Salam,
   
  Saudara Muslim kita di ambang kebuluran dan kegelapan di Gaza dengan sekatan 
dan pembunuhan yang berterusan oleh regim Zionis Israel. Hulurkan bantuan 
segera melalui Aman Palestin dengan akaun :
   
  Aman Palestin Bhd
  Maybank 562263010787
  BIMB 12029010047880
   
  Hubungi Talian - 013 8926 7019
  www.amanpalestin.com


  Azizul Salehudin wrote:
    

Gaza bergelap ‘hukuman mati’ rejim Israel
  
BANDAR GAZA 21 Jan. – Seluruh Gaza bergelap selepas loji janakuasa
tunggal yang beroperasi terpaksa ditutup berikutan kehabisan bahan
bakar berikutan sekatan Israel yang mahu membendung serangan roket para
pejuang Palestin.

Penutupan loji yang membekalkan 30 peratus keperluan elektrik
penduduk di wilayah ini menyebabkan seluruh Bandar Gaza bergelap dan
memburukkan lagi keadaan masalah yang sedia teruk di wilayah pesisir
ini.

Bekalan elektrik ditutup secara rasmi pada pukul 8 malam tadi (2
pagi Isnin waktu Malaysia) dan tindakan itu akan menyebabkan krisis
kemanusiaan yang mengancam nyawa penduduk.

“Kami terpaksa menutup loji janakuasa ini sebab kehabisan bahan api,” kata 
Pengarahnya, Rafiq Mliha.

Beliau turut memberi amaran mengenai “kesan buruk kepada penduduk, operasi 
hospital dan loji rawatan air.”

Rafiq memberitahu, beliau juga tidak mengetahui bila Israel akan
membenarkan bekalan bahan api dibawa masuk bagi membolehkan loji
janakuasa beroperasi semula.

Sementara itu pegawai Kementerian Kesihatan, Dr. Moaiya Hassanain
memberi amaran, tindakan menyekat penghantaran bahan api akan
mencetuskan malapetaka kesihatan.

“Kami hanya ada pilihan sama ada memotong bekalan elektrik untuk
bayi di wad bersalin atau pesakit pembedahan jantung atau menghentikan
kerja di bilik bedah,” katanya.

Wilayah Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk yang bergantung kepada
bantuan luar masih terputus dari dunia luar selepas semua pintu masuk
ditutup sejak Jumaat lalu berikutan arahan Kabinet Israel yang mahu
mengekang serangan pejuang.

Kilang-kilang roti turut menghentikan operasi berikutan ketiadaan bekalan 
tepung dan tenaga elektrik.

Pengarah Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) bagi Palestin di Gaza mendesak Israel membuka semula pintu masuk
dan meminta masyarakat antarabangsa membantu penduduk awam.

“Penutupan janakuasa menyebabkan seluruh Bandar Gaza dengan 600,000
penduduknya bergelap,” kata John Ging, sambil menambah, ia memberi
kesan kepada semua aspek kehidupan penduduk di Gaza.

“Jika anda melawat hospital-hospital, anda akan mendapati generator
yang digunakan hanya memadai untuk peralatan asas sahaja. Mereka
kesejukan di semua wad, menambahkan penderitaan pesakit,” ujar Ging.

Sementara pergerakan Hamas yang menguasai Gaza sejak Jun lalu
menyatakan, langkah rejim Tel Avib merupakan “hukuman mati” ke atas
wilayah ini dan menggesa campur-tangan antarabangsa.

Gesaan Hamas tersebut turut mendapat sokongan Presiden Palestin,
Mahmoud Abbas yang mahukan Israel menamatkan kepungan dengan segera.

– Agensi




Kirim email ke