Dua polis disyaki kurung, rogol gadis ditahan  

    KUALA LUMPUR: Dua anggota polis berpangkat konstabel ditahan kerana disyaki 
mengurung dan merogol seorang gadis di satu unit rumah pangsa di Setapak, di 
sini, semalam.

Anggota polis terbabit yang berusia 22 dan 26 tahun dari Jabatan Siasatan 
Jenayah Narkotik Pulapol dikatakan mengurung gadis berkenaan sejak seminggu 
lalu di tingkat 14 rumah pangsa berkenaan.

        
                              
























  
ebScriptWin0_3931619195606894.gEbBanners[0].displayUnit.handleFSCommand(command,args,"ebBannerFlash_0_3931619195606894");
      

























 
  
Difahamkan kegiatan dua anggota polis berkenaan bersama seorang lagi rakan 
mereka terbongkar selepas mangsa menghulurkan sekeping nota kepada seorang 
jiran rumah suspek melalui jeriji besi yang dikunci.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berada seorang 
diri di rumah itu kerana suspek keluar bekerja menghulurkan nota meminta tolong 
kepada jiran suspek.

        
                          
























  
ebScriptWin1_39316192002017120.gEbBanners[1].displayUnit.handleFSCommand(command,args,"ebBannerFlash_1_39316192002017120");
      

























 
  
Jiran yang prihatin itu kemudian menghubungi polis untuk membebaskan gadis 
berkenaan.

Sumber berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke 
rumah berkenaan untuk menyelamatkan gadis itu.

“Siasatan awal yang dilakukan mendapati gadis berkenaan dibawa dan dikurung di 
rumah berkenaan selepas berkenalan dengan kedua-dua suspek di sebuah pusat 
hiburan di ibu kota.

“Gadis berkenaan mendakwa dirogol sebanyak dua kali oleh kedua-dua suspek,” 
katanya.

Sumber berkata, kedua-dua suspek yang ditahan itu kini diserahkan ke Bahagian 
Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) untuk 
tindakan lanjut.

Difahamkan kedua-dua anggota polis itu baru satu tahun menamatkan latihan dan 
berada dalam pasukan polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten 
Komisioner II, Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan 
terbabit.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan
   
  http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070822074607/Article/

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

          Harian Metro 17 Ogos 2007 - SEREMBAN: Empat remaja
termasuk seorang dipercayai anak Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Negeri Sembilan, ditahan reman selama
seminggu bermula kelmarin bagi membantu siasatan kes
merogol seorang pelajar tingkatan dua di sebuah
kawasan Felda di Bahau, beberapa hari lalu.

Tiga daripada mereka adalah pelajar sebuah sekolah
menengah, manakala seorang lagi berusia 20 tahun,
ditahan di rumah masing-masing pada Selasa dan Rabu
lalu.

Ketua Polis Daerah Bahau, Superintendan Meyor Hamdan
Meyor Mohamad, yang dihubungi bagaimanapun enggan
mengulas lanjut berikutan kes itu masih dalam
siasatan.

Akhbar semalam melaporkan seorang remaja lelaki yang
dipercayai belajar di sekolah sama dengan mangsa
menjemput gadis itu ke rumahnya ketika keluarganya
tiada.

Dia kemudian merogol mangsa sebelum memanggil lima
lagi rakannya yang secara bergilir-gilir memperkosa
pelajar tingkatan dua itu.

Seorang daripada suspek kemudian menghantar mangsa
pulang selepas kejadian itu.

Kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa ternampak
kesan merah pada leher anaknya, malam Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa memberitahu ibunya selepas didesak
beberapa kali dan laporan polis dibuat pada malam
sama.

Polis sedang mengesan dua lagi lelaki yang disyaki
merogol mangsa.

Sementara itu, Adun terbabit yang enggan namanya
disiarkan, menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada
polis.

“Mereka hanya dibawa untuk membantu siasatan, bukan
lagi menunjukkan mereka bersalah. Biarlah polis
membuat siasatan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20070817094353/Article/index_html

__________________________________________________________Ready for the edge of 
your seat? 
Check out tonight's top picks on Yahoo! TV. 
http://tv.yahoo.com/


         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke