tidak menepati citarasa
mereka. Dengan kuasa itu juga, pejabat agama memberi mandat kepada jkkk untuk
melantik jawatankuasa masjid pilihan mereka. Sebab itu tidak hairan kalau kaki
ganja, kaki judi, kaki rasuah, kaki songlap duit boleh jadi jawatankuasa masjid
hari ini.
Puak-puak ni bukan kaki mai masjid, apatah lagi nak jadi imam solat. Jadi,
bila masuk waktu solat, imam lantikan jkkk tak datang, apa salahnya imam
lantikan anak-anak qariah naik jadi imam? Walaupun jawatan imam lantikan
anak-anak qariah telah dilucut, dia tetap pi masjid macam biasa. Jemaah semua
suka dia jadi imam. Jadi salahkah dia naik jadi imam? Tapi apa yang berlaku,
apabila dia pi jadi imam, dia pula didakwa. Ni apa cerita ni tuan-tuan? Jadi
hari ini, imam kalau takdak apa yang disebut sebagai tauliah, jangan
pandai-pandai nak pi depan jadi imam, silap haribulan boleh kena cekup.
Bab berdepan dengan sesama Islam, pejabat agama memang hebat. Tapi kalau
berdepan dengan kuffar, jadi menikus pula dia. Ingat tak lagi kes Moorthy? Info
yang diterima dari pihak lawyer, pada hari kes itu dibicarakan, yang dilihat
hanya seorang sahaja dari pejabat agama yang hadir, yang lainnya penuh dengan
hindu. Tapi kalau bab masjid, siap polis escort. Ini yang membuatkan orangramai
keciwa dengan pentadbiran urusan orang Islam hari ini. Kalau nak jumpa dengan
ustaz dari pejabat agama bukan senang. Tujuh kali buat appointment pun, belum
tentu lagi boleh jumpa. Sebab itu kita dengar ada kes talak tangguh sampai 15
tahun, tak settle-settle lagi. Kalau beginilah sikap ustaz-ustaz dari pejabat
agama, rasanya, senang lagi jumpa MB Kelantan. Celah remban ayam belakang rumah
MB saja kami buat sessi fotografi. Tak payah buat apa-apa appointment pun.
Allahu`alam.
Rabu 9 Syaban 1428 / 22 Ogos 2007
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel.