al-Qaradhawi : Takbir Raya Yang Warid Dari Nabi saw
sumber dari laman inst al-Qayyim:
http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=194&Itemid=2
ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak Thursday, 11
October 2007
Soalan :
Bilakah dimulakan takbir hari raya ? dan apakah bentuk takbir yang ma'thur
dalam bertakbir ?
Dari Fatwa Mu'asarah al-Qaradhawi
Takbir Hari Raya
Penterjemah : Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Soalan :
Bilakah dimulakan takbir hari raya ? dan apakah bentuk takbir yang ma'thur
dalam bertakbir ?
Jawapan :
Takbir hari raya al-Adha terbahagi kepada dua:
(Pertama) Takbir al-mutlak harus dari awal zul hijjah hingga ke hari raya (10
zulhijjah), dengan bertakbir di jalan-jalan dan dipasar-pasar, di Mina, apabila
seseorang bertemu dengan seorang yang lain, mereka membesarkan Allah (dengan
bertakbir).
(Kedua) Takbir al-Muqayyad ialah takbir selepas solat-solat fardhu, terutamanya
bagi solat jamaah sepertimana yang disyaratkan oleh kebanyakan para fuqaha.
Demikian juga (dilakukan) ditempat solat hari raya, ketika menuju ketempat
solat hari raya, ketika duduk di dalamnya, hendaklah setiap orang bertakbir dan
jangan dia duduk mendiamkan diri, samaada 'Ied al-Fitr atau 'Ied al-Adha,
kerana pada hari tersebut sepatutnya di zahirkan syiar-syiar Islam. Dan antara
yang lebih jelas syiar-syiar itu adalah dengan bertakbir.
ÒíäæÇ ÇÚíÇÏßã ÈÇáÊßÈíÑ
Maksudnya: "Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir." (Riwayat al-Tobrani di
dalam al-Soghir dan al-Awsath)
Berdasarkan ini, sewajarnya bagi orang muslim menzahirkan syiar ini pada hari
raya, apabila mereka menuju ke tempat solat atau duduk di dalamnya menunggu
didirikan solat, hendaklah mereka mengangkat suara-suara mereka bertakbir
dengan menyebut:
Çááå ÃßÈÑ Çááå ÃßÈÑ áÇ Åáå ÅáÇÇááå æÇááå ÃßÈÑ Çááå ÃßÈÑ æááå ÇáÍãÏ
Inilah bentuk yang warid daripada Ibn Mas'ud, Imam Ahmad mengambil bentuk
takbir ini, terdapat juga bentuk takbir dari Salman:
Çááå ÃßÈÑ Çááå ÃßÈÑ Çááå ÃßÈÑ ßÈíÑÇ
Adapun selawat dan zikir-zikir yang lain tidak warid dari Nabi saw seperti
(ucapan):
Çááåã Õáø Úáì ÓíÏäÇ ãÍãÏ æÚáì Âá ÓíÏäÇ ãÍãÏ...
Selawat ke atas Nabi saw disyariatkan pada bila-bila masa, akan tetapi
menentukannya dengan bentuk sebegini dan pada waktu ini tidak terdapat dari
Nabi saw dan tidak juga dari salah seorang sahabat baginda. Sama juga dengan
ungkapan takbir hari raya yang ditambah itu:
áÇ Åáå ÅáÇ Çááå æÍÏå, ÕÏÞ æÚÏå, æäÕÑÚÈÏå, æåÒã ÇáÃÍÒÇÈ æÍÏå....
Bentuk Ini juga bukan bentuk takbir yang ditentukan untuk hari raya,
sebaliknya yang takbir yang ma'thur adalah apa yang telah disebutkan tadi,
iaitulah:
Çááå ÃßÈÑ Çááå ÃßÈÑ áÇ Åáå ÅáÇÇááå æÇááå ÃßÈÑ Çááå ÃßÈÑ æááå ÇáÍãÏ
Maka bagi setiap muslim sepatutnya benar-benar mengambil berat tentang takbir
ini, supaya dia memenuhkan ruang tempat solat dengan bertakbir dan dia
bertakbir pada hari-hari haji kesemuanya. Adapun takbir al-Muqayyad dengan
selesai solat-solat fardhu, ia dimulakan selepas solat fajar hari 'Arafah dan
berterusan hingga 23 waktu solat, yakni hingga hari keempat hari raya haji,
dimana takbir itu diakhiri selepas solat asar pada hari tersebut. (Fatwa
Muasarah, juzu 1, m.s. 411-412)
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.