CINA ISLAM
Bencana : PM China Lebih Perihatin Berbanding PM Malaysia GUANGZHOU, 2
FEB;-Semasa Banjir besar di Johor Pak Lah bercuti di luar negara dan nampak
sangat dia tidak bertanggungjawab dengan masalah rakyat di negeri Darul UMNO
itu. Najiblah yang jadi pak sanggup dan bidan terjun pada masa itu. Adakah Pak
Lah yang kononnya menyebut saya berdosa kalau tidak tolong orang melayu rasa
tidak berdosa dengan tindakannya.
Perkara sebaliknya berlaku di China . Menurut Agensi Berita Xinhua China,
Perdana Menteri China, Wen Jiabao sekali lagi meninjau keadaan bencana salji di
provinsi Hunan hari ini.
Pada 28 hingga 30 Januari lalu, Wen Jiabao telah meninjau usaha mengatasi
bencana dan pengangkutan awam di provinsi Hunan dan Guangdong dan kembali ke
Beijing pada pukul 6.00 petang 30 Januari. Pada hari ini 1 Feb, beberapa
kawasan di selatan China telah dilanda ribut salji buat pusingan keempat, maka
Perdana Menteri Wen Jiabao kembali ke kawasan bencana untuk meninjau keadaan
rakyatnya.
Wen Jiabao telah tiba di Changsha, ibu kota provinsi Hunan dan segera
mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak berkenaan untuk mengaturkan tindakan
segera.
Inilah yang dinamakan pemimpin. Bila-bila masa dan di mana sahaja mengutamakan
rakyat. Malulah Malaysia yang mempunyai pemimpin yang sering tidur tetapi jaga
bila nampak "duit". Walaupun itu duit bencana untuk yang ditimpa bencana itupun
di "rangoh" kata orang Kelantan.
Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAH
Disneyland Malaysia? by Ketua Perusuh
Pertama sekali saya ingin mengucapkan belasungkawa kepada keluarga
Almarhum Datoâ Ishak Baharum atas pemergian Bekas Mufti Negeri Selangor Darul
Ehsan. Semoga Allah merahmati beliau dan meninggikan darjatnya di akhirat
kelak. Himpunan maaf dari saya sekeluarga atas ketidakmampuan kami untuk
menghadiri majlis pengkebumian Almarhum Datoâ Ishak Baharum atas sebab-sebab
yang tidak dapat kami elakkan.
Berbalik kepada tajuk yang diatas, kepada semua rakyat Malaysia anda
sewajarnya berasa berbangga dengan kemampuan ekonomi Malaysia. Memang pada
dasarnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya yang mana mampu menjanakan
beberapa inisiatif bertaraf mega (giga) yang memperuntukkan belanja lebih dari
100 bilion. Malaysia memang sebuah negara yang kaya. Manakan tidak Abdullah
Ahmad Badawi boleh melancarkan empat koridor ekonomi yang bernilai lebih dari
100 bilion (digabungkan) hanya dengan nilai KDNK negara yang kecil.
Kini anda boleh boleh berbangga dengan Malaysia kerana akhirnya impian
Malaysia untuk memiliki sebuah taman tema (Disneyland Malaysia) akan dirasmikan
hari ini. Taman Tamadun Islam (TTI), satu-satunya taman tema (Disneyland
Malaysia) adalah seluas 33 hektar dan terletak di Pulau Wan Man, Kuala
Terengganu serta menempatkan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia.
Apa yang pasti dengan pelaburan mencapai RM249.3 juta, tentunya taman tema ini
adalah lebih bermanfaat (benarkah?) daripada pelaburan menyediakan buku teks
percuma kepada semua pelajar sekolah peringkat rendah atau menengah ataupun
dari pelaburan untuk menyediakan mesin homeodialysis disemua klinik kesihatan
kerajaan agar dapat memudahkan pesakit mendapatkan khidmat dengan harga yang
rendah atau percuma.
Jika kita campur, tolak, kira dan bahagi tentunya kita akan mendapati bahawa
dengan RM249.3 juta yang dilaburkan untuk Disneyland Malaysia (TTI) tentunya
dapat kita perolehi lebih daripada 2493 unit mesin homeodialysis dapat
dibekalkan kepada semua klinik kesihatan kerajaan. Tapi Kerajaan Malaysia
pimpinan Abdullah Ahmad Badawi lebih mementingkan kebanggaan dan kehebatan
serta lupa bahawa mereka diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat dan
bukannya untuk bermegah-megah.
Pelancaran Disneyland Malaysia (Taman Tamadun Islam) di Pulau Wan Man, Kuala
Terengganu memperlihatkan bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad
Badawi & Co bukanlah berminat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan
malah dengan sinisnya sanggup pula menghina (memperlekehkan) pihah lain yang
bersungguh-sungguh bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan
Malaysia sebuah negara kebajikan.
Oleh kerana ini, jika anda merasakan bahawa anda tidak mendapat banyak
kemudahan dan kebajikan sebagai rakyat Malaysia, maka sedarlah bahawa Kerajaan
Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co hanya ingin memeras perolehan dari
anda (cukai dan sebagainya) tanpa perlu memberikan apa-apa khidmat kepada anda.
Hasil cukai yang dikutip hanyalah untuk mereka dan keluarga mereka.
Warga Malaysia tidak sewajarnya dijadikan lembu susu kepada kegilaan Abdullah
Ahmad Badawi & Co malah warga Malaysia berhak mempersoalkan kewajaran pembinaan
Disneyland Malaysia ini yang dirasakan tidak kena pada masa dan tempatnya.
Dalam pada rakyat diarahkan berjimat cermat dan membayar segala bentuk cukai,
tol dan kenaikan harga barangan keperluan, Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah
Ahmad Badawi pula dengan sewenang-wenangnya menjahanamkan wang rakyat sebanyak
RM249.3 juta hanya untuk tujuan bermegah-megah.
Kalau beginilah caranya Abdullah Ahmad Badawi mentadbir ekonomi negara, maka
jangan terkejut jika Malaysia akan menjadi bankrap dengan lebih pantas
(walaupun Najib Razak ada mengatakan bahawa negara ini pasti akan bangkrap jika
ditadbir oleh parti pembangkang yang berminat untuk menjadikan negara ini
negara kebajikan).
Semoga Allah S.W.T akan menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah,
pecah amanah, bermegah-megah dan menzalimi rakyat. Amin.
JOM BERSIH!!!
bersih.org/
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.