Jadi renungan bersama
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin .
Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..
Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang
telah terpesong itu. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu >yg memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh
dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang:
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam
dimalam yang gelap! Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan
menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang
kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...
Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehiini
ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD
dibelakang? Makna AD ialah "AnnoD! omini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno"
ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh
diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah
... . Insaflah kita kerana
secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW
seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?
Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar , Sheikh
Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut
31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi
mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita
sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD .
Nauzubillah.
Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang
sertasalah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.
Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan
diberikan hidayah'
Subject: Pesanan Roh Kepada Sesiapa yang Bergelar Manusia Sahaja
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan,
aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat
maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga
jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi
sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yati m dan janganlah kalian Menyakiti
mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak
akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara
anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai
ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu
menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu
berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.
Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang
sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka
mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah
kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu
juga dia memanggil anak jirannya dan mence rita kan apa yang dilihatnya dalam
mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji
di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya
tidak lama selepas itu, Abi
Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai
ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orangitu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa
itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu
dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yati m dan keluar
penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh
orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini
mengusap kepala anak-anak yati m dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki
ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis
ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,
maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir
sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata
ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik
saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu
dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya
kepada AllahS..W.T maka keluarlah
roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping