Assalamualaikum...
Pertama-tamanya saya ingin merakamkan terima kasih atas kesudian saudara/ri
membincangkan isu ini. Yang jelas, perkara ini mungkin ada pro dan kontranya.
Mungkin ada pihak yang akan menentang isu ini dan mungkin juga sebaliknya.
Bolehkah saudara/ri memikirkan sejenak implikasi (kesan) dari penukaran nama
JESUS kepada Allah untuk jangka masa panjang? Ya!! memang niat saudara/ri baik
tulus dan suci agar mereka kenal intan berlian dan mana satu kaca yang akhirnya
membawa kebinasaan. TETAPI, ada juga pendakwah-pendakwah KRISTIAN yang faham
selok belok agama ISLAM dan menuntut pengajian ISLAM di MESIR semata-mata untuk
kebaikan agama mereka. Ustaz saya ada memberitahu bahawa pendakwah KRISTIAN
yang belajar pengajian ISLAM ini adalah bertujuan untuk mencari kelemahan ISLAM
sekaligus MEMESONGKAN akidah orang ISLAM. Mereka akan akan menggunakan
ayat-ayat ALLAH ini dalam setiap penulisan yang bercirikan Agama Islam dan
mewujudkan keraguan dan persoalan dalam segenap huraian yang diterjemahkan.
Kita sememangkan menyembah Tuhan Yang Esa (Satu), Tiada DUA. Namun demikian,
sekiranya nama JESUS ditukar kepada ALLAH, tidakkah kita turut
menyekutukan-Nya? Kita membenarkan Agama kita diperkotak-katikkan oleh
KRISTIAN, walaupun kita berada dibawah minda sedar. Walhal, kita jelas agama
kristian pun terdapat banyak fahaman sehingga saya sendiri pun tidak faham yang
mana satu betul. POKOKNYA, saya takkan memahami KRISTIAN sekiranya IMAN saya
masih belum sempurna dalam erti kata CARA HIDUP yang sebenar-benar ISLAM.
Maaflah, saya bukanlah seorang USTAZ, mahupun golongan cerdik pandai dalam
bidang AGAMA, tetapi saya amat sedih sangat sekiranya generasi muda hari ini
berjaya dipesongkan akidahnya sekaligus terjebak dalam gejala MURTAD kerana
imannya mudah untuk dicelarukan hanya kerana perbuatan SYIRIK sama ada secara
tersurat mahupun tersirat. Saya pasti, setiap orang ISLAM mahupun kehidupan
ISLAM yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah dan setiap perbuatan dan gerak
geri Nabi Muhammad SAW dapat diamalkan.
Saya berdoa agar sesuatu yang lebih baik akan berlaku. Walaupun IMAN saya
senipis biji sawi, saya masih bersyukur kerana saya masih mempunyai nikmat IMAN
dan ISLAM. Tetapi bagi mereka yang murtad dan keluar dari ISLAM, nikmat apa
lagi yang dia peroleh kalau bukan nikmat DUNIA semata-mata dan kemurkaan yang
lebih DASYAT sedang menunggu di HARI PEMBALASAN sana. Penentu SYURGA dan NERAKA.
Maafkan saya jika penulisan saya ini mengguriskan beberapa pihak walaupun
bukan niat saya untuk berbuat demikian kerana saya hanyalah insan biasa yang
mencurahkan apa yang terpendam di dalam hati sahaja.
Sekian, Wassalam
Yang Benar
AJ
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
ummmm...kenapa ye orang kite ni paranoid sangat ?? Kenapa kita
terlalu bergantung sangat dengan undang-undang ?? Kenapa perlu salahkan
kerajaan @ pihak agama ??
kite terlalu takut sangat orang kita murtad...tapi TAK pernah cari jalan SELAIN
dari menyalahkan pihak lain ??
pernah ke tanya KENAPA diorang murtad ??
nak kata Islam x betul ?? well...kita sedia maklum Islam tu sempurna
kita je yang x sempurna...
Bagi saya, saya lebih menggalakkan diorang nak guna nama Allah, nama 'Isa...
Supaya bila diorang dah familiar dengan istilah ni, xlah diorang Islamophobia...
senanglah nak berdakwah...
kalau takut sangat anak-anak kita murtad...
ajar diorang agama-agama lain...
supaya bila dah kenal mana berlian (Islam)...mana kaca (agama2 lain)...
taklah diorang terpesona dengan kilauan kaca...
dan...kita marah bila diorang nak cetak bible dalam bahasa melayu
tapi kita boleh je cetak terjemahan Al-Qur'an dalam bahasa mandarin, bahasa
tamil...
adil ke tu ??
kalau kita nak kata adil sebab Islam agama yang betul...
bagi diorang (orang Kristian)...agama diorang adalah kebenaran
menghalang mereka (orang Kristian) samalah seperti mencurah petrol ke api yang
sedang membara
ye lah, bagi orang yang befikiran mereka sedang berjuang di jalan agama
makin dihalang makin bersemangat...
mana tak, rasul-rasul dahulu pun dihalang juga da'wah mereka...
wallahua'lam
(=^_^=)
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.