Pilihlah wakil rakyat yang mempunyai ciri-ciri pilihan
anda. Sekiranya anda diberi pilihan untuk memilih
wakil rakyat di kawasan anda tidak kita dari parti apa
sekali pun samada BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PAS,
PKR, DAP, Bebas dan seterusnya apakah ciri-ciri wakil
rakyat yang menjadi pilihan anda ?
Adakah ciri-cirinya seperti berikut :
Lelaki
Wanita
Muda
Tua
Anak tempatan
Pandai bergaul dengan semua lapisan masyarakat
Kuat pegangan agama. Sekiranya dia seorang Islam, dia
senantiasa memakmurkan masjid. Kalau dia seorang
Kristian dia sentiasa mendampingi paderi dan begitulah
seterusnya.
Mempunyai keluarga yang bahagia
Menghormati ibu bapa
Rendah diri
Sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan
Mudah untuk bertemu tanpa perlu temu janji
Sudi menghadiri undangan tanpa perlu protokol
Tidak mengumpul harta kekayaan
Suka melancong dalam negeri
Atau :
Tidak mempunyai keluarga yang bahagia
Banyak menghabiskan masa di kelab malam, rumah judi
Suka perpoya-poya dengan wanita
Tidak kuat pegangan agama
Sombong
Sukar untuk berjumpa , perlu temu janji
Hanya membantu orang dikalangan kaum keluarga dia
sendiri atau dari kalangan ahli partinya sendiri
Suka mengumpul harta kekayaan, kereta mewah, tanah
ladang, rumah banglo, barang kemas
Bukan anak tempatan
Tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf
dengannya
Perlu protokol untuk menghadiri undangan
Suka melancong luar negara
Senarai ini anda boleh tambah lagi, dan lagi, dan
lagi.
Ingat anda sebagai pengundi. Anda yang membentuk wakil
rakyat di kawasan anda. Kalau wakil rakyat di kawasan
anda sombong, tidak turun padang, mengumpul harta
kekayaan yang luar biasa, yang salah ialah anda.
Jangan pilih wakil rakyat hanya tengok pada lambang
parti, nilailah sendiri wakil rakyat pilihan anda.
Selamat Mengundi . Bila ya ?
____________________________________________________________________________________
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow