Cinta kepada agama mengatasi cinta kepada negara                          
                       Ustaz Zainudin Hashim      
         Fri | Aug 24, 07 | 08:36:57 AM                        TAZKIRAH  JUMAAT 
Terdapat pihak yang begitu ghairah, apatah lagi hampir menjelangnya hari 
kemerdekaan negara ke   50 pada 31 Ogos 2007, banyak program atau aktiviti yang 
dirancang bagi memenuhi agenda sambutan   kemerdekaan yang disambut saban tahun.

  
Kalau pada tahun-tahun lalu sebelum mencecah kali ke 50, banyak aktiviti serta 
program yang   diatur memperlihatkan betapa masyarakat masih terikat dengan 
elemen-elemen jahiliyyah abad ke dua   puluh satu yang ditinggalkan oleh para 
penjajah dalam menyambut kemerdekaan negara.   

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
Kalau pada tahun-tahun lalu sebelum mencecah kali ke 50, banyak aktiviti serta 
program yang   diatur memperlihatkan betapa masyarakat masih terikat dengan 
elemen-elemen jahiliyyah abad ke dua   puluh satu yang ditinggalkan oleh para 
penjajah dalam menyambut kemerdekaan negara.

  
Tetapi kali ini sambutan diadakan secara ‘grand’ iaitu besar-besaran yang 
melibatkan wang   ringgit yang bukan sedikit jumlahnya, masa, tenaga serta 
pengorbanan banyak pihak untuk   menyatakan kesanggupan mereka menyambut 
kemerdekaan negara.

  
Ada yang berkonvoi dengan membawa jalur gemilang, tidak kurang yang memanjat 
gunung walaupun   menghadapi kesukaran semata-mata untuk memacakkan jalur 
gemilang, ada yang berenang merentasi   lautan Inggeris berjam-jam di dalam air 
laut semata-mata untuk menaik serta mengharumkan nama   negara, dan 
bermacam-macam kaedah atau pendekatan lain yang kesemuanya bermatlamat untuk 
kebaikan   negara.

  
Tetapi mereka lupa hingga meletakkan kecintaan kepada negara mengatasi cinta 
manusia kepada   agama mereka, kononnya ia berpandukan sebuah hadis Nabi 
Muhammad s.a.w yang bermaksud : Cinta   kepada negara sebahagian daripada iman.

  
Sesungguhnya kenyataan di atas yang kadang-kadang menjadi sandaran umat Islam 
di Malaysia   termasuk segelintir pemimpin negara, sebenarnya sudah tersasar 
jauh, kerana kenyataan di atas   bukanlah hadis yang pernah diungkapkan oleh 
baginda Rasulullah s.a.w, tetapi ia adalah termasuk   dalam katagori  hadis 
palsu seperti yang disebut oleh Imam as-Saghoni dan juga disebut oleh Imam   
a-‘Ajluni dalam kitabnya “Kasyf al-Khofa’ wa Muzil al-Albas” jilid yang 
pertama, mukasurat 413,   terbitan Dar at-Turath, Mesir, tanpa tarikh.

  
Walaupun dari segi maknanya bagus, tetapi ia tidak boleh dijadikan sandaran 
rujukan kerana   ianya adalah hadis palsu, apabila ada orang yang mengamalkan 
hadis palsu, iaitu hadis yang tidak   disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w, 
maka orang yang kata ia sabda baginda, maka orang itu   telah melanggar 
ketentuan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi : Sesiapa yang berdusta ke atasku 
dengan   sengaja, maka akan disediakan untuknya bangku yang panas (diperbuat 
daripada api neraka) hadis   mutawatir yang diriwayatkan lebih daripada dua 
puluh orang sahabat Nabi.

  
Waspada adalah kunci kejayaan seorang muslim  
Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh muslim/muslimah yang sayangkan agama 
mereka, memahami   lima perkara yang wajib dipelihara, perkara ini ada 
ditegaskan dalam kitab-kitab ilmu agama   Islam, antaranya tulisan Dr Abdul 
Karim Zaidan dalam bukunya “Usul ad-Dakwah” yang telah   diterjemahkan ke dalam 
bahasa Indonesia oleh Pak Natsir dengan judul “Dasar-dasar ilmu Dakwah”.

  
Lima perkara yang wajib dipelihara itu ialah agama, akal, jiwa, harta, 
kehormatan serta   keturunan, namun memelihara negara tidak termasuk salah satu 
daripadanya.

  
Ini bukan bermakna, sebagai warganegara tidak perlu menjaga negaranya, kerana 
orang-orang   kafir juga bersungguh dalam menjaga negara mereka walaupun yang 
lain-lain tergadai.

  
Rasulullah dalam sirahnya juga ada menyebut semasa beberapa ketika sebelum 
berhijrah ke   Madinah menegaskan di hadapan Kaabah : Wahai Makkah, Wahai 
Kaabah! Engkaulah negara yang paling   aku cinta (kerana baginda dilahirkan di 
situ), tetapi kalau tidak kerana penduduk-penduduk Makkah   mengusir aku 
keluar, aku tidak akan keluar. – sila lihat kitab-kitab Sirah.

  
Nabi juga sayangkan negaranya, tetapi baginda bertindak mengikut arahan Allah 
untuk ke Madinah   kerana agama Islam tidak boleh berkembang di Makkah, atas 
dasar agamalah baginda meninggalkan   Makkah.

  
Agama menjadi perkara utama dalam agenda perjuangan Rasulullah s.a.w, justeru 
matlamat tidak   menghalalkan cara, itulah kaedah yang diguna-pakai dalam 
disiplin ilmu “Usul Fiqh”.

  
Matlamat serta cara baginda memelihara agama adalah selari dan sekata, tidak 
seperti sambutan   kemerdekaan negara  yang disambut oleh pelbagai lapisan 
masyarakat, agama bukan lagi menjadi   matlamat untuk dipelihara.

  
Sambutan disambut hingga awal pagi dengan penganjuran konsert-konsert para 
artis termasuk   artis wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, 
percampuran para peminat atau pengunjung   antara lelaki dan perempuan 
dikatakan begitu bebas, akhlak tidak lagi dipelihara,   terkadang-kadang solat 
diabaikan, akhirnya kerana mahu menjaga serta mengharumkan nama negara,   agama 
menjadi mangsa tindakan liar sebahagian besar umat Islam.

  
Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara, walaupun caranya menjejaskan 
hukum-hukum   Islam, namun ia tidak lagi diendahkan oleh individu bernama 
muslim.

  
Persoalan agama akan ditanya dalam alam kubur sedangkan negara tidak.  
Apa yang ingin dijelaskan, bahawa penulis bukan tidak sayang kepada negara, 
malah berbangga   menjadi warganegara Malaysia, bukan sahaja di peringkat 
kebangssan, malah kalau keluar negara pun   penulis akan kata, saya seorang 
warganegara Malaysia.

  
Namun biarlah sambutan kepada negara diberi pertimbangan waras, begitu juga 
persoalan agama,   ia sepatutnya diberi slot secara meluas menerusi 
program-program TV, radio, akhbar-akhbar, dengan   iklan yang beradab, 
bersopan, beretika sesuai dengan Malaysia sebagai pengerusi OIC, bukan sahaja   
mampu menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, malah menjadi contoh pelaksanaan 
hukum-hukum yang   ada di dalamnya.

  
Kerana semua itu akan menjadi saksi ketika kita berada di alam kubur, Malaikat 
akan datang   bertanya, apa agama kamu, siapa imam kamu, ketika itu kita akan 
jawab, bahawa Islam adalah   agamaku, al-Quran adalah imamku, tidak sedikitpun 
ditanya mengenai negara.

  
Agak-agaknya sudahkah kita bersedia dengan jawaban-jawaban tersebut, ia hanya 
boleh dijawab   oleh amalan kita, bergantung pula kepada sejauh mana amalan 
yang kita lakukan semasa hidup di   dunia, sama ada amalan Islamkah, 
Sekularkah, Komuniskah atau isme-isme yang lain.

  
Kita tidak mahu berbangga dengan anak-anak muda yang sanggup berkorban untuk 
negara pada masa   akan datang, tetapi pada masa mengorbankan aspek agama 
mereka, dan bangga anak-anak muda kita   berjaya dalam hiburan atau sukan, 
tetapi tidak menjaga solat mereka, akhlak, sopan santun, budi   bahasa dan 
lain-lain, yang kesemua itu melambangkan jati diri kita sebagai orang yang   
beragama.-Az

      



       
---------------------------------
Ready for the edge of your seat? Check out tonight's top picks on Yahoo! TV. 
       
---------------------------------
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see what's on, 
when. 

Kirim email ke