(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

      Himpunan Rakyat 'Gelombang Kuning Semarak Hijau' peringkat Melaka: Semua 
dijemput hadir                                                 Zaili Muhammad   
   
         Wed | Jan 30, 08 | 12:19:25 pm MYT                         MELAKA, 30 
Jan (Hrkh) - Orang ramai dijemput hadir ke himpunan rakyat   bersama Presiden 
PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bertemakan   'Gelombang Kuning 
Semarak Hijau' peringkat negeri Melaka bagi mendengar   sendiri pendirian PAS 
terhadap isu-isu besar yang melanda negara mutakhir   ini.  
-->
 Program jelajah Presiden ini akan berlangsung pada 2 Feb 2008 bertempat di   
Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula jam 2.00 petang.   
Rombongan Presiden turut diiringi Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Ketua   Dewan 
Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.

 
  Aturcara sepanjang 2 Februari 
 Jam 2.00 petang - 5.00 petang:
  Himpunan Rakyat bersama Presiden

 
            Jam 5.15 petang - 7.15 petang:
  Ramah Mesra dan Dialog Presiden bersama NGO dan bukan Islam di Hotel King,   
Lebuh Ayer Keroh (Depan Hospital Pantai).

 
            Jam 9.00 malam - 12.00 malam:
  Ceramah di Markaz PAS Bukit Tambun, Durian Tunggal.

 
 Sebarang pertanyaan sila hubungi 
019-682 1318 (Sofi) atau 019-6675521 (Harun). - mns    

JOM BERSIH!!!                                                                   
                        bersih.org/                                             
                         
            
                           
MIC Sg Siput Tolak Samy Vellu             KeADILan             
      
 Kuala Lumpur, 29 Jan - Pengerusi MIC bahagian Sungai Siput, M. Lokanathan 
telah menulis surat kepada Perdan Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional 
akan hilang undian masyarakat India jika MIC terus dipimpin oleh Samy Vellu, 
yang merupakan Ahli Parlimen bagi Sungai Siput.Dalam suratnya, Lokanathan 
berkata ramai Ahli MIC dan sebahagian besar masyarakat India amat marah dengan 
pimpinan Samy Vellu. Samy dikatakan dalam surat tersebut sebagai seorang yang 
hanya asyik dengan kepentingannya sendiri.


 Samy didakwa menggunakan posisinya sebagai ahli politik yang berkuasa untuk 
mengumpulkan kekayaan dan pada masa yang sama menolong kroni-kroni dan ahli 
keluarga mendapat keuntungan dengan sewenang-wenangnya.


 “Masyarakat umum sudah bosan dengan sikap angkuhnya. Dia sudah tidak popular 
lagi dan akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.” kata Lokanathan.


 Di dalam surat itu, Samy dikatakan tidak pernah menjumpa ahli konstituannya 
malah menggunakan gangster untuk mengancam sesiapa yang tidak berhenti meminta 
pertolongan. Samy hanya pulang ke konstituannya untuk melawat seorang perempuan 
yang didakwa perempuan simpanannya.


 “Ramai orang India telah diabaikan oleh ketamakan kuasa dan wang Samy Vellu. 
Ramai orang yang dihormati seperti Datuk Pathmanaban, Dato Pandithan, Dato 
Subra telah diusur keluar MIC dengan sistematik dan tidak diberi peluang 
menolong masyarakat .” tambah Loganathan.


 Samy juga didakwa mendapatkan tanah yang dialokasikan kepada menolong 
masyarakat India yang miskin dengan murah dan sebaliknya mengunakan tanah itu 
untuk kepentingan sendiri. Beberapa bangunan yang dibina dengan kewangan orang 
ramai diletakkan dalam nama ahli keluarga Samy.


 Di dalam surat tersebut terdapat beberapa lagi dakwaan yang dibuat oleh 
Lokanathan, yang meminta Perdana Menteri untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang 
dibuat olehnya.


 “Kami di Sg Siput tidak lagi mahu Samy Vellu sebagai wakil rakyat kami. Dia 
sudah menjadi liabiliti bukan sahaja kepada masyarakat India tetapi juga 
Malaysia.”


 Baca Surat Penuh



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke