Cadangan Common Law diganti dengan uandang-undang syariah disokong
Presiden TERAS
Thu | Aug 23, 07 | 02:51:59 PM TERAS menyokong
penuh cadangan Tun Ahmad Fairuz supaya undang-undang Inggeris Common Law
diganti dengan undang-undang yang berasal dari tanah air di sini serta yang
sesuai dengan syariah.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
-->
Kenyataan beliau itu sangat wajar memandangkan erti kemerdekaan 50 tahun
Malaysia tidak membawa makna jika kita masih bergantung dan bersandar kepada
undang-undang penjajah.
Sememangnya antara aspek yang sangat penting dalam mencapai kemerdekaan ialah
sesebuah negara itu dapat menggunapakai undang-undangnya sendiri sebagai ganti
kepada udang-undang Inggeris dalam pemerintahan negara.
TERAS berpendapat adalah sangat penting 50 tahun kemerdekaan menggerakkan
sebuah pendekatan yang lebih tepat dengan budaya dan khazanah kita sendiri
dalam mengisi erti kemerdekaan.
Apalah gunanya kita masih beramal dengan perundangan yang jelas asing dari
realiti dan keadaan tempatan kita sedangkan kita sudahpun mempunyai khazanah
perundangan kita sendiri sejak sebelum kemerdekaan dicapai .
TERAS berpendapat adalah sangat wajar Malaysia menggubal semula sistem
perundangannya kearah berteraskan syariah kerana sistem syariah Islam yang
lengkap dan meliputi semua aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara telah
pun mempunyai tapaknya sejak kedatangan Islam pada abad 13 lagi.
Apatah lagi sistem perundangan Islam merupakan sistem yang tidak memisahkan
antara undang-undang peribadi dengan undang-undang awam. Malah kesepaduan
undang-undang Islam antara aspek rohani dan jasmani, antara peribadi dan awam
dan antara negara dan masyarakat jauh lebih unggul dari perundangan Inggeris
yang sekular.
Kami dengan itu menyeru agar pihak kerajaan menimbangkan dengan teliti
cadangan Tun Ahmad Fairuz itu supaya kemerdekaan 50 tahun ini menjadi titik
bermula kita melaksanakan proses Islamisasi perundangan seperti yang cuba
dilakukan oleh Almarhum Prof Ahmad Ibrahim.
TERAS perpandangan adalah tidak tepat mereka yang berfikir bahawa sistem
syariah tidak punya tempat dalam perlembagaan persekutuan. Tafsiran Artikel 3
dalam perlembagaan sepatutnya memberi justifikasi bahawa agama Islam yang
dimaksudkan sebagai agama resmi persekutuan hendakalah berdasarkan makna Islam
yang murni dan meliputi. Bukan hanya soal acara ritual semata seperti yang
sedang digambarkan oleh golongan yang mahu memisahkan undang-undang agama dari
negara.
Kenyataan Media
22 hb Ogos 2007
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.