Detikdaily

Menanti catatan tentang keajaiban Almarhum Ishak Baharom
 Posted on Wednesday, January 30 @ 21:06:10 EST by reformis
 Catatan ringkas 
Ahmad Lutfi Othman

Kematian Almarhum Ustaz Ishak Baharom memang satu kehilangan besar buat umat 
Islam khususnya pendokong gerakan Islam. Saya sendiri menyimpan gumpalan 
kenangan bersamanya, terutama ketika Almarhum dipecat daripada jawatan Mufti 
Selangor sepuluh tahun lalu.

Buku saya, Mufti lawan Mahathir, dicetak berulang kali dan Almarhum sendiri 
pernah mengulasnya dalam beberapa ceramah. Saya melanjutkannya dalam buku 
Menyanggah Fatwa Mahathir. Ingin saya kongsi beberapa catatan sepanjang saya 
berhubung dengan Almarhum selepas ini, selepas menyiapkan penerbitan khas 
Harakah nanti, insya-Allah.

Ya, Almarhum memang merupakan satu keajaiban. 

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, 
Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari 
Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari 
Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, 
Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak. 
--> 
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 
- 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan 
selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah 
Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya 
melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

 
Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor 
pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

 
Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan 
pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan 
mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja disambung.

 
Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke 
padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

 
Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi 
Ahli Majlis Syura Ulama' PAS.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke