Tip pikat jiwa galak muslimat bertudung Oleh Endok Sempo Tahir
Sejak akhir akhir ini isu tudung menjadi hangat semula. Bertudung adalah satu
kewajipan yang jelas diperintahkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana ia
adalah satu daripada kewajipan wanita Islam.
Antara tips yang boleh menarik hati yang ikhlas dan sejahtera:
a.. Lindungi daripada dikasari
Ini agak rumit tetapi perlu dilakukan. Ada beberapa organisasi Islam yang ingin
melaksanakan Islam menggunakan kaedah yang disebutkan sebagai pendekatan
'baseball bat': dengan menggunakan kekerasan atau main kasar.
Ini amat bertentangan dengan kaedah Islam yang anjal. Apabila kita melihat
wanita Islam yang tidak memakai tudung dikasari atau diberi layanan negatif
kita perlu menolongnya dan berbuat baik kepadanya.
a.. Beritahu kepada rakan yang lain jangan prasangka atau menghukum
Aktivis Muslim perlu diberitahu supaya tidak menggunakan pendekatan "baseball
bat" dan terlalu mudah menghukum wanita yang tidak bertudung. Beritahu mereka
dengan bukti dari Quran dan Sunnah bahawa Islam mengajak manusia menggunakan
kebijaksanaan.
Jika cara ini tidak berkesan, dapatkan ilmuwan atau mereka yang boleh
dipercayai boleh memberikan nasihat, kaunseling, teman berbincang yang
mendengar, boleh dipercayai dalam menyelesaikan masalah.
a.. Tekankan keimanan terlebih dulu
Islam diutuskan kepada Nabi (SAW) secara berperingkat dan Muslim pada hari ini
juga harus melaksanakannya secara berperingkat. Sebelum seseorang memperkatakan
mengenai tudung kepada seorang wanita, aspek yang paling penting yang perlu
ditekankan ialah aspek asas Islam dan asas keimanan. Asas Islam perlu
diperhatikan dulu seperti kepentingan mendirikan sembahyang lima waktu,
berpuasa di dan sebagainya.
a.. Tidak menjadi apologetik
Dalam menggunakan pendekatan bersikap baik dan berlemah lembut, jangan kita
bersikap apologetik atau menyembunyikan kebenaran pengajaran Islam. Sekali
lagi, kebijaksanaan adalah perlu, tetapi seorang wanita tidak boleh mengatakan
tidak memakai tudung adalah diterima dari perspektif Islam. Hukum bertudung
sepakat oleh jumhur ulama dan tidak boleh dipertikaikan.
a.. Jika mereka mula mahu bertudung, sokonglah mereka
"Sokongan yang padu amat diperlukan bagi mereka yang ingin bertudung," kata Dr
Katherine Bullock. Apabila seorang wanita menerima tanggungjawab untuk
bertudung, dia selalunya memerlukan pertolongan, menyiapkan persiapan mental
untuk menghadapi beberapa kemungkinan: berdepan dengan ibu bapa, diskriminasi
oleh majikan, ejekan rakan dan juga pengetahuan Islam yang cetek untuk
menangkis sebarang soalan soalan yang diajukan.
Pengalaman menunjukkan pada peringkat awal kita sering meluangkan masa untuk
meyakinkan seseorang untuk menerima ajaran Islam. Tetapi apabila individu sudah
menerimanya, kita tidak membuat 'penerusan'', menyepikan atau menjauhkan diri,
kurang komitment untuk terus membantu mereka yang berusaha untuk menjadi
saudara baru. Oleh itu langkah yang paling berat adalah selepas, bukannya
sebelum. sokongan, persahabatan dan yang paling penting adalah untuk
mengekalkannya.
--------------------------------------------------------------------------------
Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
'Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia'
Bank Islam Malaysia - No. Akaun 12113010005797
Maybank - No. Akaun 562209608847
http://palestinkini.info/
http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf
Disaster and Emergency Response Unit [Deru] Donation:
Masukkan ke akaun JIM Johor di
Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun no. 01014010010372
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm
Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com
http://hidayahnet.ourtoolbar.com/
<<234_60c.gif>>
