Hadis ini ingin menyatakan betapa luas dan besarnya sifat rahmah pada Allah
  dimana kita lihat sifat rahmah diberikan kepada makhluk yang kita katakan 
kasih sayang atau belas ihsan. Namun apabila digabungkan semua kasih-sayang dan 
belas-ihsan yang ada pada makhluk itu, ia bari 1/100 berbanding sifat rahmat 
yang ada pada Allah.
   
  Ini hanya perbandingan untuk mudah faham sahaja
  hakikatnya luas dan berkekalan rahmah Allah itu tidak dapat disukat.
   
  Dari sini kita dapati diantara nama-nama Allah ialah Rahman dan Rahim.
  Namun sifat rahmah Allah itu tidaklah sesuai diterjemahkan kasih-sayang dan 
belas-ihsan.Ini dibincangkan panjang lebar dalam pengajian tauhid.

"shazmie fadzlie"@yahoo.com wrote:
            asalamualaikum..
  boleh tak sekiranya sesiapa dapat menghuraikan akan maksud hadis tersebut...
  rasa seperti sukar untuk memahami......
  terima kasih 


  ----- Original Message -----
From: Abu , Heakal 
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Rahmat Allah s.w.t.
Date: Wed, 23 Jan 2008 07:00:02 +0800

    

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak 
seratus bahagian. Dia menahan di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan 
diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh 
makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang 
mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.

(Riwayat Muslim)



--   Want an e-mail address like mine? 
Get a free e-mail account today at www.mail.com!
  

                         

       
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel

Kirim email ke