Salam Dr. Terima kasih di atas penjelasan Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin. EMAIL - ([EMAIL PROTECTED])
Dr. seorang Islam dan saya pun seorang Islam. Jadi Islam tak boleh menipu. Tolong jawab dengan iklas. Saya ada kemusykilan di sini. 1. Dalam zaman yang serba moden ini, kenapa seorang pelajar di biarkan memegang haiwan ini tanpa berlapik.???? Cthnya sarung tangan kan ada dan setahu saya semasa serangan penyakit JE dulu, VET ada mempunyai kelengkapan pakaian menutup seluruh anggota badan. Kenapa tak di gunakan semasa membuat kajian. 2. Sembahyang lima waktu sehari. Bekerja 8 jam sehari. Dalam 8 jam kita akan menunaikan sembahyang ZOHOR dan ASAR. Katakan sebelum sembahyang ZOHOR pelajar ini dah samak, lepas sembahyang buat kajian semula, pegang haiwan ni dan bila nak ASAR samak pula.... Adakah itu proses yang di lalui oleh pelajar ini???? 3. Melepaskan anjing tersepit...... Jika jumpa anjing tersepit memang kita sepatutnya tolong haiwan berkenaan tetapi di sini Dr tak jelaskan bagaimana nak melepaskan anjing yang tersepit. Bagi saya, banyak cara kita nak lepaskan anjing tersebut bukan hanya dengan memegang anjing berkenanaan kecuali terpaksa. Itu persoalannya. Tolong memang boleh tolong tetapi bagaimana...???? 4. Dalam Islam memang tak haram pegang haiwan itu TETAPI adakan ini Standard Of Procedure (SOP) yang di keluarkan oleh VET yang semua pelajar harus memegang haiwan berkenaan tanpa berlapik.???? Kalau nak banyak lagi boleh di persoalkan di sini tetapi saya ucapkan syabas kerana berjaya kajian tersebut cuma '' ATURCARANYA YANG SALAH ''. Cuba Dr bayangkan kalau pelajar berkenaan memakai pakaian tertutup seluruh badan dan hanya muka saja yang nampak... saya rasa masalah ini tak timbul sebab CARANYA.... Jadi saya rasa Dr lebih berpengalaman dan juga mempunyai latar belakang Agama. Jadi '' fikir-fikirkanlah''.............................. Sekian terima kasih... Kajian untuk kebaikan tak salah tapi cara untuk ''menjadikan'' kebaikan itu mestilah mengikut '' CARANYA ''................................ ~ JEBAT ~
