Tuan,
Memang betul tulisan tuan itu. Perkembangan remaja hari ini memang
membimbangkan. Mungkin kita yang dikurnia ALLAH kesedaran kena memberi
kesedaran pula kepada mereka yang alpa. Itu yang dikatakan Tabliq. Tetapi apa
dan dimana puncanya. Ana kuatir, ia berpunca dari yang dewasa juga. Yang malas
memberi bimbingan secara mulut atau tauladan.Yang berat punggung untuk
menyampaikan petunjuk ALLAH dan memaklumkan sunnah nabi saw. Yang ada pun
terlalu kasar dan rakus, menakutkan remaja remaja hingga lari lintang pukang
menjauhkan diri mereka. Apa kata ente.?
Leon.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Perkembangan remaja kita pada hari ini amat membimbangkan jika semua
pihak tidak mengambil langkah awal dalam melihat serta memantau perkembangan
terhadap kefahaman, keyakinan dan penghayatan Islam di dalam kehidupan remaja
seharian. Hal ini amat penting untuk kita mengetahuinya kerana mereka adalah
generasi yang akan menyebarkan syiar Islam itu di seluruh dunia. Bayangkan,
jika 'orang muda' ini tidak memahami, tidak yakin malah tidak mahu menghayati
akan cara hidup yang benar ini, maka tunggulah saat kehancuran yang bakal
ditempah pada masa akan datang
read more
http://total-success.net/index.php?option=com_content&task=view&id=106&Itemid=1
Mohd Syamil Bin Mohd Yusuff
Bangi
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.