assalamualaikum.. Mintak laluan dari tuan Moderator
tuan/puan Jemputan menghadiri PERSIDANGAN MULTAQA SEDUNIA ALUMNI AL-AZHAR dimaklumkan bahawa Multaqa atau Persidangan ini bakal menghimpunkan ulama'-ulama' lulusan Al-Azhar yang terkemuka di seluruh dunia termasuk dari negara di benua Eropah, benua Amerika, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Asia Tengah termasuk Rusia. Selain dari ulama' terkenal lepasan Al-Azhar, turut dijemput untuk menghadiri Multaqa yang sama termasuklah beberapa menteri dari berberapa buah negara di mana mereka ini adalah merupakan alumni Al-Azhar Universiti. Disenaraikan seperti berikut di antara menteri-menteri yang dijemput hadir: 1. Dr Mahmood Hamdy Zaqzuq, Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam Mesir. 2. Mubarak bin Abdullah Al-Rashidi, Menteri Pengajian Tinggi Oman. 3. Saleem bin Hilal bin Saleem Al-Kharusi, Ketua Pengarah dan Penasihat dan Menteri Waqf Oman. 4. Ni'matullah Shahrani, Menteri Haji dan Hal Ehwal Agama Islam Afghanistan. 5. Umar Mahmood Muhammed Fins, Menteri Hal Ehwal Agama Somalia. 6. Moshame Hossain Shoh Jihan, Menteri Hal Ehwal Islam Bangladesh. 7. Abdul Karim Jibutai, Menteri Hal Ehwal Islam Republik Guinea Pissau. 8. Sheikh Ahmad Zaki Yamani, Mantan/Bekas Menteri Petrolium Arab Saudi. Multaqa ini akan diadakan pada hari Jumaat, 15 Februari 2008 hingga 18 Febuari 2008, Bertempat di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC). Sheikhul Al-Azhar, Dr Muhammed Sayyid Tantawi juga akan turut menyampaikan ucaptama. Kepada Yang berminat sila layari http://www.alumnialazhar.org/index.asp <http://www.alumnialazhar.org/index.asp> atau hubungi SEKRETARIAT ALUMNI AL-AZHAR Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur Tel : 603-22746077 Fax : 603-22732330 (USTAZ KHAIRUL FUAD/ USTAZ FARIDIL/FITRI)
