Saban hari semakin ramai orang sekeliling kita
memerlukan bantuan. Terpulanglah samada kita buat tak
tahu, menghulurkan bantuan sekadar mampu, memberi
nasihat, berdoa atau menyalurkan maklumat tersebut
kepada orang lain.

Semalam terima satu panggilan talipon , tanya ada tak
kerja kosong , suami pemanggil perlukan kerja sangat.
Saya kata buat sementara ni, tempat saya tak ada kerja
kosong. 

Makin mencabar kehidupan rakyat Malaysia, tambah nak
naik sekolah ni. Minggu lepas kami sekeluarga
melakukan operasi bersih. Membersih semua buku-buku ,
pakaian sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah. Tengok
mana yang masih boleh dipakai, mana yang perlu
dibaiki, mana perlu ditampal, mana perlu dijahit.
Kemudian barulah senaraikan apa yang perlu dibeli.

Hujung minggu lepas dimulakan operasi membeli baju
sekolah. Walaupun dah cari pakaian lama, dan bajet
betul-betul, setelah ditambah membeli pakaian sekolah
untuk lima orang anak dah hampir RM 400. Nak tak nak
kena beli, itu keperluan, bukannya kemewahan.

Itu belum yuran sekolah (atau tahun depan tak panggil
yuran lagi, mungkin bayaran tambahan sekolah) yang
jumlahnya semakin tahun semakin naik. Tak masuk beg,
kasut sekolah untuk menggantikan yang rosak. Tak
termasuk buku aktiviti, buku latihan, buku kerja
walapun buku teks mungkin percuma. Dan lagi, dan
lagiĀ…..

Kalau saya, suami isteri bekerja pun dah menggeleng
kepala memikirkan persekolahan anak-anak tahun 2008
nanti. Bagaimana mereka yang berpendapatan rendah,
yang kais pagi makan pagi, petang tak dapat kais sebab
hujan. Mungkin akan lebih ramai anak bangsa Malaysia,
tak kiralah bangsa Melayu ke, Cina ke, India ke yang
akan keciciran.

Balik pada tajuk asal yang setiap hari ada yang
memohon pertolongan, mungkin tahun depan setiap jam
ada yang mohon pertolongan (tidak mustahil).

Hari ini saya terima SMS dari sahabat saya Ustaz Nazri
yang memerlukan RM600 untuk menjelaskan yuran
pengajiannya di semester lima sebelum 15 Disember
2007. Dia mengambil pengajian Diploma Syariah di Kolej
Darul Al Hikmah, akan tamat pengajian semester 6 pada
Julai 2008 , insyaAllah. Mungkin RM600 itu pada
sesetengah kita tak banyak, tapi bila dah ramai orang
minta tolong, akhirnya kita mampu sumbang sedikit.

Kalau sorang beri RM5, 120 orang dapatlah RM600. Kalau
sorang beri RM10, 60 orang dapatlah RM600. Begitulah
seterusnya.

Kepada mereka yang ingin turut serta dalam skim
pelaburan membantu mereka yang memerlukan bolehlah
menghubungi terus Us Nazri 019-3457690 . Akaun bank
Ustaz Nazri ialah Md Nazri Md Yusof , CIMB bank
05060082146527


     
  Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com 
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com 
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping

Kirim email ke