JOM BERSIH!!!                                bersih.org

              
            
                           
      PAS komited pertahan kedaulatan undang-undang                             
                    Awang Harun      
         Mon | Jan 21, 08 |  3:17:24 pm MYT                            KUALA 
TERENGGANU, 21 Jan (Hrkh) - PAS komited mahu mempertahankan kedaulatan 
undang-undang serta sistem kehakiman di negara ini yang sedang 'dinodai'.

  
   
 Jika undang-undang mengatakan Suwandi dan Azman boleh diikat jamin hendaklah 
diberi hak kepada mereka untuk dijamin, keluar dan dibicarakan di mahkamah.

 
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian pada siding media di hadapan 
pintu masuk ke Mahakamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

 
Katanya, campurtangan politik dalam sistem kehakiman serta kedaulatan 
undang-undang amat ketara berlaku dalam negara hari ini. "Kita melihat sejak 
kebelakangan ini campurtangan politik terhadap kedaulatan undang-undang begitu 
ketara. Ini yang kita tidak mahu.

 
 "Jika rakyat sudah tidak percaya kepada mahkamah amat merbahaya dan ini yang 
saya bimbang."

  
 "Saya cukup-cukup bimbang jika rakyat sudah tidak percaya kepada mahkamah dan 
kedaulatan undang-undang di negara ini," tegasnya.

 
Sehubungan itu, beliau mendesak agar anggota polis yang melepaskan tembakan 
peluru hidup serta hampir meragut dua nyawa turut didakwa dan dibicarakan di 
mahkamah.

 
"Kita juga minta polis yang menembak itu juga didakwa. Mereka pertahankan hujah 
mereka di mahkamah jika mereka mengatakan mereka mempertahankan diri dengan 
melepaskan tembakan,"ujarnya.

 
Menurutnya, kes pendakwaan terhadap Suwandi dan Azman sebagai suatu 'test' 
tentang campur tangan politik dalam perundangan di Malaysia hari ini. - mks.

 -->

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.

*****.*.*****

PAS tawarkan sebuah negara berkebajikan buat rakyat Malaysia
 Posted on Monday, January 21 @ 11:44:56 EST by reformis
 Mahfuz Omar berkata, kerajaan sedia ada tidak mampu menangani isu kenaikan 
harga minyak kerana tiada mekanisme bagi mengatasi masalah itu. ‘‘Pendapatan 
kerajaan sedia ada selama ini hanya bergantung kepada sumber minyak iaitu 
petroleum. Bila harga minyak dunia naik, mereka (kerajaan) tidak berupaya 
memikirkan cara mengatasinya kecuali terpaksa menaikkan harga minyak,” ujarnya.


KUANTAN 20 Jan. – Pas mula menyebarkan manifesto pilihan raya, antaranya mahu 
menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam 
pilihan raya umum ke-12.


Antara yang dijanjikan parti itu ke arah ‘negara kebajikan’ ialah mengurangkan 
harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan 
menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Selain itu, Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa 
dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran, 
serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerusi konsep negara 
kebajikan, rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup 
bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.


‘‘Mari kita buat perubahan. Saya yakin kita boleh buat perubahan. Perubahan 
mesti sama-sama, tidak boleh Melayu sahaja, India sahaja atau Cina sahaja.

*****.*.*****
Cina Islam
 Antara Kandungan Menifesto PAS    Berikut adalah antara kandungan Menefisto 
PAS yang disebut oleh Presiden PAS di dalam Ceramah Perdana di Madrasah 
As-Saadah, dekat sini malam tadi.






1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam 
pilihan raya umum ke-12.

2.Mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga 
semasa .

3. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4. Menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di 
sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran.

5. Perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.

6. Rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi 
menampung kehidupan mereka setiap bulan.


  
   Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAH 

 


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke