Protes anjur himpunan aman 26 Jan, bantah kenaikan harga barang
Anis Nazri
Mon | Jan 14, 08 | 6:12:29 pm MYT KUALA
LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) akan
menganjurkan satu Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan
Perkhidmatan, 26 Januari akan datang.
Himpunan yang diadakan jam 3.00 petang itu bertempat di hadapan Bangunan
KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Setiausaha Protes, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata pihaknya sangat memandang
serius suasana inflasi tidak terkawal yang sedang menekan kehidupan seluruh
rakyat jelata khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Jelasnya, kenaikan bayaran tol di beberapa buah lebuh raya, kenaikan harga
barangan keperluan harian, kenaikan tarif bekalan elektrik dan air; semuanya
menambah berat beban hidup rakyat yang semakin terhimpit akibat gaya
pentadbiran negara yang boros, korup dan sentiasa mengorbankan kepentingan
rakyat.
"Protes tidak menolak keberangkalian besar kenaikan harga bahan bakar dalam
tempoh terdekat dan kami memandang semua kenaikan ini sebagai manifestasi
kegagalan kerajaan BN menjalankan pentadbiran secara berkesan, yang
mengakibatkan rakyat terus disajikan dengan pelbagai masalah ekonomi dan
sosial dari semasa ke semasa," tegas beliau dalam kenyataannya kepada
Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, satu ceramah umum Protes turut diadakan 20 Januari akan
datang, jam 8.00 malam, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH).
Justeru, Protes menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin agar turut serta
menjayakan ceramah umum dan himpunan aman ini.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan program-program ini bolehlah dimajukan
kepada Sekretariat Protes di talian 03-2692 5000 atau 019-339 8659 (Dr. Mohd.
Hatta Hj. Ramli) yang juga beralamat di 318A, Lot 1636, Jalan Raja Laut,
50350, Kuala Lumpur. - mns -->
Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.
*****.*.*****
Suara Keadilan Online
Ribuan sertai program KeADILan di Selayang, BN bakal terkubur.
Oleh Hafizz Mokhtar, Syafiq Sunny dan Bayu Abdullah
SELAYANG: Kesunyian Parlimen Selayang bertukar meriah dengan ribuan warga
Selayang berbondong-bondong menyambut kedatangan Ketua Umum KeADILan Anwar
Ibrahim ke kubu kuat BN itu, 12 Januari lalu.
Anwar Ibrahim pada hari itu, dalam program jelajah Mesra Rakyat ke seluruh
negara, berjaya menyatukan ribuan hadirin dari pelbagai warna kulit dan agama
untuk bersama-sama mendengar seraya menguja semangat membina Malaysia yang
lebih baik.
Makan Tengahari Di Kuang
Dari Rawang hingga ke Kuang, kemana sahaja Anwar Ibrahim pergi disitu ribuan
hadir. Lawatan sehari ini mengukuhkan KeADILan dan Barisan Alternatif tidak
pernah hilang sokongan dari rakyat, bahkan ia semakin kuat dari sehari ke
sehari.
Program yang bermula seawal jam 1 tengahari lagi bermula dengan Majlis Jamuan
Bersama Rakyat di Kampung Gombang Kuang. Ratusan hadir untuk tidak melepaskan
peluang bersama-sama menjamu selera dan bersalaman dengan tokoh karismatik itu.
Dari Kampung Gombak Kuang, Anwar bergegas untuk memenuhi temujanjinya dengan
masyarakat India di Pekan Kuang. Sambutan masyarakat India amat menakjubkan.
Mereka mendengar ucapan Anwar dengan penuh khusyuk dan bersorak menyatakan
sokongan penuh masyarakat India kepada beliau.
Ketika hari semakin lewat, sekitar jam 6 petang Anwar meluangkan masa
bersama-sama masyarakat Rawang di Kampung Sungai Terentang. Kehadiran beliau
disambut paluan kompang dan tarian Naga sebelum diarak ratusan Melayu, Cina dan
India ke pentas yang menantinya.
Lebih 1000 orang menghadiri majlis tersebut dan sebagai memenuhi komitmen
KeADILan kepada kepedulian rakyat, Anwar Ibrahim merasmikan Pusat Khidmat
Masyarakat KeADILan bagi Parlimen Selayang disana.
Turut hadir di majlis itu ialah Naib Presiden Azmin Ali, Setiausaha Agung
Khalid Ibrahim, Bendahari William Leong, Ketua Penerangan Tian Chua serta wakil
DAP, Ronnie Liu.
Dalam ucapan beliau, Anwar berkata hak dan keadilan kesemua bangsa harus
dibela tanpa ragu dan sama-rama, sesuai dengan tuntutan agama dan nilai moral.
Masalah orang Melayu adalah masalah saya, masalah orang Cina adalah masalah
saya, masalah orang India juga adalah masalah saya! kata Anwar disambut
sorakan para hadirin berbilang kaum.
Ketika majlis perasmian, wakil-wakil penduduk menemui Suara Keadilan
melahirkan rasa kesal mereka dengan tindakan wakil rakyat BN membelakangi
kepentingan rakyat.
Menurut penduduk dikawasan berkenaan, Ong Tiong Huei, penduduk kawasan
berkenaan mempersoalkan tanggung jawab wakil rakyat Rawang yang langsung tidak
pernah mendengar rintihan rakyat.
Mengenai isu pencawang, sudah berkali-kali penduduk mendesak agar ianya
diruntuhkan atau dipindahkan, namun wakil rakyat tidak pernah mempedulikan. Ini
bukan soal undi, ini soal keselematan penduduk, katanya.
Jelas Ong lagi, wakil rakyat hanya bermain wayang sahaja kerana jelasnya
wakil rakyat hanya pandai bercakap bukanya bekerja.
Memperkenalkan Calon Muda KeADILan
Dalam pada itu, KeADILan turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan calon
berpontensi bagi DUN Rawang, Gan Pei Nei.
Gadis manis yang merupakan Exco Wanita KeADILan Pusat berkata kepada hadirian
beliau percaya hanya dengan semangat tidak takut memperjuangkan keadilan dan
erti toleransi, maka nasib rakyat seluruhnya akan terbela.
Padanya tiada apa yang membezakan orang Melayu dengan orang Cina, atau orang
Cina dengan orang India, yang berkongsi tekanan hidup dan kesan rasuah
pemimpin-pemimpin BN.
Barisan Alternatif komited dengan nasib rakyat. Kami disini tidak pernah
mengabaikan rakyat ketika kami diperlukan. Kami bersama kamu semua, tegas Gan
Pei Nei disambut tepukan gemuruh hadirin.
Solat Maghrib di Kampung Melayu Rawang
Meskipun sibuk dengan tanggungjawab kepada masyarakat, Anwar tidak lupa
tuntutan Ilahi. Ketika Azan mula bergema, Anwar bersolat Maghrib bersama jemaah
Muslimin Masjid Batu 16 di Kampung Melayu Rawang, dan beliau akhirinya
programnya di situ dengan makan makan bersama warga kampung.
Selesai solat dan makan malam bersama masyarakat Melayu, Anwar bertolak untuk
bersama masyarakat Cina di Ulu Kepong, FRIM yang merangkumi empat Taman
Masyarakat Cina di Kepong Utara.
Ahli KeADILan Ditampar Penyokong Umno
Jam menunjukkan 8.30 malam dan di premis ceramah, hadirin mula membanjiri
kawasan sekitar sehingga lalulintas terhenti buat seketika. Hadirin seramai 300
orang bersesak-sesak untuk menemui bakal Perdana Menteri Malaysia itu sehingga
mendorong cemburu segelintir ahli Umno.
Keadaan bertukar tegang dengan berlakunya pertengkaran diantara penduduk yang
bersama-sama KeADILan dan kumpulan Umno terbabit. Seorang ahli KeADILan dari
Selayang ditampar namun ia berjaya diselesaikan dengan baik oleh penganjur
ceramah.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Bendahari William Leong. Ucapan
informasi dari peguam korporat itu menasihatkan penduduk Ulu Kepong untuk peka
kepada isu-isu semasa dan tidak memandang remeh rasuah yang berlaku di negara
kita.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Gobalakrishnan pula memberi
penerangan mengenai isu Hindraf yang diputar media media serta perkembangan
terabru lima pmimpin Hindraf yang dikurung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Disusuli dengan ucapan dari Ketua Penerangan Tian Chua, kelihatan pihak polis
mula memenuhi ruang-ruang diantara hadirin.
Beliau membidas kenaikan harga barangan rumah, petrol dan tol yang semakin
menyesakkan poket rakyat. Dengan negara diasak pengganguran dan salahguna kusa,
jenayah semakin mengganas dan terus meningkat.
Kehadiran Anwar menggamit perasaan warga Ulu Kepong. Suasana menjadi sangat
meriah dengan sokongan hebat dari masyarakat India dari kawasan berhampiran.
Seloka Anwar menyebabkan hadirin rasa terhibur dan lupa kepada masa yang telah
berlalu.
Dari Ulu Kepong, Anwar Ibrahim bergegas ke kemuncak program jam 10.30 malam di
Markas Pas Kampung Damai, Batu 17, Kuang.
Anak Muda Sambut Anwar
Rombongan Anwar disambut oleh konvoi 50 orang anak-anak muda kampung
bermotorsikal yang gembira dengan kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri ke
kampung mereka.
Sepanjang jalan ke markas dipenuhi bendera KeADILan dan Pas. Di Markas Pas,
laman markas sesak dengan kehadiran 1200 orang dari kawasan-kawasan sekitar
bagi mendengar penerangan dari pemimpin KeADILan dan Pas.
Hadirin tekun mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Jalan ke markas masih sesak
walaupun jam menunjukkan 11.00 malam.
Dalam ucapanya, sekali lagi Anwar menegaskan, jika Barisan Nasional memenangi
pilihanraya depan sekali lagi, harga barang keperluan dan minyak akan terus
mendadak.
Jangan cakap saya tidak boleh melakukan perubahan dalam soal penurunan harga,
saya pernah menjadi menteri kewangan, beri kami peluang untuk memerintah, dan
kami berjanji, kami akan turunkan harga minyak sehari selepas kemenangan kami
di pilihanraya, katanya dengan tegas dengan sorakan dan tepukan dari orang
ramai.
Selain Anwar Ibrahim, penceramah lain adalah Khalid Ibrahim, William Leong,
Tian Chua, Dr Badrul Amin dan wakil dari Pas, Exco Pusat Dr Mariah Mohamad.
Selesai program jam 12.00 malam, sepanjang jalan pulang, lorong kecil dari
markas ke jalan utama riuh dengan jeritan reformasi dari anak-anak muda Melayu,
Cina dan India.
syafiq @ January 14, 2008
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.