Wacana Ilmu: Bisyarah daripada Rasulullah SAW buat umat Akhir Zaman oleh Ustaz 
Zahrul Fata - 23 Januari 2008   

            Info Wacana...

  Tarikh & Masa:
  Rabu, 23 Januari 2008, 8:15 mlm
   
  Tempat:
  Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia
  17A, Lorong Datuk Sulaiman 7
  Taman Tun Dr. Ismail
  60000 Kuala Lumpur
  (sila klik di sini untuk peta ke Al-Nidaa’)
   www.al-nidaa.com.my 
   
  Dewasa: RM 10, Pelajar: RM 5 
  (termasuk jamuan ringan)
   
   
  Tempat Terhad. Hubungi 03-77106900 Atau 012—2820244
   
              Mengenai Wacana...
       
  Bisyarah (khabar gembira) daripada Rasulullah SAW buat umat Akhir Zaman
   
  Sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) telah memberikan khabar 
gembira kepada umatnya. Khabar gembira ini tidak tertumpu kepada kegembiraan 
semata-mata, tetapi turut merangkumi kegembiraan di dunia ini. Hadith-hadith 
bisharah (khabar gembira) yang dikumpulkan daripada al-Kutub al-Tis’ah (koleksi 
sembilan kitab utama Hadith: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, 
Jami’al Titmidhi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Ibn Majah, Muwatta’ Malik, Sunan 
ad-Darimi dan Musnad Ahmad) berkaitan kehidupan duniawi umat akhir zaman akan 
dibentangkan dan dikupas oleh pembentang. Ini diharapkan dapat memberikan 
motivasi dan semangat kepada Umat Islam masa kini agar tidak berputus asa 
dengan keadaan semasa ummah, sebaliknya terus berusaha dan mengharap agar 
kegemilangan Islam dapat dikecapi sebagaimana dijanji oleh Allah dan RasulNya. 
   
     
   
  Profil Pembentang
   
  Ustaz Zahrul Fata. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hadith) dari Fakulti 
Usuluddin Universiti Al-Azhar, Mesir dan Ijazah Sarjana (Pengajian Sunnah) dari 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Kini melanjutkan pelajaran di 
peringkat Ph.D. dalam jurusan Pengajian Hadith di IIUM. 
   
   
       

  ** Koleksi CD dan DVD dari tajuk-tajuk wacana sebelum ini turut dijual **

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke