Tawaran untuk ibadah korban dan aqiqah di Kemboja
adalah dibuka sekarang ini. Ianya adalah sebahagian
dari misi Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja untuk tahun
2007 pada 19 hingga 24 Disember 2007.

Satu bahagian korban ialah RM 200 dan aqiqah RM 350.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Dr Hj
Abd Rani 019-3422151

 
******************************

MISI KEMANUSIAAN KE KEMBOJA 1427 H: PROGRAM
QURBAN,AQIQAH, BERKHATAN DAN RAWATAN PERUBATAN

Bandar Baru Bangi (AMAL): Yayasan Amal Malaysia (AMAL)
telah menganjurkan program Qurban, Aqiqah, Berkhatan,
dan Rawatan Perubatan di Kemboja sempena Hari Raya
Aidil Adha yang lalu. Seramai 55 orang telah menyertai
rombongan tersebut terdiri daripada Jawatankuasa AMAL
Pusat, Negeri, Pegawai Perubatan dan sukarelawan.
Mereka berangkat ke Kemboja pada 30 Disember 2006 dan
selamat kembali pada 4 Januari 2007.

Rombongan diketuai oleh Dato’ (Kemboja) Dr Rani Osman
dan Sdr Jamuluddin Elias. AMAL kali ini berkerjasama
dengan Madrasah Ad-Diniah Kampung Batu 10 Cheras yang
diketuai oleh Utz. Zakaria bagi menyempurnakan ibadah
Qurban dan Aqiqah di beberapa buah kampung di Kemboja.
Antaranya ialah di Kampung Phom Roka dan Kampung
Telmol. Sebanyak 135 ekor lembu telah disembelih bagi
tujuan tersebut.
 
Pada masa yang sama, rombongan telah memberikan
rawatan perubatan secara percuma di setiap kampung
yang dilawati. Dianggarkan antara 70 orang hingga 150
orang telah dirawat di setiap kampung yang dilawati.
Program berkhatan dilakukan di Kampung Phom Roka dan
Kampung Tehmol. Seramai 23 orang remaja dan
kanak-kanak telah dapat dikhatankan. 

Maklumat dan pengalaman berada di Kemboja sempena
program ini mungkin dapat dikongsi bersama setelah
penulis menyediakan diari perjalanan ke Komboja.
Wartawan jemputan yang turut hadir dan peserta juga
mungkin dapat menghantarkan artikal dan foto yang
mereka ambil masing-masing.

Cikguman. 


     
  Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com
    
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
  Pusat Pendidikan Al-Irshad http://alirshadns.blogspot.com
  Kelab Motor NS http://nsarc.blogspot.com 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke