(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Anjunglarik
 EPF juga tertinggi..apa yang rendah?    

Semalam berita TV3 (Tengok TV3, walaupun Datuk Zainuddin kata RTM lagi bermutu 
dan popular...betul kah Datuk...?) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  
mengumumkan pemberian dividen tahun lalu sebanyak 5.8 peratus, yang katanya 
tertinggi sejak 2001 dan akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum pada 1 Mac 
ini.

Agak nya kenapa pihak KWSP, hanya sebut setakat tahun 2001. Sebab nya mereka 
tidak berani hendak membandingkan kadar- tersebut dengan kadar di tahun-tahun 
cemerlang sebelum tahun 2001. Pasti mereka akan hilang peluang untuk 
mengwar-warkan kalimat hikmat yang selalu pihak kerajaan pakai sejak 
akhir-akhir ini iaitu "tertinggi" yang sama juga tujuannya dengan kalimat 
"terkaya", "teruntung", "tebaik", "terbesar" dan sebagai nya termasuk yang ini. 
Ini semua bagi menunjukkan betapa berwibawa nya kerajaan sekarang menangani 
Kerajaan Malaysia dan seterusnya layak untuk bertanding dan terpilih untuk 
pilihanraya umum (PRU) yang akan datang kelak....Mungkinkah...?

Umpama Kata Paklah "kita mampu dan ada duit lebih sikit, kita bagi la pada 
pencarum.. ". Tapi saya takut realitinya macam lari dari maksud yang sebenar 
umpama, Petronas untung, tapi minyak naik juga atau TNB untung "gila babi" 
(kesian babi ni, gila), tapi caj letrik naik juga...

Hairan juga sekejap cakap  mampu. sekejap tidak mampu, tapi apapun kesan nya 
pasti tidak mampu juga kepada kita semua....

Paklah kata "Ini bukan duit election,tapi depa kata duit election pula," betul 
juga apa yang dikata, kalau Paklah Cakap ini semua sempena election, nanti kena 
tuduh guna wang rakyat untuk untuk kepentingan parti pula....Apapun yang pasti, 
inilah yang dikatakan "serampang dua mata", "sambil menyelam minum air"..ialah 
"sambil kerajaan beri untung, sambil itu parti dapat nama" ala-ala "lembu punya 
susu, sapi dapat nama"...bijak-bijak.... betul-betul mengamalkan "Budi bahasa, 
Budaya Kita". Ialah hendak seribu daya, taknak seribu dalih, hati rakyat mesti 
diraih apapun tujuan nya adalah untuk meraih sokongan.

Yang tersangat pasti tarikh pilihanraya dah dekat sangat, kursus pengurusan SPR 
pun dah dibuat, malah kursus buang duit.."pilihanraya olok-olok" pun dah 
berlansung.......Jentera parti pun sudah bergerak..Ramai yang sudah sibuk, 
menabur budi . Banyak jalan berlubang dah di tar hingga ke depan rumah...Yang 
tak pernah nampak muka, tiba-tiba boleh tersenyum sumbing, menghulur bantuan. 
Yang jarang menegur sapa, kini mesra tak sudah-sudah, Yang tak berpersatuan, 
sibuk pula mengatur majlis tahlil dan doa selamat. Mesej SMS takpayah 
ceritalah, dok bertalu-talu masuk ke dalam telefon bimbit, hingga pening nak 
"mendeletekan" nya......

Apapun terima kasih juga kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana 
sanggup mengumumkan pemberian dividen yang "tinggi"  ini.....Hanya ucapan 
terima kasih kepada Pak Lah atas semua ketinggian ini, saya tak mampu nak beri 
Rose  dan bermain dengan propaganda ,sebab saya sangat sibuk mencari rezeki 
untuk membayar duit minyak, tol, yuran sekolah dan lain-lain, yang tidak kalah 
juga ketinggian nya..... Selamat berpilihan raya....



p/s: Dah lama tidak merasa  dividen 8.5%  seperti di era 80an................

JOM BERSIH!!!                                bersih.org
              

BuletinOnline
      MB khianati jiran tetangga, orang kampungnya sendiri                      
       
                         
                        
                                               Ditulis oleh WanKay & SM Noor    
 


Besut; 21 Jan - Kedudukan Dato’ Seri Idris Jusoh, untuk mempertahankan DUN 
Jertih, dilihat oleh banyak pihak, sebagai kerusi yang tidak selamat  lagi, 
bagi Menteri Besar Negeri Terengganu itu

     ni adalah kerana, rakyat di kawasan berkenaan telah hilang keyakinan 
terhadap Idris yang mengkhianati  janji-janji Idris kepada mereka, pada 
Pilihanraya Umum ke 11, tahun 2004 lalu.


      Justeru itu, mereka merasa kecewa tidak lagi mahu bergantung harap kepada 
Idris yang dilihat oleh mereka sebagai ‘kacang lupakan kulit’ 



  Semakan dan pemerhatian lapangan yang dibuat oleh Buletinonline mendapati, 
rakyat umum, para pengundi dan penyokong UMNO/BN, melahirkan rasa tidak puas 
hati dengan kepimpinan Idris.


      Rakyat melihat khususnya Idris dan amnya kerajaan UMNO/BN Terengganu 
telah gagal membela nasib rakyat, tidak dapat menyelesaikan isu tanah dan tidak 
berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan negeri 
Terengganu seluruhnya.  



  
Isu terbaru berlaku di kampong Idris sendiri. Kes pengambilan tanah orang 
kampong untuk pembesaran Masjid Seberang Jertih ‘melukakan hati dan perasaan’ 
jiran tetangga Idris. Masjid Jertih terletak bertentangan dengan rumah ‘orang 
tua’ Idris, dipisahkan oleh jalanraya yang menghubungkan Bandar dengan Kota 
Bharu. Tanah jiran-jiran Deris telah diambil semula oleh kerajaan negeri dan 
rumah-rumah mereka dirombak, bagi kerja-kerja pembesaran masjid tersebut.


      Apa yang menjadi kemusykilan rakyat setempat adalah, apa perlunya Masjid 
Jertih diperbesarkan dengan jarak antara Masjid Seberang Jertih dengan Masjid 
Hadhari, hanyalah 800 meter. Masjid Hadhari, sebuah masjid ‘mega’, sedang dalam 
pembinaan dengan kos RM10 juta, dijangka siap akhir tahun ini. (Foto: Mohd Noor 
menunjukkan rumahnya yang sudah dirombak)


  Seorang pesara Jabatan Kerja Raya(JKR), Encik Mohd Noor Daud, 68, yang juga 
jiran rapat Idris, berasa amat terkilan dengan sikap Idris. Beliau mengenali 
Idris sejak Idris kanak-kanak lagi.  Janji yang pernah diucapkan oleh Idris 
Jusoh selaku Menteri Besar Terengganu. awal tahun lalu masih segar didalam 
ingatannya.

 
    Encik Mohd Noor berkata, (Idris)MB Terengganu berjanji di hadapan orang 
ramai dalam satu majlis perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seberang Jertih.


  “Dia (Idris) berucap di bangunan Rukun Tetangga Seberang Jertih dan berjanji 
akan memberi tanah gantian kepada mana-mana penduduk yang terlibat dengan 
pengambilan balik tanah dan rumah oleh kerajaan.


    “Sampai hari ini, janji itu belum dikotakan dan kami semua terpaksa 
berpindah dan bayaran pampasan yang diberi pula tidak sepadan dengan nilai 
tanah dan rumah kami,” ujarnya kepada Buletinonline ketika ditemui di rumahnya, 
Jumaat lepas. 



  Menurut Mohd Noor, pampasan yang dibayar terhadap tanahnya serta tiga buah 
rumah milik anak-anaknya hanyalah RM120,000 sahaja.


  “Tanah saya(terletak di)tepi jalan utama, Jertih ke Kuala Besut dan 
berhampiran masjid hanya dibayar RM120,000,"


  “Ada tanah(yang hampir serupa) dan (sebuah)rumah subsidi kerajaan (yang telah 
diambil semula) dibayar RM80,000 seorang,” jelasnya.


      Beliau dan keluarganya amat tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran 
tersebut serta terpaksa membuat penilaian semula dan membuat tuntutan di 
mahkamah. 



  Manakala seorang lagi mangsa pengambilan tanah, Puan Hajjah Minah Husin, 63, 
dari Kampung yang sama tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa berpindah 
setelah tanah dan rumah diambil balik oleh kerajaan negeri.


      Katanya, masalah bayaran yang tidak setimpal itu menyebabkan rasa marah, 
sedih dan kecewa terhadap Idris dan pemimpin kerajaan Terengganu hari ini. 



  “Hati kecil mak cik memang tidak setuju dan rasa sangat sedih. Mak cik 
menangis kerana pilu terhadap layanan pihak berkuasa yang diketuai oleh orang 
kampong ini sendiri."


  “Mereka janji sebelum ambil dahulu hendak beri tempat ganti tetapi hanya 
‘cakap politik’ dan janji ‘bohong’ Menteri Besar sahaja,” ujarnya.(Foto: Rumah  
Mak Cik Minah)


  Mak Cik Minah telah membesarkan anak-anaknya seramai tujuh orang dan beberapa 
orang cucu telah menetap lebih 40 tahun diatas tanah tersebut. Katanya, 
kerajaan UMNO/BN kini perlu diberi tunjuk ajar oleh rakyat dalam pilihan raya 
akan datang dengan membuat perubahan sokongan kepada PAS.


    Menurutnya, rakyat serta pengundi di Jertih ini mula menyesal kerana 
memberi undi kepada Idris dalam pilihan raya yang lalu.


      Seorang lagi pemilik tanah yang juga jiran Idris (enggan disebut namanya) 
mengakui mengundi Idris dalam Pilihanraya Umum tahun 2004. 



  “Dia (Idris) orang sini (kampung) dan kita pakat beri undi sekali kepada dia 
untuk tengok perubahan ‘kononnya’ boleh membela nasib rakyat,
  “Kami semua  menyesal dan harapan kami sebagai ‘rakyat bawahan’ hancur 
berkecai setelah Idris berkuasa,” ujarnya.


  Beliau berjanji akan memastikan keluarga serta seluruh rakan taulannya tidak 
akan mengundi UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum akan datang.


    Semakan Buletinonline mendapati seramai 15 pemilik tanah dan rumah, jiran 
tetangga Idirs, berhampiran dengan Masjid Seberang Jertih, terlibat dengan 
pengambilan balik tanah untuk pembesaran Masjid tersebut. Pampasan telah 
dibayar, walaupun mereka tidak berpuas hati dengan jumlah yang mereka terima 
kerana ada unsur-unsur mereka telah ‘diperdayakan’ oleh pihak berkuasa 
tempatan.(Foto: Makcik  Minah  'sedih' merenung nasibnya)

 



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke