From: "Putra Haqimie Shanley" [EMAIL PROTECTED]
Date: Wed, 30 Jan 2008 02:10:03 -0000
Subject: PELUANG : Skim Latihan Siswazah (SLS) di KWSPNotis 

Kerja Kosong: Skim Latihan Siswazah (SLS) 
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA telah melancarkan Skim Latihan 
Siswazah (SLS) dan membuka peluang kepada Siswazah yang masih belum 
bekerja untuk diberi latihan serta pendedahan dalam pelbagai bidang 
operasi di KWSP. Maklumat program Skim Latihan Siswazah (SLS) adalah 
seperti berikut :

1. Tempoh Latihan

Tempoh latihan yang ditawarkan adalah selama 12 bulan.

2. Kelayakan Akademik

Sarjanamuda di dalam bidang Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, 
Ekonomi, Kewangan, Perundangan, Teknologi Maklumat, Perhubungan Awam 
dan Komunikasi Massa.

3. Elaun

Pelatih akan menerima Elaun bulanan berjumlah RM 750.00 sebulan.

4. Syarat-syarat Tambahan

Skim Latihan ini hanya terbuka kepada Siswazah yang telah menamatkan 
pengajian dalam tahun 2005 hingga 2007 sahaja. 

Keutamaan diberikan kepada Siswazah yang menganggur selama tidak 
kurang dari 6 bulan selepas tamat pengajian dan tidak pernah 
mengikuti mana-mana program Skim Latihan Siswazah yang dianjurkan 
oleh Kerajaan atau lain-lain pihak.

5. Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan surat 
permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap 
(resume/curriculum vitae), salinan Ijazah, salinan transkrip 
peperiksaan, salinan kad pengenalan, nombor telefon untuk dihubungi 
dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) selewat-
lewatnya pada 22 Februari 2008 kepada: 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 21 Bangunan KWSP
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. 

Semua permohonan adalah sulit dan hanya calon-calon yang disenarai 
pendek sahaja akan dihubungi. Permohonan calon adalah dikira tidak 
berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 3 
bulan dari tarikh iklan ditutup.

 
 

Kirim email ke