PM akan adakan pilihan raya lebih awal kerana terdesak - Husam            
                                     Wan Nordin dan Intan Abdullah      
         Sat | Jan 19, 08 | 12:04:44 pm MYT                         KUALA 
LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato'   Seri Abdullah Ahmad Badawi 
akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-12   lebih awal dari yang dijangkakan 
pelbagai pihak berikutan arahan terbaru   yang dikeluarkan Setiausaha Agung 
Umno, Dato' Seri Mohd Radzi   Sheikh Ahmad  kepada pemimpin Umno semalam, kata 
Naib Presiden   PAS, Dato' Paduka Husam Musa.

   

 Menurut Husam, akhir tahun lalu banyak pihak meramalkan Perdana   Menteri akan 
mengadakan pilihan raya umum akhir Mac 2008 dan   dengan jangkaan itu PAS 
merasakan tempohnya antara empat atau lima   minggu dari sekarang.

 
 Namun, arahan terkini Setiausaha Agung Umno supaya pemimpinnya   tidak keluar 
negara dalam masa terdekat memberi 'singnal' pilihan raya   umum akan diadakan 
lebih awal, kata Husam hari ini ketika ditemui   dalam satu program pilihan 
raya di Taman Melewar.

 
 Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd Radzi yang disiarkan akhbar   arus 
perdana hari ini mengenai arahan terbaru supaya pemimpin Umno   tidak ke luar 
negara dalam masa terdekat.

 
 Radzi dalam laporan akhbar itu juga menyebut, arahan dikuatkuasakan   
serta-merta bagi memastikan semua pemimpin dan ahli parti   menumpukan 
persiapan menghadapi pilihan raya umum.

 
 Katanya, pekeliling mengenai larangan itu diedarkan semalam kepada   semua 191 
bahagian Umno di seluruh negara.

 
 "Pemimpin parti negeri, bahagian serta cawangan diminta memastikan   semua 
ahli Umno tidak ke luar negara pada masa ini."

 
 "Jika hendak buat kursus menjelang pilihan raya, buat dalam negara   sahaja," 
katanya.

  
 Radzi yang juga Setiausaha Agung BN turut berkata, Dewan Tertinggi   BN akan 
mengadakan mesyuarat Isnin (21 Januari) ini bagi   membincangkan persiapan 
menghadapi pilihan raya umum.

 
 Mengulas lanjut Husam berkata, Perdana Menteri terpaksa mengadakan   pilihan 
raya umum segera bukan kerana merasakan BN dalam keadaan   yang cukup kuat.

 
 Sebaliknya, ia terpaksa diadakan kerana prestasi BN yang semakin   lemah, 
terdesak dan dilingkari pelbagai isu selain terdesak dengan   tarikh tamatnya 
sekatan politik ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat   (KeADILan), Dato' 
Seri Anwar Ibrahim pada April ini.

 
 Kata Husam lagi, rakyat kini telah melihat kelemahan pentadbiran   Perdana 
Menteri yang hanya tahu bercakap berbanding menunaikan apa   yang dijanjikan.

 
 Kelemahan ini berpunca dari keangkuhan BN setelah diberi mandat   terlalu 
besar pada pilihan raya umum yang lalu, katanya.

 
 PAS dan pakatan Barisan Alternatif (BA) katanya bersiap sedia untuk menghadapi 
pilihan raya umum sekalipun diadakan lebih awal dari yang dijangkakan.

 
 Justeru beliau menyarankan kepada rakyat supaya bangkit bagi   mengurangkan 
keangkuhan BN dalam pilihan raya akan datang.     -->

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.
*****.*.*****
The Malaysian
      Foreign Investors Scared Away By Deteriorating Judiciary In Malaysia      
                            Controversies surrounding the country's judicial 
system is scaring away foreign investors from doing business here, claims Parti 
Keadilan Rakyat (PKR).

In a joint statement by Kanul Gindol, political secretary to PKR Vice-President 
Datuk Dr Jeffrey Kitingan, and Jius Awang, coordinator for Liawan, Friday, both 
claimed that Malaysia had become less attractive to investors because of the 
deteriorating state of the judiciary.

They said that maintaining the independence of the judiciary was a prerequisite 
to attracting foreign investors.

"Many foreign companies, which have been around here (in Malaysia) are now 
either shifting to other investor-friendly countries or scaling down their 
operations here," they said.

They also claimed that increasing the fuel subsidy would not bankrupt the 
country, as stated by the Government.

However, what is really bankrupting the country is the way the Government 
managed its funds, including spending it on cost-inflated projects, they said.

Calling for the people's support for the party, Kanul and Jius said if elected 
to form the next Federal government, the party would decentralise the federal 
governance, as to give more freedom for capable states like Sabah and Sarawak. 
(Daily Express)

***** The VK Lingam controversy has further confirmed the deplorable state of 
our judicial system and the active, evil nexus between judges, politicians, 
lawyers and business tycoons. But as far as Umno is concerned, "semuanya OK" 
and they will continue to 'struggle' for bangsa, agama dan negara.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke