(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

JOM BERSIH !!!                                                                  
   
            
                          
                   

                                bersih.org/


DPP Bukit Katil
 PEMBUNUH NURIN DAN PENCULIK SHARLINIE BEBAS DAN BERMAHARAJALELA, DOKTOR DAN 
USTAZ KENA TANGKAP    
Hebat sungguh Polis Malaysia, Doktor dan Ustaz yang tidak pernah membunuh, 
menculik dan melakukan jenayah dengan cepat ditangkap walaupun kesalahannya 
hanyalah menghadiri perhimpunan aman.

TETAPI PENJENAYAH, PEMBUNUH, PEROGOL, PEROMPAK DAN SEBAGAINYA DIBIARKAN HIDUP 
BEBAS DAN BERMAHARAJALELA.

KES-KES BUNUH YANG PULUHAN TAHUN PUN MASIH BELUM SELESAI, ANTARANYA KES 
PEMBUNUHAN MUSTAKIZAH, NORITA SHAMSUDDIN, NURIN JAZLIN DAN RAMAI LAGI.

SYABAS POLIS MALAYSIA YANG SENTIASA TUNDUK DAN PATUH KEPADA UMNO DAN BN

*****.*.*****

Bolehland
Jenayah Meningkat 43% Sejak Abdullah Menjadi PM        Nathaniel Tan, 17 
January 2008
                          Kita semua kenal seorang yang telah menjadi mangsa 
jenayah. Sharlinie dan Nurin malangnya hanya mangsa terkini peningkatan kadar 
jenayah yang menggerikan.


 Sejak Perdana Menteri Abdullah Badawi menyandang jawatan, jenayah telah 
meningkat sebanyak 43%. Di antara 2005 dan 2006, kes ganas meningkat sebanyak 
91% dan terus meningkat dalam tahun 2007.


 Kes ragut, rompak dan pecah masuk merupakan peningkatan yang paling parah, 
tetapi kes-kes rogol dan bunuh juga meningkat.


 Peliknya, kerajaan fikirkan rakyat yang bersalah dan bertanggungjawab atas 
peningkatan ini.


 Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Johari Baharum mendakwa bahawa “Kes 
ragut biasanya berlaku apabila mangsa cuai dengan barang-barang mereka. Sikap 
ini memberi peluang kepada peragut untuk bertindak.” (The Star, 22/12/06)


 Perdana Menteri Abdullah Badawi pula rasakan bahawa rakyat tidak cukup 
membelanja untuk keselamatan: “Pemilik bangunan atau penghuni akan diwaijbkan 
membiayai sendiri pemasangan CCTV, termasuk menggaji orang untuk menjaga sistem 
tersebut.” (The Star, 9/1/08)


 Walaubagaimanapun, sudahkah kerajaan memenuhi tanggungjawabnya untuk menjamin 
keselamatan rakyat?


 Kenapa rasanya lebih polis ditugaskan untuk mencari pengedar video lucah Chua 
Soi Lek dari yang ditugaskan mencari penculik Sharlinie?


 Wajarkah 500 pegawai polis ditugaskan menjaga kurang dari 100 orang yang 
menyertai perhimpunan awam peguam-peguam untuk menyambut Hari Hak-hak Asasi 
Antarabangsa?


 Pimpinan Kementerian Pertahanan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak 
telah melihat bayaran komisyen hampir RM 1 billion dibayar dalam transaksi 
kapal selam dan jet kapal terbang.


 Komisyen lebih tinggi bermaksud kos lebih tinggi. Oleh itu, rakyat akhirnya 
yang menanggung beban pembayaran RM 530 million kepada individu-individu 
seperti Abdul Razak Baginda. Pada masa yang sama, kerajaan kononnya tak cukup 
duit untuk menjamin keselamatan di kediaman-kediaman kita.


 Kita juga mesti tanya jika mana-mana syarikat CCTV yang baru dibentuk akan 
tiba-tiba untung dengan pengumuman yang berkenaan dengan CCTV.


 Mungkin kerajaan akan cukup wang untuk melindungi rakyat jika RM 4.4 billion 
yang dijimat akibat kenaikan harga petrol tidak dibuang sekaligus dalam 
pemberian ‘pinjaman lembut’ RM 4.6 billion kepada projek Zon Bebas Pelabuhan 
Klang (PKFZ) yang dilanda kejadian rasuah.


 Bayangkan beberapa banyak yang dapat dibelanjakan untuk keselamatan asas 
rakyat sekiranya wang tidak hilang ke dalam lubang-lubang hitam sebegini.


 Memandangkan kegagalan-kegagalan pihak berkuasa, rakyat perlu mengambil 
tindakan yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan awam.


 Kerajaan harus difahamkan bahawa rakyat memandang serius isu ini. Jika pihak 
berkuasa gagal bertindak, rakyat terpaksa bergantung kepada peti undi untuk 
menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan.


 Apakah undi kita akan memuji sikap kerajaan terhadap jenayah? Atau akan kita 
memaklumkan dengan jelas kehendak rakyat untuk sebuah Malaysia yang aman dan 
selamat?
        


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke