amdang81
Alhamdulillah.. Suwandi & Azman boleh dijamin
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...
Syukur rasanya bilamana mendapat berita Suwandi dan Azman dapat diikat jamin.
Takbir kemenangan tiba-tiba memecah suasana 1000 para penyokong Suwandi dan
Azman yang sedang berzikir dan bertahmid. Jam ketika itu kira-kira menunjukkan
pukul 11.00 pagi. Perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu sayu seketika bilamana
takbir kemenangan itu bergema.
Ramai dilihat bersalam-salaman mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Pada
aku, kemenangan itu walaupun masih peringkat permulaan, namun ianya berkat
kesabaran dan sokongan semua pihak yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan
kerjasama dalam membantu Suwandi dan Azman.
Secara spontan, diadakan kutipan derma kilat bagi menjamin Suwandi dan Azman
yang dikenakan jaminan RM 3000 seorang. Alhamdulillah kutipan dalam jangkamasa
yang singkat itu melebihi jumlah RM 6000 yang dikehendaki.
Sebelum itu, jam 10.00 pagi telah diadakan Solat Hajat buat kali ke 3 di
perkarangan Mahkamah. Solat Hajat yang diketuai oleh Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
telah diikuti doa yang menyentuh hati oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah. Aku
anggarkan separuh yang hadir turut serta menunaikan solat.
Suasana agak hangat seketika bilamana pimpinan BERSIH dan PAS cuba diugut oleh
pihak keselamatan dengan ugutan akan ditangkap. Para penyokong segera ke depan
dan memastikan semua pimpinan selamat dibawa keluar dari kawasan perhimpunan.
Alhamdulillah semuanya terkawal.
Selepas itulah diadakan majlis zikir dan tahmid bagi memastikan perhimpunan
adalah baik dan terkawal. Alhamdulillah para penyokong memberikan kerjasama
yang baik dan boleh dipuji kerana mampu bersabar walaupun panas dengan cuaca
dan situasi yang ada. Ini menunjukkan betapa rakyat semuanya menolak sebarang
bentuk keganasan dan kekacauan sekiranya tiada pihak yang melakukan provokasi
ataupun memulakan provokasi. Selagi mana lunas undang-undnag diikuti dan
dijaga, rakyat umumnya tiada masalah untuk memberi kerjasama.
Kira-kira jam 11.45, para peguam dan pimpinan telah mula keluar dari mahkamah.
Sedikit ucapan ringkas dari Hanifa Maidin, Ustaz Dato Abu Bakar Chik dan YB
Salahudin mengakhiri perhimpunan sebelum ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz
Abu Bakar Chik. Pesan Dr Syed Azman yang bertindak selaku pengerusi majlis,
Haji Mohamad Sabu tidak dibenarkan berucap di situ kerana mahu disimpan pada
malam ini.
Sebagai makluman, malam ini akan diadakan satu ceramah di Batu Enam. Penceramah
terdiri dari Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abu Bakar Chik, Salahudin Ayub dan
beberapa pimpinan yang lain.
wallahua'lam.
Gambar-gambar awal pagi dari TKO. Selepas 9.30pagi semakin ramai hingga
mencecah 1000 orang aku anggarkan. Gambar setakat itu sahaja kerana kamera aku
kehabisan bateri. Huhuhu..
(lebih banyak gambar di TKO - KP)
"
*****.*.*****
BuletinOnline
Perhimpunan lebih 1000 orang â Pengerusi & Setiausaha BERSIH memberikan
ucapan
Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 20 January 2008 Kuala
Terengganu, 20 Jan â Jam 10.00pagi â Perhimpunan menyokong Suwandi & Azman
serta 18 orang yang dibebaskan, semakin membesar. Sekitar jam 9.20 pagi
Pengerusi BERSIH, Tuan Haji Mohammad Sabu dan Setiausahanya, Dr Syed Azman Syed
Ahmad hadir bersama-sama lebih 1000 orang dihadapan mahkamah
Setiausaha BERSIH, Dr Syed Azman Syed Ahmad telah menyatakan bahawa BERSIH
menyokong penuh dan bulat, kepada hasrat himpunan hari ini yang meminta Suwandi
dan Azman di bebaskan.
âKita berhimpun dengan satu mesej untuk disampaikan kepada pemimpin
UMNO/BN bahawa musuh kita bukan polis, bukan pasukan keselamatan, tetapi musuh
kita adalah pemimpin UMNO/BNâ kata Syed Azman
âTidak ada maknanya Pilihanraya akan datang diadakan, sekiranya Azman dan
Suwandi yang ditembak dan hampir terkorban, dizalimi dan masih terpenjara.
Adaah menjadi kesalahan kepada kita sekiranya kita tidak mempertahankan
kedua-dua orang sahabat kita Azman dan Suwandiâ ujarnya lagi.
Sekitar jam 9.30 pagi pasukan peguam Suwandi, Azman dan 18 yang lain di
ketuai oleh Sdr Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS
Pusat, masuk ke mahkamah.
Kehadiran pada hari ini adalah kehadiran yang paling ramai. Turut serta
adalah pimpinan PAS negeri Terengganu, Pimpinan Pemuda, Muslimat dan Ulamak.
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.