(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
TAG 2385:
Pemerintah Zalim Yang Durjana
(Tinpot Tyrant In The Making)
Oleh M. Bakri Musa - Laman [EMAIL PROTECTED]
---------------------------------
Sepatutnya ada orang yang pergi beritahu Perdana Menteri Abdullah bahawasanya
dia tidak sesuai memegang terus jawatan itu. Rakyat Malaysia sepatutnya
mempunyai Perdana Menteri yang lebih baik daripadanya. Kalaulah dia benar-benar
cintakan parti dan negara ini, seperti yang kerap diulang-ulang, dia seharusnya
mengakui akan keupayaannya yang terhad dan memberi laluan kepada orang lain
dengan hormat.
Seperti yang ditulis oleh seorang warga Malaysia terkenal kepada saya, adalah
satu tragedi, kalau di peringkat pembangunan yang ada sekarang, kita memiliki
seorang Perdana Menteri yang tidak tahu-menahu, dungu dan angkuh. Selama ini
dia telah membohongi dan buka temberang kepada kita. Si penulis itu menjelaskan:
Abdullah adalah sombong dan angkuh.
Ini bukan masanya untuk kita terus diam membisu, baik secara ranggi ataupun
lain. Ini akan memberanikan Abdullah yang terus diampu oleh para pembodeknya
untuk teruskan hala tuju yang sungguh menjahanamkan. Kita sudah banyak memiliki
pendakwah yang haprak bila diupah sanggup menyebarkan mesej betapa dunia ini
rata. Keesokan harinya dan setelah disogok dengan gula-gula murahan, mereka
akan berdakwah lagi dengan penuh ghairah mengatakan bahawa dunia ini sebenarnya
bulat.
Cara Abdullah menangani perarakan BERSIH dan HINDRAF baru-baru ini memang
ternyata amat kasar, sedangkan itulah perhimpunan paling bersih pada dekad ini,
dan ini jelas menunjukkan betapa dia memang tidak cekap dan berguna. Dia
berkata bahawa pilihannya ialah antara keselamatan orang ramai dan kebebasan,
sedangkan jawapannya ialah terletak kepada dua-dua sekali.
Mana ada keselamatan tanpa kebebasan. Apabila ditekan, manusia akan meledak
akhirnya laksana gunung berapi dan dengan kesan musibah yang sama dahsyatnya.
Kebebasan tanpa keselamatan adalah anarki. Keselamatan dan kebebasan adalah dua
wajah pada syiling yang sama, setiap belah melengkapi yang satu lagi dan
kedua-duanya merupakan mercu tanda masyarakat madani. 'Kebebasan tanpa
kebebasan hanya satu ilusi.
..
Pilihan Abdullah kepada keselamatan awam mendahului kebebasan awam merupakan
satu hujah yang haprak, ia hanya membogelkan unsur kezaliman ataupun mentaliti
warder penjara yang tersemat pada dirinya. Lagi lama Malaysia
berperdana-menterikan si haprak ini, negara akan kehilangan apa juga cebisan
kebebasan yang ada, dan keselamatan yang dihambat itu akan terus meninggalkan
kita.
Memberi Pesanan
Walaupun ramai rakyat Malaysia mengongsi pandangan saya tentang Abdullah, tidak
ramai yang berani menghantar mesej yang kritikal itu kepadanya. Kalau berani
pun, bukannya ada jaminan bahawa Abdullah akan mendengarnya. Dia memang
terkenal kerana kedegilannya.
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir pernah mencubanya, dengan caranya yang
keras dan berterus terang tetapi tidak difahami oleh Abdullah. Sedangkan beliau
adalah laksana seorang penghulu kampung yang lebih suka cakap berselindung,
berkias, berpantun dan bergurindam.
Kemudian, muncul pula Tengku Razaleigh yang mencuba, dan dia juga terlalu
berterus terang mencabar kepimpinan Abdullah. Seperti Mahathir, Ku Li gagal
juga.
Baru-baru ini MP Kota Baru, Zaid Ibrahim telah memujuk Abdullah agar lebih
terbuka dengan bantahan orang ramai, bersemuka dan tidak menekan. Dengan
berhemah Said mengingatkan Abdullah bahawa bertentangan dengan pendapatnya,
tunjuk perasaan dan himpunan manusia adalah sebahagian budaya kita. Malahan
itulah caranya kita menjahanamkan penubuhan Malayan Union dan akhirnya mencapai
Kemerdekaan kita.
Gelagat Musa Hitam memang memeranjatkan saya. Sejak menerima anugerah Tun
atas ikhsan Abdullah, Musa telah merupakan ketua tukang sorak pihak pentadbiran
Abdullah. Musa menganggap Abdullah tidak boleh buat silap. Pada kali ini masa
berubah untuk giliran Musa terkejut pula, dia juga mendapati Abdullah terlalu
bebas untuk menerima nasihat. Yang lebih teruk lagi, kini Abdullah menganggap
Musa sebagai antara Melayu yang mudah lupa. Tidak seperti Presiden Maldives,
Abdullah ternyata tidak peka dan memang amat malas, dan tidak mempunyai daya
untuk belajar apa-apa..
Musa mungkin mempunyai peluang yang lebih baik seandainya mesej itu dibuatnya
secara tertutup dan bukan melalui temuramah secara terbuka.
Memahami Psyche Abdullah
Abdullah adalah laksana kebanyakan pemimpin Melayu yang kita lihat hari ini dan
memang terdapat ramai dalam lipatan sejarah kita; tidak bijak sangat dan hanya
mudah diampu dan dibodek selalu. Inilah psyche Melayu yang amat difahami oleh
British dahulu. Itulah caranya mereka menguruskan keseluruhan raja-raja
Melayu. Mereka dibawa menghadap Raja di Istana Buckingham , dan diberikan
gelaran bintang Knighthood, sedikit pencen, dan omongan takhta mereka itu
adalah sama tarafnya dengan mahkota British adalah pujian yang memadai untuk
para sultan merasa bangga menyerahkan Singapura dan dengan itu menyerahkan
kedaulatannya.
Presiden Bush telah dapat membaca Abdullah dengan tepat, dengan mempelawanya
datang melawat White House untuk menutup mulutnya tentang segala perbuatan
terkutuk Amerika di Iraq. Sekali gus ini telah melumpuhkan OIC yang
dipengerusikan oleh Abdullah. Dengan sikap Abdullah diam membisu keseluruhan
dunia Islam dan kepimpinannya langsung membisu hingga memberi ruang kepada
keceluparan pemimpin Iran yang diisi oleh Ahmadinejad.
Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew memang terkenal dengan persahabatan erat
beliau dengan para calon pemimpin Melayu sesama beliau menuntut di Britain,
tetapi beliau ternyata gagal memahami psyche Melayu. Yang anehnya, anak beliau
Lee (sekarang ini Perdana Menteri Singapura) nampaknya dapat memahami Abdullah
dengan lebih baik lagi.
Lee Jr. ternyata mempelajari banyak daripada sejarah, khususnya daripada
Britain betapa orang Melayu memang mudah dijolok dengan pujian. Pujilah orang
Melayu melangit tingginya dan mereka akan sedia berpisah dengan harta yang
termahal dalam pegangannya.
Harus diingat bahawa Singapura adalah negara luar yang pertama mempersilakan
Abdullah membuat lawatan negara. Para pemimpin Singapura memang amat bermurah
hati dengan pujian ke atasnya. Hasilnya, seperti mana seorang Sultan yang
dengan mudah menyerahkan Singapura, Abdullah kini bersedia menyerahkan satu
bahagian besar tanah di selatan Semenanjung kepada Singapura pula.
Institusi di Singapura yang semestinya ghairah dengan galakan pihak berkuasa,
turut memberikan penghormatan tinggi kepada beberapa tokoh kanan Malaysia.
Saksikan betapa Sultan Johor baru-baru ini diberikan gelaran doktor kehormat
oleh National University of Singapore.
Ramai anggota kem pembodek Abdullah yang telah dijemput memberikan ucapan
kepada kumpulan pemikir dan institusi di Republik itu. Mereka naik ranggi
dengan jemputan seperti itu dan tidak dapat menyembunyikan keranggian tersebut,
sekali gus termakan gula-gula oleh strategi Singapura yang berjaya! Kini, para
pemimpin pemuda UMNO kerap bermain golf dengan rakan mereka daripada PAP.
Tentulah kita boleh agak siapa yang akan menang mudah dalam pertandingan di
sana!
Para negarawan kanan UMNO sepatutnya meniru teknik Singapura mendekati
Abdullah. Ampu bodeklah Abdullah meninggi langit dan syokkan egonya. Apabila
anda mampu masukkan ke dalam kocek, yang lain akan menjadi mudah sahaja.
Mengampu Ego Abdullah
Abdullah adalah seorang yang bersahaja dan bukanlah bijak sangat orangnya.
Mengampu egonya bukanlah sukar sangat, walaupun dia sudah bertukar cara hidup
meniru golongan yang kaya-raya dan ternama dengan membazirkan wang rakyat.
Selain memiliki sebuah jet korporat yang serba mewah, dia kini mula berjinak
dengan keseronokan berperahu layar. Tidak kiralah kalau dia tahu apa bezanya
kegunaan layar kecil dan layar besar. Berperahu layar itu adalah sama dengan
keseronokan golongan yang mewah dan ranggi dan itulah yang sedang dicari.
Sekali lagi sudah lumrah sebagai orang Melayu! Sebenarnya dia sudah janggal
untuk berseronok dengan sukan DiRaja dan menunggang kuda, lagi pun itu sudah
menjadi hobi dan kegemaran orang yang mendahuluinya. Bukannya ada glamour lagi
dalam meniru-niru semua itu.
Ampulah Abdullah! Beritahu kepadanya betapa dia memang layak segala kemewahan
selepas bertahun-tahun memberikan khidmat kepada rakyat. Layanlah dia seperti
Sukarno. Biarkan dia membuat sebanyak mana lawatan yang dia suka keluar negara,
kerana bukan ada gunanya kalau dia berada di negara sendiri. Lebih kerap dia
keluar negara semakin kurang kesempatan dia menjahanamkan negara ini.
Dengan kata lain, anggaplah beliau laksana seorang sultan kerana dia sudah pun
berseronok dengan peranan itu. Syokkan fantasinya. Perhatikan sekarang betapa
isteri beliau kerap sangat dirujuk sebagai wanita pertama negara . Mereka
berdua memang khayal dengan keseronokan semua itu.
..
Cuma masih ada satu masalah kecil. Siapa yang akan bertanggungjawab membuat
kerja? Kalau Abdullah memainkan peranan sebagai sultan, tentu dia mahukan
seorang Timbalan yang akan menjadi eksekutif de fakto. Memang keadaan semacam
ini pernah berlaku dahulu. Ketika Tunku Abdul Rahman berseronok dengan jolokan
Perdana Menteri paling riang ria di dunia dia mempunyai Tun Razak yang cekap
menguruskan kerjanya.
Ada orang berkata semasa sistem Soviet dahulu, para dutanya adalah merupakan
ketua pak pacak di kedutaan mereka, yang berjawatan DCM (chef de mission)
merupakan ketua yang sebenarnya. Dengan cara itu para duta mereka boleh terus
intim dengan golongan atasan di negara tuan rumah sedangkan kerja-kerja merisik
masih berada di tangan DCM.
Lagi pun, kalau duta mereka menjadi mabuk ataupun berkelakuan di luar jangkaan,
rahsia negara tetap selamat, kerana dia tidak tahu apa-apa! Masalahnya di sini
ialah Timbalan Abdullah yang ada sekarang ini, Najib Razak, memang sama tidak
cekap. Untuk mengesyorkan Abdullah menghumban Najib adalah sukar kerana mereka
berdua adalah saling perlu memerlukan. Setiap seorang menyimpan rahsia besar
seorang yang lain. Hanya ada satu cara lain yakni dengan mengabui setiap
pergerakan sebagai usaha menyakitkan Mahathir. Abdullah bukannya suka sangat
kepada Najib. Apabila Mahathir tonjolkan Najib kepada Abdullah, dia terlalu
lemah untuk menolaknya. Saya yakin Abdullah masih menyesal akan perkara itu.
Kalau Najib dihumban keluar tentulah Abdullah dapat meredakan kehebatan
Mahathir terhadapnya.
Abdullah mungkin mudah mengikut cadangan semacam itu, tetapi para pembodek
beliau tidak bersetuju, mungkin. Mereka yang bergantung kepada 'naungan' beliau
akan merupakan golongan yang paling rugi dan tentu mudah menolak rencana itu.
Apa pun, kalau kita bodek Abdullah secukupnya, tentu dia lambat laun
menggugurkan pengampunya. Pemimpin Melayu pada masa dahulu mudah sangat
mengalah apabila diberi ujian yang melangit tingginya.
Kalau kita tidak lakukan apa-apa, tentulah kita akan menjahanamkan negara ini,
kepada satu keadaan yang tidak ada patah-baliknya. Mengenai Abdullah, hanya ada
satu perkara buruk selain seorang yang kejam sebagai pemimpin kita, dan
tentunya memiliki seorang yang tidak berapa bijak menjadi pemimpin kita.
UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH
18.12.2007 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan [EMAIL PROTECTED] - Emel: [EMAIL PROTECTED]/ [EMAIL PROTECTED])
JOM BERSIH !!!
bersih.org/
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.