(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

      PAS dan 'Negara Kebajikan': Berhati-hati dengan tindakan Pak Lah          
                                       Murtadza Ibrahim      
         Tue | Jan 29, 08 |  3:49:48 pm MYT                               
Langkah PAS mahu mewujudkan 'Negara Kebajikan' sekiranya diberikan mandat 
sebagai parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-12 akan datang benar-benar 
mengejutkan pelbagai pihak. 
-->   
 Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan beberapa insentif 
akan diberikan kepada rakyat termasuk penurunan harga minyak 30 sen.

 
 Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang lain turut berjanji akan 
mengurangkan beban rakyat sekiranya mereka diberikan mandat.

 
 Bekas CEO Perbadanan Nasional Berhad (PNB) yang juga Setiausaha Agung 
KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim turut memberi jaminan bahawa rakyat seluruh 
negara akan menikmati bekalan air paip percuma seandainya parti ini diberi 
mandat dalam pilihan raya umum kelak.

 
 Janji dan jaminan pimpinan PAS mungkin menyebabkan rakyat terbahagi kepada 
tiga kumpulan.

 
Kumpulan pertama adalah mereka yang menyokong penuh jaminan tersebut, kumpulan 
kedua pula lebih bersikap 'tunggu dan lihat' dan kumpulan ketiga adalah mereka 
yang menentang dan menolak terus . Kumpulan ketiga ini dianggap pemimpin dan 
ahli Umno yang begitu lama menjadi 'seteru' PAS dalam berpolitik.

 
Tidak menghairankan apabila Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana 
Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyebut negara akan 'bangkrap' apabila 
parti pembangkang diberi mandat memerintah.

 
 Bekas Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang, Tengku 
Razaleigh Hamzah pula menyifatkan PAS hanya tahu 'bercakap' dan 'berjanji' 
sedangkan beliau adalah beberapa pemimpin Umno yang kuat menentang kenaikan 
harga minyak 30 sen pada tahun 2005 yang lalu.

 
 Ketika itu, dia bersama dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Muhamad 
yang menganggap kenaikan harga minyak adalah 'tidak munasabah' dan praktikal.

 
 Kemudian, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo' 
Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Dato' Seri Muhd Ali Rustam; Pengerusi 
Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa dan beberapa orang Ahli 
Majlis Tertinggi Umno terus 'berkokok' dan bertempik kuat menyerang PAS.

 
 Strategi pemimpin PAS dan 'serangan' pimpinan Umno telah menyebabkan rakyat 
terutamanya pengundi mula 'bercakap' isu terbabit.

  
Strategi ini disifatkan berjaya dengan masyarakat mula menilai sejauhmana 
kemampuan PAS jika parti ini diberi mandat sebaik sahaja selesai pilihan raya 
umum ke-12 kelak.

 
 Masyarakat juga sedang menilai sejauhmana 'serangan' kepimpinan Umno memberi 
impak politik kepada parti itu sama ada impak negatif mahupun positif.

 
Walaupun jaminan dan janji PAS memberi tanggapan baru terhadap parti ini namun 
mereka tidak boleh terlalu leka dengan strategi politik Presiden Umno yang juga 
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 
 Mereka perlu cekap dan memahami strategi politik Abdullah sebelum menjelang 
pilihan raya umum ke-12 ini yang disifatkan sebagai lambat tetapi berkesan dan 
boleh mempengaruhi serta mengelirukan rakyat.

 
Tidak mustahil Abdullah akan membuat pengumuman awal sebelum menjelang 
pilihanraya umum ke-12 kelak bahawa harga minyak akan kekal atau naik kurang 
daripada 10 sen yang seolah-olah tidak membebankan rakyat dan pengundi.

 
 Abdullah sudahpun bertindak dengan menubuhkan Majlis Harga Negara yang 
berperanan memantau kenaikan harga barangan pengguna seolah-olah harga barang 
tidak akan naik selepas pilihan raya umum ke-12 kelak.

 
 Abdullah juga mungkin akan mengumumkan kenaikan taraf elektrik dan air yang 
terlalu rendah yang segala-galanya digambarkan seolah-olah tidak memberi 
tekanan kepada pengundi.

 
Abdullah juga pasti akan memberi gambaran sepertimana dalam pilihan raya umum 
2004 lalu bahawa kestabilan adalah keutamaan Barisan Nasional dengan memberikan 
gambaran bahawa memilih pembangkang akan kacau bilau!

 
 Dan yang penting kakitangan kerajaan akan menerima bonus sama ada sebulan atau 
setengah bulan sebelum menjelang pilihan raya umum ini.

 
 Ketika ini, rakyat boleh 'keliru'. Rakyat menganggap bahawa janji dan jaminan 
pembangkang adalah tidak realistik lagi.

  
Apatah lagi seluruh media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka akan 
memberi liputan meluas di atas pengumuman Abdullah ini.

 
 Segala-galanya hanya untuk tahun 2008 dan selepas beberapa hari menjelang 
tarikh pilhan raya umum ke 12 kelak. Rakyat tidak akan tahu bagaimana pula 
selepas tahun 2009- 2012.

 
 Pada tahun 2009 harga minyak boleh naik begitu tinggi, harga barangan terus 
meningkat, tarif elektrik dan air berlipat kali ganda dan sebagainya.

 
Keadaan terbukti selepas setahun Barisan Nasional menang besar dalam pilihan 
raya 2004 yang lalu. Kenaikan harga barangan yang mendadak, kenaikan tol, 
kenaikan minyak, pengangguran dan masalah sosial yang begitu membimbangkan 
berlaku selepas setahun dia memegang jawatan Perdana Menteri.

 
 Rakyat dan pengundi boleh lupa sengsara empat tahun dengan pelbagai kenaikan 
barangan sebelum ini hanya dengan pengumuman sekali sebelum menjelang Pilihan 
raya umum kelak.

 
Rakyat akan lupa selepas beberapa anggota polis cedera parah, Abdullah membuat 
pengumuman bertindak ke atas pemimpin Hindraf, Abdullah mengarahkan Dato' Seri 
Azmi Khalid dan isteri ke China kerana isu 'ketuk-ketampi' sedangkan bangsa 
Melayu yang terlibat, selepas masalah sosial yang agak serius, Abdullah 
menubuhkan pelbagai saluran maklumat untuk kepentingan awam.

 
 Abdullah memberi tumpuan kepada koridor sedangkan masalah banjir terus berlaku 
sehingga membebankan rakyat.

 
 Segala-galanya adalah untuk politik. Abdullah berjaya dengan slogan 'bekerja 
bersama saya dan bukan untuk saya' sehingga ia membentuk satu kumpulan yang 
cukup besar untuk 'menyerang' mana-mana pihak yang cuba menentang beliau.

 
 Suatu yang tidak pernah berlaku di era Dr Mahathir yang mana pertubuhan 
politik menyaman wartawan yang cenderung menentang beliau, wartawan menyaman 
wartawan juga yang cenderung menentang dirinya.

 
 Abdullah 'bebas' dan seolah-olah tidak mengetahui isu terbabit kerana slogan 
'bekerja bersama saya dan bukan untuk saya'.

 
 Soalnya, bagaimanakah pembangkang mahu mempertahankan isu terbabit. 
Bagaimanakah pembangkang mahu mempengaruhi pengundi yang mudah keliru dan mudah 
'lupa' sepertimana yang disebut oleh Dr Mahathir dahulu.

 
 Selepas Abdullah dan Barisan Nasional menang besar dan mungkin lebih besar 
daripada pilihan raya umum 2004 lalu, ketika itu yang kenaikan harga barangan 
terus meningkat dan taraf kehidupan terus merosot, rakyat kembali mengeluh.

 
 Rakyat terus mengeluh dan mengakui 'alangkah untungnya kalau kita ada 
pembangkang yang kuat!' Tapi ini lah cara pemikiran pengundi kita dan Abdullah 
cukup arif dengan situasi tersebut.

 
Tidak menghairankan sebaik sahaja menang besar dalam pilihan raya umum ke-12 
ini, dia akan kembali kepada habitat lamanya iaitu 'keluar negara'.

 
 'Keluar negara' dan setiap bulan akan 'keluar negara..

 
  Dan ketika itu, rakyat mungkin mendongkak ke atas untuk melihat kapal terbang 
Abdullah melintas di atas kepala mereka!   

 

Jelas.Info
BetterMalaysia.com                A new website was launched today, designed to 
enable every single Malaysian to do their part to make a better Malaysia.


 Do read about the site’s goals, how you can be a part of the movement, and 
most importantly, how to spread the word.


 This is the first BetterMalaysia.com project, spreading awareness about the 
rise in crime. Distribute widely!
 
 BM version available, other languages coming soon.


 I’m going to leave this up here for a while, as I attend to some obligations, 
including answering yet unanswered questions on this blog! :)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke