Kasih Seorang Ibu...
"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara
antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu
menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,
diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia
bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa
kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi
yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi
itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang
kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek
rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak
menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan
di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri
walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah
suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si
ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia
baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri
yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia
tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan
tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak
mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih
berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga
ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga
anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik,
pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak
percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati
bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa
diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta
ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih
ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan
di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih
sayang kepadanya..
"Saya Sayang Ibu"
Biar susah, jangan menyusahkan..
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM &
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.