Suka membaca kenyataan di bawah tapi boleh tuan berikan bukti 
    yang bahawa Sultan Mizan mengeluarkan arahan kepada RAMD.
    Jangan hanya dengar dengar atau sembang untuk menyedapkan
    jalan cerita, secara logiknya Sultan Mizan tuu masih ada otak
    agar tidak mencetuskan huru hara hanya kerana satu perhimpunan
    bukannya rusuhan . Tolong attachkan bukti tersebut agar kita semua
    menerima berita dengan tepat .


    Wassallam 
    
  ----- Original Message ----- 
  From: Shukri Mohd 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Saturday, November 17, 2007 9:21 PM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] Benarkah Sultan Mizan murka?


  Sabtu 17 November 2007 | 7 Dzulka'edah 1428 Hijrah 

    Benarkah Sultan Mizan murka?  
        Buletinonline 
        Sat | Nov 17, 07 | 10:51:03 am MYT  
        'Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram' itulah 
tajuk berita yang dikeluarkan oleh Bernama, yang dianggap oleh Raja Petra 
sebagai satu 'permainan silapmata' di Laman Malaysia Today. Artikel ini adalah 
terjemahan bebas dari tulisan Raja Petra di dalam kolumnya 'The Corridor of 
Power'. 
        Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section 
atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan 
telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda. 
          
        Kepada rakyat bawahan pastinya pengumuman begitu sesuatu yang 'serius'. 
Pegawai tinggi Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan mengeluarkan 
kenyataan bagi pihak Agong! Siapa sebenarnya Dato' Wan Mohd Safiain? 
          
        Raja Petra menganggap bahawa Pegawai Pengelola Istana Negara itu 
hanyalah memegang jawatan seperti Jeanne Danker Abdullah sebelum dinobatkan 
oleh media Malaysia sebagai 'Wanita Pertama'. 
          
        Padahal wanita pertama sepatutnya adalah DYMM Permaisuri dan status 
Jeanne Danker hanyalah wanita yang ke-22 selepas para permaisuri dan sultanah 
di seluruh Negara. Namun peranan media yang dikawal oleh kerajaan membuatkan 
kita semua percaya bahawa Jeanne Danker adalah wanita pertama. 
          
        Wan Safiain berasal dari Terengganu yang berkhidmat di Jabatan Perdana 
Menteri, yang mana sebenarnya seluruh pejabat Istana adalah dibawah Jabatan 
Perdana Menteri. Pegawai-pegawai yang bekerja di istana Negara adalah 
sebenarnya pegawai kerajaan yang di'tanam' di istana untuk menjadi mata, 
telinga dan kadang-kadang menjadi 'mulut' kerajaan. Oleh kerana itu, sekarang 
kita ketahui bagaimana kerja Jabatan Perdana Menteri di Istana Negara. 
          
        Kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini bukan keluar dari DYMM 
Agong, kerana ia tidak dikeluarkan oleh Penyimpan Besar Mohor Raja-raja. tetapi 
adalah dari pegawai kerajaan Malaysia. 
          
        Apabila 100,000 rakyat minta perkenan Agong untuk mengadap pada 10 
November lalu, Agong tidak mengatakan 'tidak mahu' menerima 100,000 orang 
rakyat untuk mengadap beliau. Agong bahkan mahu mengetahui berapa ramai yang 
akan mewakili 100,000 rakyat dan nama-nama mereka yang akan mengadap. 
          
        Agong juga menyedari bahawa kerajaan akan cuba mengecewakan usaha 
100,000 rakyat untuk mengadap beliau. Dan itulah yang telah terjadi. Kerajaan 
meletakkan syarat supaya rakyat memohon permit untuk berhimpun mengadap Agong. 
Dengan itu BERSIH memohon permit namun telah ditolak oleh kerajaan, bahkan 
kerajaan memberi amaran akan bertindak sekiranya 100,000 rakyat berhasrat untuk 
meneruskan Himpunan Aman BERSIH. Dan polis pun bertindak bagi pihak kerajaan. 
          
        Apabila peluru gas pemedih mata di ledakkan kepada peserta Himpunan 
Aman BERSIH di sekitar Masjid Jamek-Masjid India, 'khabar telah disampaikan' 
bahawa Briged ke-19 Regimen Askar Melayu di-Raja (RAMD) telah bersiap siaga, 
untuk merempuh masuk sekiranya berlaku kemalangan maut. Empat Belas Kerta 
Perisai telah sampai sebelumnya dari Sungai Petani dan berkhemah di Kem Tentera 
Sungai Buloh, bersedia untuk campurtangan dalam notis segera. Mereka hanya 
perlukan 10 atau 20 minit untuk sampai ke lokasi sekiranya terdapat tindakan 
keras keatas rakyat. 
          
        Butang kecemasan akan ditekan dan loceng akan berbunyi. Peristiwa 13 
Mei 1969 telah menyaksikan kejadian sepertinya di Kampong Bharu. Regimen Askar 
Melayu bukan satu permainan, dimana Agong adalah Ketua Komander dan askar akan 
mematuhi arahan komander tanpa mengambil kira keselamatan nyawa mereka. 
          
        Sebab itulah tindakan polis mengendur. Tugas mereka dikurangkan dengan 
hanya diletakkan di persimpangan untuk menghentikan kereta bagi memberi laluan 
peserta Himpunan Aman BERSIH untuk melintas jalan dengan selamat. Regimen Askar 
Melayu di Raja terus bersiap siaga sehingga keesokkannya. Kemudian 14 kereta 
perisai, senyap-senyap keluar dari Sungai Buloh dan kembali ke Sungai Petani. 
          
        Itulah yang membimbangkan kerajaan. Agong tidak bertitah, baginda tidak 
mahu menerima mengadap wakil-wakil dari Himpunan Aman BERSIH 100,000 Rakyat. 
Bahkan Agong meminta nama-nama perwakilan yang mengadap. Dan apabila kerajaan 
mengugut untuk mengambil tindakan terhadap rakyat, Briged ke 19 RAMD telah 
dihantar ke Kuala Lumpur dengan 14 buah kereta perisai. Inilah caranya Agong 
mengatakan bahawa sekiranya kerajaan bertindak menembak para peserta Himpunan 
BERSIH, sebagaimana kerajaan menembak Suwandi dan Azman di Batu Burok, dia akan 
bertindak atas nama rakyat. 
          
        Oleh yang demikian, kerajaan tidak berkeras. Mereka tidak ada pilihan 
kerana 100,000 rakyat mahu mengadap Agong, dan Agong mengisyaratkan 'Ya' kepada 
rakyat. Briged ke 19 RAMD dihantar untuk memastikan bahawa isyarat penerimaan 
'Ya' Agong terhadap permohonan mengadap rakyat, dipenuhi. 
          
        Pak Lah telah mengeluarkan 'dekree' di dalam ucapan penggulungannya di 
akhir Perhimpunan Agung UMNO sehari sebelum Himpunan Aman BERSIH. Dia kata dia 
'pantang di cabar'. Menantunya, si Khairy meminta polis menangkap semua orang 
yang menyertai Himpunan Aman BERSIH. 
          
        Jadi, tangkaplah si Khairy ! kalau boleh tangkap!. Tangkap 1,000, 
tangkap semuanya 2,000 orang. Kalaupun jumlah 5,000 orang, tangkap semuanya! 
Tangkaplah semuanya kalau jumlah 50,000 orang sekalipun. Tetapi, sekiranya 
jumlah 50,000 ditangkap, masih ada dalam perjalanan 50,000 orang lagi! 
Bagaimana nak tangkap 100,000 orang rakyat sekiranya ada 50,000 orang lagi 
sedang berarak tiba di Kuala Lumpur? 
          
        Mana boleh tangkap jumlah 50,000 orang! Mana polis ada kemudahan lori 
untuk menangkap 50,000 orang dan mana ada penjara yang boleh memuatkan 50,000 
orang.tahanan ! 
          
        Kesudahannya, Himpunan 100,000 rakyat yang sebenarnya berlaku di Istana 
Negara. Walaupun pada mulanya, BERSIH mengisytiharkan akan berhimpun di Dataran 
Merdeka. Nampaknya kerajaan telah tertipu! Mereka (BERSIH) mahu polis berhimpun 
(tertumpu) di Dataran Merdeka, supaya peserta Himpunan BERSIH boleh berarak ke 
Istana Negara tanpa sebarang halangan. BERSIH telah menang, kerajaan tertipu! 
          
        Baiklah, kerajaan tak akan kalah semuanya. Kerajaan masih boleh membuat 
pengumuman yang DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak setuju 
tidak berkenan. Kerajaan akan meminta ketua pengelola Istana Negara, seorang 
pegawai kerajaan, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, membuat pengumuman penting 
iaitu '(Agong) Tuanku Mizan Kesal Dakwaan Baginda Sokong Perhimpunan Haram'.  



------------------------------------------------------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 

   

Kirim email ke