Penggabungan Mega Ala Synergy Drive?
Posted in Bloggers-United, Reformasi, Malaysia at 11:15 am by Ketua Perusuh
Synergy Drive kini semakin hampir menjadi satu gergasi perladangan
negara. Synergy Drive adalah satu gabungan tiga syarikat perladangan utama
negara iaitu Guthrie Berhad, Sime Darby Berhad dan Golden Hope Berhad. Satu
usaha besar yang dijangkakan akan memberikan pulangan maksima kepada pemegang
saham dan semua yang terlibat.
Persoalannya disini ialah jika Sime Darby Berhad tergabung dalam Synergy
Drive, ini memungkinkan semua aset dan projek-projek yang sedang dan akan
diusahakannya tergabung bersama dalam Synergy Drive. Secara otomatisnya,
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) juga akan terletak dibawah kuasa Synergy
Drive.
Synergy Drive pastinya akan mempunyai beberapa aset serta projek bertaraf mega
yang sekaligus boleh membahayakan seluruh operasinya jika Synergy Drive gagal
dalam urusan pentadbiran. Hasil penggabungan ini akan memberikan juga satu
kuasa penuh kepada Synergy Drive untuk mentadbir dan menguruskan Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI).
Apa yang ditakuti akan berlaku terhadap ekonomi Malaysia mungkin akan terjadi
jika Synergy Drive berhasil juga untuk mengawalselia beberapa koridor ekonomi
dibeberapa kawasan yang akan diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Jika ini
berlaku, ianya akan menyebabkan Synergy Drive akan menguasai sekurang-kurangnya
40% tanah dalam Malaysia.
Penggabungan ini juga secara otomatisnya akan memudahkan pemindahan pegangan
saham yang dimiliki oleh Synergy Drive kepada beberapa pihak ketiga (yang
menjadi proksi kepada Temasek Group). Ianya akan membuatkan Singapura (melalui
Temasik Group) memiliki tanah tersebut mengikut nilai saham yang dimiliki
olehnya dan seterusnya membesarkan wilayah negara tersebut.
Beberapa pergerakan dalam dunia korporat dan ekonomi telah, sedang dan akan
dijanakan secara senyap oleh beberapa proksi yang dilantik oleh Temasek Group
dalam usaha mereka memiliki pegangan saham dalam Synergy Drive.
Apa yang pasti usaha mereka ini (proksi Temasek Group) mendapat keizinan dan
perlepasan khas dari Menteri Kewangan Malaysia dan semestinya akan mendapat
lampu hijau dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.
Persoalannya disini, adakah kita ingin membiarkan harta negara terlepas kepada
tangan orang lain dengan sewenang-wenangnya. Adakah kita tidak mahu sedar
bahawa beberapa aset sedia ada telah dimiliki oleh Temasek Group melalui proksi
mereka seperti dalam kes Pelabuhan Utara (Westport), Maxis dan sebagainya.
Kepada pemegang saham utama (majoriti) dan kecil (minoriti) dalam Golden Hope
Berhad dan Sime Darby Berhad, tindakan anda membenarkan penggabungan ini tidak
akan dimaafkan oleh semua warga Malaysia sekiranya pada akhirnya Synergy Drive
terjual kepada entiti asing. Jangan biarkan wang ringgit mengelabui pandangan
rasional anda.
---------------------------------
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.