Saya tak menafikan apa yang awak cakapkan tentang ular tuu..betul,
    tapi yang saya pertikaikan siapakah awak yang boleh menjatuhkan 
    hukuman tentang amalan solat orang lain?. Itu yang perlu awak jawap 
    bukannya pegi ke kisah lain pulak.
    Ingin saya tanya sedikit kepada awak, saya akui jika BA dapat perintah
    OKLAH....PAS akan bawa sistem Islam bagaimana pulak DAP dan PKR?.
    Manusia akan melakukan kesilapan demi kesilapan tak kira dia dari UMNO,
    PAS, DAP ataupun PKR. Itu adalah pasti kerana iblis dah berjanji di hadapan
    Allah SWT. Ditambah lagi yang berkaitan dgn duit kerana ketika duit dicipta
    Iblis telah menyembah duit dgn gembira kerana dia tau inilah senjata utama
    untuk kalahkan anak Adam .
    Yang perlu awak tekankan macamana nak menang pilihan raya, salah satunya
    suruh bakal pemimpin tuu campur masyarakat setempat bukannya dah dekat
    pilihan raya baru nampak batang hidung....mana nak menang kawan..!!!!
    Orang sekarang dia nampak yang realiti bukan imaginasi kosong. Tak kira
    siapa pun yang memerintah bila dia dah ada kuasa lama kelamaan ianya
    mungkin akan lalai ( tak semuanya ). Masa tuu kita dipihak pembangkang
    nak cakap apa pulak....Nak cakap pihak BN dah aturkan konspirasi nak 
    jatuh wakil rakyat BA. Seperti kes Mat Sabu dolu dolu.
    Walau bagaimana pun saya tetap doakan hanya wakil PAS saja yang menang
    kerna dengan ini barulah sistem Islam ( Hudud ) dapat ditegakkan .Kalau 
campuran
    kuasa jangan haraplah......
   

    Wallahu'alam
    
    
    
    
    
  ----- Original Message ----- 
  From: Kholid Ali 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Friday, January 18, 2008 9:29 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Putera Umno solat hajat??



     Orang yang beriman tidak membiarkan dirinya dipatuk dua kali oleh ular 
dari lubang yang sama. Janganlah pandang kepada sedikit kebaikan dibandingkan 
dengan kerosakan yang lebih besar. Remaja-remaja dan belia ini adalah bakal 
pemimpin di masa depan. Kesilapan mereka dalam memilih halatuju perjuangan akan 
mengakibatkan kemusnahan yang lebih besar kepada generasi akan datang. 
Wallahu'alam.

  ibnuAli
  kota jembal

  "abu samah"@yahoo.com wrote:
       Saya rasalah isu penculikan yang terjadi janganlah nak dipolitikkan.
       Kalu pihak dia orang nak beri sumbangan biarkan. Mungkin dgn sumbangan
       tu dia dapat cetak risalah dll untuk diedarkan.
       Apa pulak sumbangan awak dalam kes ini?.
       Jgn kerna awak di pihak pembangkang semua yang dilakukan oleh mereka
       salah. Tulah sebabnya pembangkang tak menang pilihanraya, sebabnya
       isu yang baik diputarbelitkan .Orang lain boringlah....
       Sebab isu nii..besar dan telah diperbesarkan lagi oleh media cetak dan 
       elektronik jadi semua orang nampak...Siapakah awak yang cuba 
mempertikaikan
       solat dan amalan orang lain.
       Saya pun di pihak pembangkang tapi taklah sampai nak menidakkan apa 
dilakukan
       oleh pihak kerajaan kearah kebaikan.....Cuba jadi pembangkang yang tau 
apa yang mesti
       dibangkang apa yang tidak!!!!!!.
       
       
      ----- Original Message ----- 
      From: Kholid Ali 
      To: Ikhwanul Muslimun 
      Sent: Monday, January 14, 2008 9:26 AM
      Subject: Help Palestine [hidayahnet] Putera Umno solat hajat??


      Aswt,
         Berikutan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan bernama Sharlinie 
putera Umno khabarnya menyumbang wang RM10 ribu bagi digunakan sebagai tawaran 
kepada usaha mencari maklumat mengesan kanak-kanak ini dan penjenayah yang 
larikan nya. Saya kesian juga kepada budak-budak yang gelarkan diri mereka 
putera dan jadi alat kepada UMNO ni dan yang betina pula gelarkan diri mereka 
puteri!! Ini adalah produk didikan dan kefahaman yang tidak mendalam mengenai 
ajaran Islam maka dengan mudah mereka terseret kedalam perjuangan menentang 
dasar dan sistem Islam yang lengkap. Mereka di disogok dengan dasar perjuangan 
yang kononnya bagi menegakkan ketuanan Melayu dan kongsi kuasa dengan lain-lain 
bangsa. 
         Sepertimana yang kita tahu telah beberapa kali insiden ibu bapa 
kehilangan anak telah berlaku dan akhirnya ada yang ditemui dibunuh dengan 
kejam. Pelbagai pihak turut serta membantu pihak polis mengesan penjenayah 
disamping usaha dengan memohon doa kepada Allah swt. Putera UMNO juga tidak 
ketinggalan dan telah anjurkan solat hajat. Macam juga pemimpin atasan mereka, 
mereka hanya dekati Tuhan bila mereka perlukan Nya. Tidak dapat dipastikan 
sejauh mana keikhlasan mereka atau apakah ianya sekadar strategi politik?? 
Keikhlasan mereka tidak begitu diyakini kerana apabila Tuhan beri mereka 
sedikit kuasa mereka langsung tak kisah Tuhan. Mereka ubah pelbagai peraturan 
yang Allah telah tetapkan dan sanggup mendaulatkan peraturan dan sistem kuffar 
dan yang bukan dari Islam (ISA, hukum jenayah dll). Atas sifat kemurahan Allah 
yang maha esa sapa juga yang memohon dan yang tidak memohon pun pasti Allah 
kurniakan apa juga hajat keperluan seseorang/ makhluk itu. Namun mereka ini 
masih belum menginsafi segala nikmat yang Allah berikan dengan menjadikan diri 
mereka  orang yang benar-benar beriman. Hanya orang yang benar-benar beriman 
(Mukmin) saja yang benar-benar akan terselamat diakhirat. Mereka yang hanya 
Islam seperti yang diibaratkan oleh Nabi SAW seperti buih dipermukaan laut 
tidak akan selamat. Wallahu'lam.

      ibnuAli
      kota jembal

--------------------------------------------------------------------------
      Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 




------------------------------------------------------------------------------
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

   

Kirim email ke