(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Wanita Jim lancarkan usaha mencari Sharlinie
Roy Rasul
Wed | Jan 16, 08 | 4:01:24 pm MYT KUALA
LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Wanita Jemaah Islah Malaysia (Jim) melancarkan kempen
menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, 5, melalui
Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah (PAKSI-JIM).
Ketua Wanitanya, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata, pihaknya,
menyediakan kira-kira 10,000 'flyers' dengan gambar Sharlinei dan maklumat
dalam semua bahasa utama - Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Katanya, dalam satu sidang media di ibu pejabat JIM, Taman Melawati dekat
sini, hari ini, pihaknya akan menggerakkan Wanita Jim di semua negeri untuk
turun padang menyebarkan 'flyers' mengenai Sharlinei kepada awam.
"Setelah mendapat persetujuan pihak polis, flyers tersebut menggunakan
talian hotline PAKSI-JIM: 019-6022624 atau talian polis, 0379662222 untuk
penyaluran maklumat kepada polis bertujuan mengurangkan beban Nashar
sekeluarga yang perlu melayani sendiri maklumat-maklumat yang disampaikan
orang ramai," katanya.
Bantuan tersebut katanya bukan terhad kepada orang Melayu saja tetapi kepada
semua bangsa.
Sharlinei dilaporkan hilang pada 11.30 pagi pada 9 Jan lalu di taman
permainan tidak jauh dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, ketika
bermain dengan kakaknya, Sharliena, 8.
Sementara itu, katanya, Wanita JIM amat bimbang terhadap kehilangan
Sharlinei yang masuk hari ketujuh.
Katanya, biarpun usaha mencari dipergiatkan di seluruh negara belum
menghasilkan sebarang petanda yang positif.
"Dengan hanya jarak empat bulan tragedi Nurin Jazlin, 8, kehilangan
Sharlinei menimbulkan kegusaran dan kegelisahan yang memuncak dalam
masyarakat mengenai tahap keselamatan anak-anak di persekitaran komuniti
setempat," katanya.
Selain mendoakan kesejahteraan Sharlinei sepanjang masa katanya, Wanita Jim
terpanggil untuk menyumbang sedikit bakti bagi membantu Nashar dan
keluarganya menjejaki kanak-kanak tersebut.
Malah katanya, Wanita JIM merayu kepada sesiapa yang terlibat dengan
kehilangan Sharlinei agar segera mengembalikan Sharlinei yang tidak berdosa
kepada keluarga yang begitu menanti kepulangannya.
Beliau berkata, jenayah melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa menggambarkan
kerendahannya moral dan kehilangan pertimbangan kemanusiaan yang waras.
Sehubungan itu katanya, Wanita Jim mengambil peluang untuk menyeru semua ibu
bapa serta orang dewasa dalam masyarakat untuk meningkatkan keprihatinan dan
tanggungjawab melindungi kanak-kanak kecil yang masih belum berdaya
melindungi diri mereka sendiri.
Pihak berkuasa juga katanya didesak melipat-gandakan usaha menjejaki pelaku
jenayah ini untuk dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera. - mns-->
Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.
*****.*.*****
KETUA PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA BERSAMA UNIT AMAL SELANGOR LAWAT KELUARGA
SHARLINIE, EDAR POSTER Posted on January 15, 2008 by jabamal
oleh : Azri Mohamad Arish
PETALING JAYA, 15 Januari 2008 - Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan
Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom (gambar)bersama seramai hampir 50
anggota Unit Amal negeri Selangor telah meluangkan masa melawat keluarga
Sharlinie di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
Dalam lawatan tersebut, Ustaz Jamsari bersama Pengarah Jabatan Amal Selangor,
Hj Aszmi Anuar serta anggota Unit Amal Selangor telah mengadakan bacaan Yasin
serta doa selamat untuk memohon kepada Allah agar adik Sharlinie dapat ditemui
selain dilindungi dari sebarang kejahatan. Turut serta dalam lawatan tersebut
ialah TYDP PAS Kawasan PJS, Sdr Salleh.
Dengan kesempatan yang ada, Ustaz Jamsari telah memberi sedikit kata-kata
perangsang kepada keluarga En Nashar serta isteri yang kelihatan sugul sejak
beberapa hari lalu selain mengutuk tindakan jenayah yang dilakukan terhadap
adik Sharlinie dan juga kanak-kanak lain yang semakin berleluasa di Malaysia
sejak akhir-akhir ini. Menurut Ustaz Jamsari lagi, perbuatan menculik
kanak-kanak disifatkan sebagai tidak bermoral dan pelakunya adalah manusia yang
tidak berakal.
Selepas selesai mengadakan bacaan Yasin serta doa selamat, kesemua anggota
Unit Amal Selangor telah melancarkan operasi mencari serta mengedar poster adik
Sharlinie bermula di sekitar kawasan Taman Medan seterusnya menuju beberapa
lokasi tumpuan ramai antaranya Pasaraya Carefour Subang, Pasaraya Giant Kinrara
Puchong dan Gombak. Sebanyak 5000 poster adik Sharlinie telah pun diedar kepada
orang ramai.
Walaupun berada dalam keadaan dukacita serta tekanan yang dihadapi, En Nashar
sekeluarga mengucapkan terima kasih diatas kesudian Unit Amal melawat beliau
sekeluarga selain menghargai segala usaha yang dibuat oleh Unit Amal untuk
mencari anak kesayangannya.
JOM BERSIH !!!
bersih.org/
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.