Nak  selidik buat apa?
  Perkara tu (seandainya benar)berlaku 
  telah berlaku sebelum mereka kahwin lagi
   
  Lupakan sajer
  Jangan dilakukan perkara yang akan menimbulkan balik perkara negatif yang 
sudah lama berlalu.
   
  Siisteri tu tidak bersalah dengan suaminya
  kerana semasa itu dia belum berkahwin
  dia hanya bersalah kepada Allah
   
  Sudah tentu dia telah bertaubat atas kesalahannya itu
  Lupakan.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            Assalamualaikum, saya terharu dengan dugaan yang menimpa saudara, 
apa yang saya harapkan ialah saudara selidiki betul-betul berita itu dan 
seterusnya jika saudara ingin memaafkan isteri saudara, itu adalah perkara yang 
sebaik-baiknya. Saya berharap agar saudara banyak bersabar dan pasrahlah kepada 
Allah akan ujian yang berat ini. Jika ujian menimpa kita mungkin ada hikmahnya, 
pasti Allah akan mengangkat darjat keimanan kita. Dekatkan diri kepada Allah, 
banyakkan zikir dan membaca ayat-ayat suci al-Quran pasti saudara akan tenang 
menghadapi ujian ini. Jika anda kata rumah tangga anda bahagia, inilah ujiannya 
adakah anda akan bertahan dengan ujian yang sekadar ucapan bibir sedangkan 
lebih banyak ujian yang lebih hebat lagi, ada yang diuji dengan penyakit 
kanser, penyakit HIV positif dll. Jadi hadapilah ujian ini dengan tabah hati 
Insya Allah, Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. 
   
Akmar
  

  ----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Wednesday, 23 January, 2008 12:18:37 PM
Subject: RE: Balasan: Re: Help Palestine [hidayahnet] Dapat isteri .sisa・ rakan

     
  Pls hide my id.
   
  Assalamualaikum sahabat,
  Memang sesuatu yang amat menyedihkan bila rumahtangga anda cuba diporak 
perandakan oleh isu seumpama ini.
  Namun ingatlah sahabatku,,, SESUNGGUHNYA TIADA MANUSIA YANG 100% SEMPURNA 
DALAM DUNIA INI KECUALI KEKASIH ALLAH SWT IAITU MUHAMMAD RASULULLAH SAW. Namun 
dalam kesempurnaan junjungan nabi kita itu baginda masih tetap terus memohon 
keampunan ALLAH SWT setiap masa.
   
  Ulasan saya dalam hal ini supaya saudara tidak tambah menderita emosi dan 
batin, ayuhlah kembali kepada apa yang kita yakini tentang "QADA' DAN QADAR".
  Sesuatu yang telah berlaku dan akan berlaku ada sebab dan musababnya dan 
hanya dia iaini ALLAH SWT yang maha mengetahui walau sebesar kuman dan dialah 
yang maha pengatur segala urusan kehidupan kita seperti apa yang telah tertulis 
di Loh Mahfuz.
   
  Walau seberat manapun saudara menanggung derita akibat perbuatan isteri yang 
telah lalu anggaplah ianya adalah ketentuan yang maha esa dan tanggungjawab 
saudara adalah memperbetulkan yang telah tersalah jalan dan bukan berterusan 
membencinya, melainkan jika saudara telah berusaha 100% menerimanya dan 
berusaha mendidiknya tapi isteri saudara masih mengulangi perbuatan lalu maka 
setelah itu pilihan ditangan saudara agar anak2 saudara & keturunan saudara 
dapat terpelihara dari kekufuran nyata.
   
  Tapi melalui keterangan saudara bahawa sebelum ini saudara hidup bahagia 
bersamanya dan anak2...ini membuktikan bahawa isteri saudara telah kembali 
kejalan yang diredai agama dan seterusnya memberikan perhatian kepada 
tanggungjawabnya terhadap saudara & anak2.
   
  Jika saudara dapat menerimanya seadanya dan saudara dapat terus membimbingnya 
kearah kebaikkan pastinya ALLAH akan membalas segala kebaikkan dan keluhuran 
saudara itu.
  Dan mulia sungguh hati budi saudara jika dapat berbuat demikian demi anak2 
dan isteri saudara.
   
  Manusia memang pandai berkata2 untuk membuat saudara yang membaca atau 
mendengar menjadi lunak hatinya..tapi kata kata saya ini bukan sekadar itu 
kerana hakikatnya kita sebagai hamba ALLAH SWT mesti menerima segala "qada' & 
qadar".
  Dan ALLAH tidak akan menentukan 'qada' &qadar' seseorang itu melainkan dia 
menagturkan sedemikian kerana bahawa hamba2nya yang terpilih sahaja yang boleh 
mengharunginya dan menerimanya serta bertawakal padanya dgn jalan sabar dan 
dialah maha penentu kesudahanya.
  Maka berolehlah sebesar besar rahmat bagi hambanya yang reda dan menerima 
ketentuanya dengan balasan yang telah dia janjikan.
   
  Akhir sekali, terimalah sisteri saudara dgn setulus jiwa raga saudara kerana 
dia tak minta jadi begitu tetapi perjalanan kehidupannya dah tertulis seperti 
itu sedangkan dia telah bertaubat dari kejahilan lalu.Buktinya kebahagiaan 
rumahtangga saudara sebelum ini.
  Wasalam sahabatku.

    
---------------------------------
  From: [EMAIL PROTECTED] ups.com [mailto:hidayahnet@ yahoogroups. com] On 
Behalf Of insan manusia
Sent: Tuesday, January 22, 2008 2:16 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Balasan: Re: Help Palestine [hidayahnet] Dapat isteri .sisa・ rakan


  
    
  Berikan peluang kepada isteri saudara
  Seandainya saudara gagal menangani persoalan ini
  mungkin akan berlaku perceraian
  apakah nanti yang akan difikirkan oleh anak2 saudara,
  keluarga dan masyarakat.
   
  Jika keadaan seperti itu berlaku amat malang
  mungkin rahsia itu akan terbongkar kepada mereka
  Seandainya terbongkar, maka apakah pilihan untuk 
  ibu bagi anak-anak saudara itu?
  Apakah kesudahannya?
   
  Jadi lupakanlah kisah silam itu.
  Selamatkan rumahtangga saudara
  Berikan peluang kepada isteri anda
  Ingatlah, beliau adalah ibu bagi anak-anak saudara
   
  Pastikan anak-anak saudara membesar dalam suasana yang harmoni
  mendapat perhatian dari kedua ibu-bapa mereka.
   
  Terima kasih.

"Chemical Romance"@yahoo. com wrote:
      as'kum...
yang lebih penting ialah semua tu kalau berlaku pun tentu sebelum saudara 
berkenalan dengan isteri saudara...kenapa nak dikenang hal yang dah lepas.bagi 
saya semua tu tak jadi masaalah pun.macamlah kita ni tak pernah buat 
silap.kenapa nak difikirkan hal yang dah lepas?baik di fikirkan bagaimana nak 
memprtahankan rumahtangga kita.itu lebih penting.kalau saudara asyik nak 
mancari kebenaran cerita tu yang dah lama berlalu apa yang saudara dapat?dalam 
saudara sibuk mengorek rahsia silam,rumahtangga saudara pula semakin kacau?apa 
akan jadi pada anak saudara? 
sebab itu dalam hidup kita ni tak perlulah kita mengharapkan pada kesempurnaan. 
terbukti selama ni kehidupan rumahtangga saudara aman,damai dan bahagia jadi 
apa lagi yang saudara cari?dari situ kita dah nampak memang dah terbukti isteri 
saudara mampu dan memang dah mambahagiakan rumahtangga saudara.bersyukurla h 
dengan apa yang saudara dah dapat sekarang.jangan dirosakkan kebahagiaan yang 
ada dengan kisah silam.
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU,MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MANGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,DAN JUGA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI? BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
salam

  2008/1/15 <iliasmusa>:
            
    Pertama kawan saudara itu memang kurang akal. Dia munkin mempuyai unsur 
dengki untuk melihat saudara tak bahagia & rumah tangga saudara kucar kacir. 
Dia sanggup bercerita tentang maksiat yang dilakukan (kalau pun betul dia 
lakukan) dan apa lagi pula sangat berbangga dengan nya. Dia tak berasa dirinya 
bersalah dihadapan Tuhan Rabuljalil, kerana dia tak pernah baca bagaimana 
seksanya azab & balasan akhirat kepada penzina. Seorang Islam apa bila 
melakukan maksiat sepatutnya menyesal dan bertaubat, tak ingin buat lagi. Apa 
lagi untuk memberitahu kepada orang. Sesaat saja celup kedalam Neraka, perasaan 
nikmat dunia yang dirasai selama 60 tahun akan hilang. Tapi lagi keseronokan 
yang dapat dikira dengan minit saja.
   
  Sekarang ini memang susah untuk berjumpa dengan muda mudi yang tak pernah 
melakukan zina. Menurut kajian lebih 50% dari golongan orang Islam yang muda 
pernah melakukan seks diluar nikah. Ini kerana kurangnya ilmu tentang azab & 
nikmat diakhirat. 
   
  Yang penting adakah isteri itu sudah memilih untuk menjadi wanita yang 
solehah dan bertaubat dari apa saja dosa dosa yang lalu (munkin dia tak 
melakukan zina, dan susah nak menuduh kerana tak ada saksi empat yang sah). 
Penghidupan muslim bergantung kepada keadaan diakhir hayat sama ada Allah 
meredai untuk menemuinya atau tidak. Allah menerima taubat dan mengampun semua 
dosa-dosa hambanya melainkan perbuatan syirik. Mengikut kitab kisah tabiian, 
terdapat seorang perempuan pelacur kelas atasan dari  bani Israel yang ahkirnya 
bertaubat dan melahirkan zuriat kepada beberapa Nabi dikalangan Bani Israel. 
   
  Kedua didalam Al-Quran ada bermaksud, "...hanya wanita yang beriman untuk 
lelaki yang beriman, wanita yang kufur untuk lelaki yang kufur." Jadi kita juga 
kena cek diri kita sendiri munkin ada sebab sebab tertentu juduh kita jadi 
macam itu. Ini merupakan ujian. Lagi besar ujinan dan sabar, lagi besar pahala 
disisi Allah. LUpakan yang lepas. Yang penting setiap hari kita makin dekat 
dengan Allah dan nikmat yang disediakan disisi Allah. 

  Wassalam. 
   
  
 
  ----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED] com " <[EMAIL PROTECTED] com>
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Sent: Sunday, January 13, 2008 6:14:59 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Dapat isteri .sisa・ rakan

    
  SAYA berkahwin hampir tiga tahun lalu dan ada seorang anak. Selama tempoh itu 
saya rasa sungguh bahagia. Namun, yang menjadi masalah kepada saya sejak 
setahun lalu ialah, saya tertekan dengan sejarah silam isteri. 

Saya dapat tahu isteri saya pernah melakukan hubungan seks dengan bekas teman 
lelakinya. Berita ini saya dengar daripada mulut bekas teman lelakinya.
  
Sejak cerita itu masuk ke telinga, saya rasa dunia ini sungguh gelap. Sejak itu 
saya hilang rasa hormat kepadanya sebagai isteri dan ibu kepada anak saya.

Hubungan kami tidak semesra dulu, ibarat air laut yang pasang dan surut, 
tambahan pula saya panas baran dan berdendam. Saya cuba lebih mendekatkan diri 
dengan Allah SWT dengan pelbagai cara. 

Bagaimanapun, setiap kali itu terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata bekas 
teman lelakinya: ¡§Aku dah ¡¥projek¡¦ berkali-kali dengan isteri kau. Pergilah 
tanya dia, tak kan dia tak mengaku dan kenal aku.¡¨

Setiap kali hendak bersama, saya berasakan isteri saya terbayang dia melakukan 
hubungan seks dengan bekas teman lelakinya. Ini membuatkan saya hilang mood dan 
mula mencari salah.

Saya pernah terfikir untuk menceraikannya, tetapi saya kasihan pada anak kami 
yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa. 

Namun, pada masa sama saya benci melihat muka isteri, terutama bila teringat 
kata-kata bekas teman lelakinya. Saya harap Dang Setia dapat membantu saya 
dalam hal ini.

RAUL
Perak

Masalah saudara memang rumit, namun yang merumitkannya lagi ialah saudara tidak 
bertindak secara proaktif untuk menyelesaikannya, tetapi memendamnya. 

Apabila sesuatu masalah dipendam, ia sama sekali tidak akan selesai, sebaliknya 
bertambah rumit.

Dalam menangani masalah rumit ini, Dang Setia berpendapat saudara perlu lebih 
realistik, tidak bertindak terburu-buru dan bijak mengawal emosi. 

Bagi Dang Setia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan apakah 
dakwaan kawan saudara yang juga bekas teman lelaki isteri saudara benar atau 
palsu.

Ada kemungkinan terhadap kedua-duanya. Mungkin benar isteri pernah ditiduri 
bekas teman lelakinya dan mungkin juga ia tidak benar, sebaliknya perkara itu 
sekadar rekaan bekas teman lelakinya untuk memporak-perandakan rumah tangga 
saudara.

Dia mungkin bertindak begitu kerana ingin membalas dendam selepas hasratnya 
untuk berkahwin dengan isteri saudara tidak kesampaian.

Justeru, cara terbaik untuk mengetahui sama ada ia benar atau palsu ialah 
bertanya soalan itu kepada isteri saudara. Dang Setia sedar tindakan ini bukan 
mudah, namun saudara sebenarnya tiada pilihan. 

Mahu atau tidak, saudara perlu melakukannya dan perlu ada keberanian, ketabahan 
serta ketahanan mental untuk melakukannya. Ini kerana, jika jawapan isteri 
saudari tidak, tentu ia sungguh melegakan.

Namun, timbul juga pertanyaan, adakah saudara akan mempercayai kata-katanya 
atau masih berterusan diselubungi curiga dan syak wasangka yang sekali gus 
menyebabkan hubungan anda berdua terus dingin. 

Bagaimana pula jika jawapan isteri saudara ya, maksudnya dia mengaku pernah 
tidur bersama bekas teman lelakinya. Apakah pula sikap dan penerimaan saudara? 
Apakah saudara sudi memaafkannya atau terus menjatuhkan pelbagai hukuman ke 
atasnya?

Saudara, soal hati dan perasaan saudara memang sukar diubah. Ia hadir secara 
semula jadi dan kita tidak boleh berpura-pura atau menipu diri sendiri untuk 
menidakkan apa yang sebenarnya kita rasa. 

Jadi, yang mampu Dang Setia lakukan ialah sekadar memberi pandangan dan ada dua 
perkara yang Dang Setia mahu saudara fikirkan. Pertama, cuba bayangkan diri 
saudara di tempat isteri.

Dia sudah kehilangan dara dan Dang Setia yakin dia pasti menyesali 
keterlanjurannya. Apabila saudara melamarnya, tentu dia dihimpit dilema sama 
ada mahu berterus terang mengenai kisah silamnya atau merahsiakannya. 

Jika berterus terang, dia bimbang saudara tidak sudi mengahwininya dan dia 
kemudian mengambil risiko dengan merahsiakan perkara itu. Nyata, langkahnya 
tepat sehinggalah saudara mengesan kisah hitamnya selepas hampir tiga tahun 
berkahwin. 

Jadi, jika saudara di tempat isteri, apa agaknya perasaan saudara jika dituduh 
tidak jujur, sedangkan saudara menyesali keterlanjuran yang berlaku serta 
percaya berahsia adalah langkah paling baik yang wajar dilakukan?

Kedua, apakah sejarah kehidupan lampau isteri terlalu penting buat saudara? 
Selain itu, mana satu yang lebih penting, sejarah silam atau perlakuannya masa 
kini? 

Andai kata saudara tidak diberitahu mengenai kisah silam isteri, bukankah 
persepsi positif saudara terhadapnya selama ini tidak akan berubah? Ini kerana 
saudara berpuas hati dengan perlakuannya kini.

Dang Setia berani berkata begitu kerana saudara sendiri menyatakan sepanjang 
dua tahun pertama perkahwinan, kehidupan saudara sungguh bahagia. Ini 
menunjukkan isteri saudara berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri 
dan ibu dengan baik, sebagaimana saudara inginkan. 

Oleh itu, wajarkah segala kebahagiaan itu digadaikan dek kesilapan lampaunya 
yang sangat dikesalinya? Berbaloikah juga saudara menjejaskan tumbesaran dan 
masa depan anak yang saudara kasihani semata-mata kerana kesilapan lampau 
isteri?

Akhir sekali, jangan lupa apa yang diajar Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada 
kita umat Islam. Jika Allah SWT sentiasa bersedia mengampunkan hamba-Nya, 
begitu juga Rasulullah SAW yang sedia memaafkan kesilapan umatnya, bukankah 
kita sewajarnya mengikut contoh yang diberikan itu? - harian metro 
  
  
---------------------------------
  Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.   


  



  
---------------------------------
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now. 







-- 
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka 
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan 
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) 
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al- 
Hujurat ( 49 ):6 ).   



  
  Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel
  


-___________ _________ -________ _________ ___-

This electronic transmission is strictly confidential and intended solely for 
the addressee. It may contain information which is covered by legal, 
professional or other privilege. If you are not the intended addressee, you 
must not disclose, copy or take any action in reliance of this transmission. If 
you have received this transmission in error, please notify us and delete the 
received data as soon as possible.
This footnote also confirms that this email message has been swept for the 
presence of computer viruses.

Beiersdorf Aktiengesellschaft, Hamburg, Registergericht Hamburg, HRB 1787, 
Vorstaende: Thomas-Bernd Quaas (Vorsitzender) , Dr. Bernhard Duettmann, Peter 
Kleinschmidt, Pieter Nota, Markus Pinger, Vorsitzender des Aufsichtsrates: 
Dieter Ammer

Cosmed-Produktions GmbH, Berlin, Registergericht Charlottenburg, HRB 222, 
Geschaeftsfuehrer: Horst   Wickborn

Beiersdorf Shared Services GmbH, Hamburg, Registergericht Hamburg, HRB 83997, 
Geschaeftsfuehrer: Dr. Ernst Gadermann

Beiersdorf UK Ltd, 2010, Solihull Parkway, Birmingham Business Park, 
Birmingham, West Midlands B37 7YS, registered in England and Wales, company 
registration no: 00468710

Beiersdorf Ireland Ltd, First Floor, Block 8, St Johns Court, Santry, Dublin 9, 
registered in Ireland, company registration no: 325804 







  
---------------------------------
  Save all your chat conversations. Find them online.  

                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke