*tumpang sedih dan simpati dengan nasib tuan, kerana itu dalam islam
mewajibkan kita menyimpan/ tidak menceritakan yg buruk tentang diri kita
sendiri sekiranya ia bleh membawa kepada bencana.... *
**
*namun perkara itu dah pon berlalu......memang mudah mulut berkata kata
namun hati dan perasaan yg menanggung tuhan saja yg tahu....oleh kerana
ianya sejarah silam...haruslah kita lupakan saja...tepuk dada tanya
selera.....sekarang ni adakah tuan bahagia dengan anak isteri tuan...jika ya
kenapa nak di rosakkan kebahagiaan itu dengan sejarah silam yang
lampau.....tiada manusia yg tidak melakukan kesilapan cuma bezanya kecil
atau besar sahaja.....saya tak rasa isteri tuan mengulangi perbuatannya
itu....jadi kenapa harus di ingat ingat perkara yg sudah sudah....ianya
hanya akan memakan diri dan memusnahkan keluarga tuan..... *
**
*tuan, anggaplah ianya dugaan dari allah....dan sy rasa.....kawan tuan tuh
cemburu melihat kebahagiaan tuan sekeluarga maka dia pon sengaja menimbulkan
cerita lama tu kembali..... *
*bagi saya kiranya kawan tuan tuh berhati mulia dia takkan membuka pekung di
dada sendiri....dia akan malu untuk bercerita perlakuan zinanya
itu......malah sengaja membangga banggakan diri dengan perbuatan zina nya
itu....kira nya tuan berfikir secara logik...positif....manusia jenis apakah
dia tu....yg langsung tidak takut dan tidak malu pada allah atas
perbuatannya itu.....patutnya dia insaf dan bertaubat atas perbuatannya itu
bukan membangga bangakan diri seperti itu.... *
* *
*dah hampir 3 tahun tuan berkahwin...tentu bahagia kan....3 tahun bukan 3
minggu.....so ambil yang jernih buangkan yang keruh....bina hidup yang
bahagia.....buangkan rasa amarah dan dendam itu.....buangkan semua anasir
anasir jahat itu....dah duduk serumah ....sebilik....tidur sebantal....tuan
lebih kenal isteri tuan.....dari orang lain....bimbinglah isteri dan
keluarga tuan ke jalan yg di redhai itu lebih afdal....kasihan kan anak tuan
yg masih kecil tak mengertia langsung apa apa itu..... *
**
*Semoga tuhan lindungi keluarga tuan dari hasutan syaitan.....yang
senantiasa mencari jalan untuk memusnahkan manusia.....amin....*

On Jan 13, 2008 6:14 PM, <JUNHAIRIBINABDJALIL> wrote:

>    SAYA berkahwin hampir tiga tahun lalu dan ada seorang anak. Selama
> tempoh itu saya rasa sungguh bahagia. Namun, yang menjadi masalah kepada
> saya sejak setahun lalu ialah, saya tertekan dengan sejarah silam isteri.
>
> Saya dapat tahu isteri saya pernah melakukan hubungan seks dengan bekas
> teman lelakinya. Berita ini saya dengar daripada mulut bekas teman
> lelakinya.
>
> Sejak cerita itu masuk ke telinga, saya rasa dunia ini sungguh gelap.
> Sejak itu saya hilang rasa hormat kepadanya sebagai isteri dan ibu kepada
> anak saya.
>
> Hubungan kami tidak semesra dulu, ibarat air laut yang pasang dan surut,
> tambahan pula saya panas baran dan berdendam. Saya cuba lebih mendekatkan
> diri dengan Allah SWT dengan pelbagai cara.
>
> Bagaimanapun, setiap kali itu terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata
> bekas teman lelakinya: ¡§Aku dah ¡¥projek¡¦ berkali-kali dengan isteri kau.
> Pergilah tanya dia, tak kan dia tak mengaku dan kenal aku.¡¨
>
> Setiap kali hendak bersama, saya berasakan isteri saya terbayang dia
> melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya. Ini membuatkan saya
> hilang mood dan mula mencari salah.
>
> Saya pernah terfikir untuk menceraikannya, tetapi saya kasihan pada anak
> kami yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
>
> Namun, pada masa sama saya benci melihat muka isteri, terutama bila
> teringat kata-kata bekas teman lelakinya. Saya harap Dang Setia dapat
> membantu saya dalam hal ini.
>
> *RAUL
> Perak*
>
> Masalah saudara memang rumit, namun yang merumitkannya lagi ialah saudara
> tidak bertindak secara proaktif untuk menyelesaikannya, tetapi memendamnya.
>
> Apabila sesuatu masalah dipendam, ia sama sekali tidak akan selesai,
> sebaliknya bertambah rumit.
>
> Dalam menangani masalah rumit ini, Dang Setia berpendapat saudara perlu
> lebih realistik, tidak bertindak terburu-buru dan bijak mengawal emosi.
>
> Bagi Dang Setia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan
> apakah dakwaan kawan saudara yang juga bekas teman lelaki isteri saudara
> benar atau palsu.
>
> Ada kemungkinan terhadap kedua-duanya. Mungkin benar isteri pernah
> ditiduri bekas teman lelakinya dan mungkin juga ia tidak benar, sebaliknya
> perkara itu sekadar rekaan bekas teman lelakinya untuk memporak-perandakan
> rumah tangga saudara.
>
> Dia mungkin bertindak begitu kerana ingin membalas dendam selepas
> hasratnya untuk berkahwin dengan isteri saudara tidak kesampaian.
>
> Justeru, cara terbaik untuk mengetahui sama ada ia benar atau palsu ialah
> bertanya soalan itu kepada isteri saudara. Dang Setia sedar tindakan ini
> bukan mudah, namun saudara sebenarnya tiada pilihan.
>
> Mahu atau tidak, saudara perlu melakukannya dan perlu ada keberanian,
> ketabahan serta ketahanan mental untuk melakukannya. Ini kerana, jika
> jawapan isteri saudari tidak, tentu ia sungguh melegakan.
>
> Namun, timbul juga pertanyaan, adakah saudara akan mempercayai
> kata-katanya atau masih berterusan diselubungi curiga dan syak wasangka yang
> sekali gus menyebabkan hubungan anda berdua terus dingin.
>
> Bagaimana pula jika jawapan isteri saudara ya, maksudnya dia mengaku
> pernah tidur bersama bekas teman lelakinya. Apakah pula sikap dan penerimaan
> saudara? Apakah saudara sudi memaafkannya atau terus menjatuhkan pelbagai
> hukuman ke atasnya?
>
> Saudara, soal hati dan perasaan saudara memang sukar diubah. Ia hadir
> secara semula jadi dan kita tidak boleh berpura-pura atau menipu diri
> sendiri untuk menidakkan apa yang sebenarnya kita rasa.
>
> Jadi, yang mampu Dang Setia lakukan ialah sekadar memberi pandangan dan
> ada dua perkara yang Dang Setia mahu saudara fikirkan. Pertama, cuba
> bayangkan diri saudara di tempat isteri.
>
> Dia sudah kehilangan dara dan Dang Setia yakin dia pasti menyesali
> keterlanjurannya. Apabila saudara melamarnya, tentu dia dihimpit dilema sama
> ada mahu berterus terang mengenai kisah silamnya atau merahsiakannya.
>
> Jika berterus terang, dia bimbang saudara tidak sudi mengahwininya dan dia
> kemudian mengambil risiko dengan merahsiakan perkara itu. Nyata, langkahnya
> tepat sehinggalah saudara mengesan kisah hitamnya selepas hampir tiga tahun
> berkahwin.
>
> Jadi, jika saudara di tempat isteri, apa agaknya perasaan saudara jika
> dituduh tidak jujur, sedangkan saudara menyesali keterlanjuran yang berlaku
> serta percaya berahsia adalah langkah paling baik yang wajar dilakukan?
>
> Kedua, apakah sejarah kehidupan lampau isteri terlalu penting buat
> saudara? Selain itu, mana satu yang lebih penting, sejarah silam atau
> perlakuannya masa kini?
>
> Andai kata saudara tidak diberitahu mengenai kisah silam isteri, bukankah
> persepsi positif saudara terhadapnya selama ini tidak akan berubah? Ini
> kerana saudara berpuas hati dengan perlakuannya kini.
>
> Dang Setia berani berkata begitu kerana saudara sendiri menyatakan
> sepanjang dua tahun pertama perkahwinan, kehidupan saudara sungguh bahagia.
> Ini menunjukkan isteri saudara berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai
> isteri dan ibu dengan baik, sebagaimana saudara inginkan.
>
> Oleh itu, wajarkah segala kebahagiaan itu digadaikan dek kesilapan
> lampaunya yang sangat dikesalinya? Berbaloikah juga saudara menjejaskan
> tumbesaran dan masa depan anak yang saudara kasihani semata-mata kerana
> kesilapan lampau isteri?
>
> Akhir sekali, jangan lupa apa yang diajar Allah SWT dan Rasulullah SAW
> kepada kita umat Islam. Jika Allah SWT sentiasa bersedia mengampunkan
> hamba-Nya, begitu juga Rasulullah SAW yang sedia memaafkan kesilapan
> umatnya, bukankah kita sewajarnya mengikut contoh yang diberikan itu? -
> harian metro
>
> ------------------------------
> Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! 
> Search.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51734/*http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping>
>
>
>



--
EG Teh Misai Kucing/ IQ Solution/ Teh Citri Odora/ Cafe Habbatussauda/
Natural Colostrum Milk
http://team-kaya.com/?x=mummie

Pilihan Tempat Bercuti Anda
= http://www.viewmalaysia.com/index.php?ref=mummie

KELAS INTENSIF JAHITAN MANIK/ LABUCI
= Kelas Serendah RM35
= Menerima Tempahan Jahit Manik Serendah RM35
= http://ebeads.fotopages.com/


BIO-ASLI
=www.bio-asli.com/?id=mummie


Adik Bijak
= http://adikbijak.com/ref.plx?MB00441


WATIE MD. ARSHAD
Nilai Impian, Negeri Sembilan D.K.

Kirim email ke