[Quran]  <http://kalamkalbu.wordpress.com/2008/02/02/57/quran/>


Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran
dendangan ibu.Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah
jam didinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak…
baru pukulempat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah
di kalaorang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca
AlQuran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta
begini.Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik
atautidak.Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan. Sebaik
sahajapintu bilik dibuka, aku ternampak Najib, adik bongsuku
sedangmengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi
lampukecil. Rasa hairan bermain di dalam dada… tak pernah si Najib
ni"study" sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua
barumasuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz
Azmanberpesan apa-apa?

Teringat aku sewaktu di tingkatantiga dulu. Dalam satu perkhemahan
pengakap, Ustaz Azman dijemputmemberikan tazkirah selepas solat fardhu
Maghrib berjemaah. Ada diamenyentuh tentang "study". Dari
situlah aku baru mengetahui masaterbaik untuk "study", yang akan
memudahkan hafalan, menyihatkan tubuhbadan, mendatangkan hidayah dan
barakah, mengilhamkan pemahaman sertalebih mendekatkan diri kepada
Allah- pada dua pertiga malam iaituantara pukul dua pagi hinggalah ke
waktu subuh. Boleh jadi… Najib pundah tahu.

Aku mengintai ke bilik ibu yangsememangnya tidak berpintu, hanya dihijab
sehelai kain pintu berwarnahijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu
masih melagukan ayat-ayatAllah dengan nada suara sederhana. Ibu
bertelekung! Sudah tentu ibubangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini
ibu hanya solat Maghrib danIsya' saja, waktu-waktu lain tak berapa
ambil berat.

Lebih pelik lagi… kulihat ayahdengan berketayap putih duduk bersila
di tepi katil. Keadaannyaseolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya
kumat-kamit. Kupasangtelinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca
tu. Sesekali agakkeras suaranya.

Subhanallah… ayah sedangmengkhatamkan zikir Mathurat. Selama inipun
memang aku adamengamalkannya sendiri-sendiri. Zikir itu kuperolehi
sewaktu diuniversiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya?
Setahu aku…ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah
jauhnya kecualisewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak
datanggotong-royong masak. Lepas tu langsung tak jejak kaki ke surau.

Aku beredar ke ruang tamu. Keriutbunyi lantai papan yang kupijak telah
menyedarkan Shahrul, seorang lagiadik lelakiku. Lampu ruang tamu tak
bertutup rupanya.

"Dah pukul berapa abang?"

"Emmm… dah empat lebih,"sahutku sambil melabuhkan punggung
di atas kusyen.

Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke
biliknya. Aku pasti dia sembahyang.

Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika…

Aku rasa Shahrul terlena sewaktumembaca kerana ada sebuah buku di kusyen
panjang tempat tidurnya tadi.Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin
baru dibeli. Kucuba membacatajuknya… Seerah Nabawiyah karangan
Mustafa Syibaie. Masyaallah,Shahrul boleh tertidur membaca buku
tersebut? Aku yakin si Shahrul nitak pernah baca buku-buku agama pun.
Yang diminatinya tak lain itulah…majalah sukan, komik dan hiburan.
Seribu satu macam pertanyaan berlegardalam kepalaku.

Memang pernah ayah dan adik-adikbangun atau berjaga malam… untuk
menonton perlawanan bola sepak. Tetapikali ini mereka bangun untuk
beribadah!

  [Solat]  <http://kalamkalbu.wordpress.com/2008/02/02/57/solat/>

Sudah lebih lima tahun akuberusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah
ini namun kejayaannyacuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat
untuk membudayakanIslam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri
menentang, bagaimanadengan adik-adik? Abang Long Sufian dan Kak Ngah Wan
masing-masingtelah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada
keganjilan yangsukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah.

Selepas solat tahajjud aku terusberbaring. Lesu akibat perjalanan jauh
masih terasa. Maklumlah, barutengah malam semalam tiba dari Kota
Jakarta, tempat kubekerjasebaik-baik sahaja lulus dari universiti.

Aku terjaga sekali lagi apabiladeruman enjin motosikal menerjah
gegendang telingaku. Kalau tak silapitu bunyi motosikal ayah. Motosikal
mula bergerak lalu menuju ke jalanbesar. Menurut di belakang adalah
bunyi kayuhan basikal. Makin lamamakin jauh.

"Ahmad… ooo Ahmad," laung ibu sambil mengetuk pintu bilik.

"Ya mak," sahut ku lemah.

"Bangun solat Subuh ye nak."

"Ha'ah," aku patuh.

"Mak… ayah pergi mana?" soalku ingin tahu.

  [Masjid]  <http://kalamkalbu.wordpress.com/2008/02/02/57/masjid/>

"Ke masjid dengan adik-adik… berjemaah."

Alangkah indahnya suasana fajarkali ini. Inilah suasana waktu fajar yang
telah lama kuimpikan. Selamabeberapa tahun aku merindukan suasana
ini… rindu pada kedamaian, rindupada ketenangan, rindukan
kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidupberbudayakan roh Islam. Dulu,
subuh-subuh begini hanya ada aku seorang…bersama Kekasih, kini sudah
ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahkuyang selama ini suram
mula bercahaya… telah ada jiwa…

****************************************************************

Aku menolong ibu menyediakansarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu
adalah cempedak goreng.Ayah masih di bilik. Menurut ibu, ayah akan terus
berzikir sehinggaterbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada
seorangpun ahli keluargayang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti
masing-masing selepassolat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu
membawa kemiskinan,penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif?

Shahrul dan Najib berada dibahagian belakang rumah yang sememangnya agak
luas. Pada mulanya akuberasa janggal melihat mereka bersiap-siap.
Apabila kutanya jawabmereka "nak riadah, ayah suruh". Bukankah
sebelum ini mereka kaki tidurnombor satu? Kalau hari cuti, dah tentu
pukul sepuluh ke atas barubangun. Lepas bangun menonton televisyen.
Tengah hari baru mandi.Sekarang sudah berbeza benar.

Sesekali aku menjenguk merekamelalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka
terkejar-kejar berlari anakkeliling rumah, kini mereka berkuntau pula.
Memang budak-budak berduani aktif dalam persatuan silat di sekolah, tapi
tak pernah pula merekaberlatih pada waktu pagi. Bergomol dan
berkunci-kuncian sampai basahkena air embun di rumput. Ini rupanya
riadah mereka. Eloklah… memangdigalakkan Islam.

Pagi itu kami menghadap sarapansecara berjemaah, semua ada. Ayah sendiri
yang membaca doa besertamaksudnya sekali. Amboi, hebat juga ayah kami
ni! Aku mengingatkanadik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam
hati sepanjangmasa makan. Mak dan ayah mengiyakan kata-kataku itu.
Seronok rasanyamendapat sokongan mak dan ayah. Sebelum ini kalau aku
menegur adik-adiktentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun
Allah Yang MahaMerancang bisa mengubah segalanya. Syukur.

Ayah ke pasar bersama Shahrulsementara Najib pergi ke rumah kawannya
Hafiz untuk meminjamkan kasetkumpulan nasyid Raihan dan Diwani. Peluang
ini kuambil untuk mengorekcerita daripada ibu.

"Mak, Ahmad rasa seronok balik kali ini."

"Iyelah, dah dekat setahun Ahmad tak balik… tentulah
seronok," balas ibu sambil tersenyum.

"Ahmad rasa kan mak, rumah kita ni dah ada roh… tak macam
dulu…"

Ibu tidak terus menjawab apa-apa.Dia menarik nafas panjang. Kepalanya
didongakkan ke dinding, menatapsebuah lukisan pemandangan yang cantik.

  [Allah]  <http://kalamkalbu.wordpress.com/2008/02/02/57/allah-2/>

"Ehh, itu bukan ker lukisan yangaku akan berikan pada ibuku sempena hari
jadinya esok? Macam manalukisan itu boleh berada di situ", aku
kebingungan.

"Ini semua kerja Allah Ahmad. Maksedar Ahmad sentiasa cuba merubah
cara hidup keluarga kita… supaya kitaberpegang dengan budaya Islam.
Kami pandang remeh aje segala saranandan teguran Ahmad."

Ibu mengalihkan pandangannya ke arahku. "Itulah… kalau Allah nak
ubah, siapapun tak sangka."

"Apa dah jadi nih Mak?" soalku lebih serius.

****************************************************

"Dari barisan usrah dan dari umbitarbiyah, munculah sinaran fikrah..",
jam loceng telefon bimbitkumemecahkan kesunyian pagi rumahku.





Your brother in Islam,
http://kalamkalbu.wordpress.com/






Kirim email ke