Tuan
Maaf, saya terespon kepada yang lain daripada hidayahnet. Maaf di pinta.
Maklumlah orang baru. Ada saya terbuat lagi, sebelum terbaca catatan tuan.
Harap maaf lagi.
Baiklah memang benar orang melayu itu hebat, kerana itu kita boleh membuka
Melaka, Terengganu, Kedah dan lain lain lagi termasuklah Singapura. Bangsa
melayu yang menamakan singapura itu. Tetapi hari ini milik siapa? Dulu orang
orang cina yang mengembara dan menetap di Melaka pun sampai hilang bahasanya
seperti kaum baba di Melaka. Tetapi hari ini, Melayu sudah tidak hebat seperti
itu Melayu hebat dalam pelbagai agenda lain yang mereka sendiri tau
keseronokkannya.Malahan melayu sebenarnya pun sudah tidak ada. Yang ada hanya
imbasan melayu, yang rambutnya pun sudah warna lain, matanya sudah warna lain,
telinga ada 5 hingga 6 subang, hidung pun ada subang, pusat pun ada subang,
lidah pun ada subang. Itu salah pemimpinkah atau ibu bapa mereka, yang
mengizinkannya atau tidak peduli apa nak jadi. Setahu saya tiada sesiapa jua
boleh merosakkan sesiapa kecuali ALLAH AZAWAJALLAH. Yang lemah imannya akan
segera terputus dari rahmat ALLAH dan hancurlah dalam keseronokan dunia.
Tetapi yang kuat imannya tetap teguh dan gagah untuk memimpin mereka yang
kecundang itu. Apakah kita begitu?
Leon.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Wahai Bangsa ku,
Kita akan terus terpinggir dan akan dipinggirkan sekiranya kita tidak peka apa
yang telah terjadi pada tanahair ini.......................cuti-cuti
lihat sekitar kita.
Bangsa Melayu adalah pedagang dan pelopor ekonomi di Nusantara sewaktu masa
dulu........itu dulu,tak mengapa ianya sekadar
panduan utk kita supaya tidak menjadi seperti Melayu di selatan tanahair ini.
Tanahair ini telah di Pecah Perintah lalu bertaburan serta berpecah belah dari
segala segi dan bidang...kuasa,ekonomi,agama
parti,muafakat,kefahaman..dll.
Penjajah dari Barat telah berjaya melakukan agenda mereka seperti
SEPANYOL.,Belanda ,Inggeris juga Portugis
dan misi mereka adalah jelas sepertimana yang dilakukan oleh NATO keatas umat
Islam kini...."Terus mencengkam dan menguasai
negara Islam dan memastikan pemimpin negara Islam mengikut telunjuk mereka...."
Nusantara telah di serang dan ditawan kemudian mereka mengubah infrastruktur
penempatan penduduk demi kekuasaan yang
berterusan...Pusat atau port atau kawasan perdagangan yang dikuasai oleh org
melayu dimusnahkan
Penjajah perlu memastikan misi serta visi mereka adalah untuk jangka masa
panjang....sehingga kiamat kot.
kekuatan ekonomi Islam atau melayu nusa perlu di hancurkan....Dakyah serta
akidah umat melayu perlu di racun
sehingga kehidupan org melayu bergantung kpd mereka sahaja...kerana mereka
percaya "kemiskinan membawa kepada
kufur...."Bila kufur Allah tidak berserta makanya kita tidak mendapat
pertolongan...
Mereka menanam rasa pada umat melayu bahawa apajua yang kita kecapi datang dari
mereka bukan dari Allah
itu lah kehancuran AKIDAH umat melayu dari semua lapisan...atas hingga kerakyat
jelata
hasilnya...tanpa kita sedar kita selalu mendengar ibubapa kita kata"belajar
rajin-rajin nanti senang dapat kerja"..ini adalah
hasil dari agenda mereka...dididik kita untuk makan gaji dengan kata lain hidup
bergantung pada yg lain....
penjajah berkata"kita bagi umat melayu hanya sikit-sikit manisnya supaya mereka
selesa dan tidak memberontak....."
berlakulah keadaan ini hingga sekarang.
Selepas sumber kekuatan ekonomi melayu di musnahkan ,Penjajah membina
penempatan baru untuk mengekalkan kekuasaan mereka berterusan supaya mereka
kekal menguasai dunia
Bina Bandar baru diletakan org asing,bina estet/ladang/kampung baru diletak org
asing juga.Org melayu kekal ditempat asal....
Sekarang ini tanahair ini telah di rampas sedikit demi sedikit atas
kebijaksanaan serta kekayaan yg ada pada org asing yang menjadi
tembok mereka.Orang politik bercerita pasal Malaysia kerana takut kehilangan
KUASA,bukan pasal bangsa melayu
Orang politik didikan Bapa kemerdekaan hasilnya seprti sekarang......apa yang
dijaga utk org melayu...
hak melayu hendak dibuang jua....hak raja telah di buang,bahasa melayu telah
dibuang,sekolah melayu telah di buang,
yang tinggal sek cina atau sek tamil.....apa agenda mereka ini???talibarut
penjajah dari zaman ke zaman
SIFAT MELAYU SEKIRANYA ORG BERSOPAN DAN BERADAP TAPI HATI BUSUK TETAP DILAYAN
SEBAIK MUNGKIN
TANPA SEDAR ITULAH SENJATA MEREKA "LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN.."
leon adrianto
Sent by: [email protected] 02/09/2007 11:32 AM Please
respond to
[email protected]
To
[email protected] cc
Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] UMNO bukan memulakan kempen mendapatkan
kemerdekaan.
Saudaraku Kholid,
Ya memang benar tulisan tuan itu. Hari ini, begitu menyedihkan ramai anak anak
yang sudah tidak keruan hidupnya, seperti tiada pedoman dan bimbingan. Yang
sudah tu, elok kita bukukan. Sesiapa yang benar benar fasih tentang perjuangan
itu, eloklah menulis untuk dijadikan rujukan generasi masa kini dan masa
hadapan, agar kesilapan itu boleh diperbetulkan berdasarkan kepada fakta fakta
yang jelas. Perjuangan yang lebih besar adalah memastikan kehidupan masa
hadapan dapat dijuruskan atas landasan yang kita kehendaki. Agar anak anak kita
juga tidak terjerumus dalam majoriti itu. Tapi bagaimana? Ada strategi ke?
Tolong kongsi bersama.
Leon
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Aswt,
Kemerdekaan yang dicapai telah secara palsu menobatkan keagungan kejayaan
perjuangan UMNO. UMNO berjaya nafikan perjuangan ramai yang lain yang bukan
atas platform UMNO. Kemerdekaan sebenarnya diberi kepada UMNO kerana British
sudah tidah mampu berdepan dengan perjuangan ramai pihak. Namun pihak dan
kumpulan lain yang berjuang sejak lama sebelum penubuhan UMNO terutama gerakan
Islam telah digelapkan oleh UMNO yang menguasai media massa di negara kita.
Perjuangan kumpulan Islam hanya disebut sekadar melepaskan batuk ditangga
tidak didokumenkan dengan jelas apa lagi untuk menjadi kurikulum pendidikan
sejarah di sekolah-sekolah. Kanak-kanak sekolah seperti saya dulu lebih
mengetahu sejarah perjuangan kemerdekaan negara lain dari sejarah di negara
sendiri.
Kini demi meneruskan cengkaman UMNO untuk terus menerajui pemerintahan
negara bersama parti-parti kaum bukan Melayu maka mereka pun terpaksa "lebih
memberi' kepada kaum lain. Sejak dua dekad lalu kerana sokongan orang Melayu
keatas mereka mula berkurangan maka mereka mulai sengaja lupakan apa yang telah
diasaskan sejak capai kemerdekaan seperti kedaulatan Bahasa Melayu dan banyak
lagi bagi mengekalkan ikatan mereka dengan kaum bukan Melayu. Pencemaran keatas
budaya Melayu (yang positif) berlaku melalui media massa dengan berleluasa dan
alasan mereka ialah negara ini berbilang kaum. Maka lahirlah anak-anak muda
Melayu yang sudah berambut perang dan bertindik hidung dan telinga dan paling
menyedihkan sudah ada yang murtad. Jika UNNO terus berkuasa bukan saja Melayu
akan hilang di dunia tapi Islam juga akan jadi ugama yang dianuti sekadar pada
nama saja. Maka apa yang sedang berlaku kini seperti mana kata seorang Presiden
sebuah pertubuhan NGO Islam baru-baru ini dalam
muktamar mereka ialah suatu gerakan untuk "bebas dari agama" bukan "bebas
untuk beragama" Nauuzubillah!!
ibnuAli
kota jembal
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Sesungguhnya, apa yang mengembirakan kita hari ini adalah kemerdekaan itu telah
diperjuangkan dan dicapai oleh orang Melayu, tidak kiralah apa keturunanan,
kaumnya atau latarbelakangnya. Sekiranya ia diraehkan oleh orang bukan Melayu,
bagaimana agaknya.? Adakah kita akan jadi seperti negara jiran kita diselatan,
yang memusnahkan sejarah perjuangan orang Melayunya? Ada lagi yang kuat
disebelah utara, seperti tidak berjaya hendak dimerdekakan. Orang Melayu lari
kepinggiran dan ke tanah besar. Dimanakah agaknya pejuang kita hari ini.?
Adakah kita masih mengigau dengan kehebatan laksamana Hang Tuah, yang katanya
tidak Melayu hilang di bumi! Sedangkan anak anak Melayu banyak yang ketagihan
dadah, merempet dijalanan, yang tua dengan motornya, yang kecil dengan
basikalnya.Sedikit demi sedikit hilangnya Melayu dalam arus kemodenan palsu.
Yang sudah berambut perang, bertindik hidung, telinga dan pusat. Yang bermata
biru, hijau dan kelabu.Merdeka kah kita?
Leon.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Sesungguhnya gerakan nasionalisma yang merintis jalan untuk mengisytiharkan
Tanah Melayu atau Malaya Merdeka telahpun bermula sejak dari sebelum pendudukan
Jepun di Malaya pada tahun 1941.
KMM atau Kesatuan Melayu Muda satu gerakan nasionalis Melayu yang dipimpin
Ibrahim Yaakob telah ditubuhkan seawal 1938. Ia merupakan satu badan radikal
yang menentang penjajahan Inggeris ketika itu.
Perjuangan KMM ini mendapat sokongan padu dari para guru Melayu lepasan MPSI
(kini UPSI). Antara lepasan MPSI yang terlibat adalah Hassan Manan, Abdul Karim
Rashid dan Mohd. Isa Mahmud. Selain itu antara yang turut terlibat dengan KMM
adalah Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Abdullah CD (yang
kemudiannya memimpin PKM).
Pada masa itu, boleh dikatakan PKM dan PKMM telah menggembeleng tenaga dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Namun, menurut
Rashid Maidin dalam bukunya "Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan
Bersenjata kepada Perdamaian", Umno bukan saja tidak mahu kemerdekaan, malah
menentang gerakan PKM dan PKMM itu.
Perjuangan menuntut kemerdekaan oleh PKM dan PKMM diejek dengan perbandingan
sendaan âbuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon!â
(Shamsiah Fakeh di dalam bukunya "Memoir Shamsiah Fakeh Dari Awas ke Rejimen ke
10" menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan tidak ada ahli Umno yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh
kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali
gantung)
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.