(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Detikdaily
Surat dari Kamunting: Sudah ada yang dilanjut tempoh hingga 8 tahun
 Posted on Tuesday, February 05 @ 09:58:51 EST by reformis 
Abah rasa, pertemuan hari ini, ada kelainan sedikit dari biasa. Pak Cik Bon ada 
sebut tentang pilihanraya yang semakin hampir.  Abah harap. pihak pembangkang 
tidak akan lupakan isu ISA ini…..

Oleh Mat Sah Satray
 (Apakah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang menandatangani perintahan 
lanjutan tahanan ISA langsung tidak mempunyai belas kasihan atau naluri 
kemanusiaan terhadap kelauarga tahanan ISA yang dipisahkan daripada orang 
tersayang).

Menemui yang dikasihi anak Abah tersayang, semoga sihat sejahtera dan 
dipelihara Allah sentiasa…..Amiin.


Suhaib,


Abah di Kemta sihat, Alhamdulillah….


Hari Selasa lepas, 29 Jan 2008, beberapa orang kawan Abah iaitu Terhamid, Ahmad 
dan Zakaria (semua dari Indonesia) telah dilanjutkan lagi penahanan mereka dari 
empat tahun kepada enam tahun. Pak Cik Yazid Sufaat, juga telah ditambah lagi 
dua tahun iaitu dari enam tahun kepada lapan tahun.


Memang tension juga Abah memikirkan kisah pelanjutan penahanan ini, tetapi bila 
fakir pahala yang Allah janjikan….. apalah sangat ujian seperti ini.Bila Abah 
baca buku pengalaman Zainab Al Ghazali yang disiksa di penjara Mesir, terasa 
malu pulak dengan ujian yang tidak seberapa ini.


Suhaib,

Kawan-kawan Abah, berebut-rebut nak baca buku Zainab Al Ghazali itu. Sesiapa 
yang membacanya memang terasa mendapat suntikkan baru, menggantikan semangat 
yang semakin longgar. 
Tuan buku tu bernama “Harun dan Salina”, mungkin mereka antara kawan-kawan Umi, 
dan harap dapat sampaikan ucapan terimakasih pada keduanya kerana sudi 
pinjamkan buku itu. 
Lain kali, kalau ada buku seperti itu, bawalah ke Kemta….

 
Semalam, Selasa 30 Jan 2008, satu rombongan peguam telah datang ke Kemta.
Salah seorang dari mereka ialah Pak Cik Bon(Edmund Bon), orang kuat Majlis 
Peguam.
Ada ramai peguam India dan seorang peguam perempuan berbangsa Melayu. 
Peguam itu menceritakan pelbagai aktiviti hak asasi mereka dan juga kerja-kerja 
GMI. 
Sebelum bertemu tahanan “Jemaah Islamiyyah” (JI), Pak Cik Bon dan 
kawan-kawannya berjumpa 5 orang pemimpin Hindraf yang turut ditahan di Kem 
Kamunting ni.

 
Peguam Edmund Bon minta pengesahan dari Abah sama ada hendak meneruskan Habeas 
Corpus (HC) atau tidak. Abah, Pak Cik Murad Sudin dan Pak Cik Sufian Saleh 
bersetuju HC tu diteruskan saja kerana, jika tidak buat apa-apa pun, kami akan 
terus ditahan juga di Kem. 
Jadi… lebih baik teruskan dengan HC, paling tidak pun, kes itu akan dedahkan 
kejahatan ISA. 
Insya-Allah, kami dapat pahala. Mungkin Suhaib dan Umi boleh tengok Surah 
Taubah ayat 120 dan cuba fahamkan maksud ayat itu.


Selepas pertemuan itu, peguam telah belanja kami semua( tahanan yang bertemu 
peguam saja) makan tengah hari. 
Abah rasa, pertemuan hari ini, ada kelainan sedikit dari biasa.
Pak Cik Bon ada sebut tentang pilihanraya yang semakin hampir. 
Abah harap. pihak pembangkang tidak akan lupakan isu ISA ini…..


Suhaib,


Abah sentiasa doakan Suhaib sentiasa bersabar dengan ujian ini. Abah rasa dah 
terlalu lama ketinggalan dengan urusan penghidupan di luar sana, terutamanya 
dalam membantu Umi mendidik Suhaib tentang aqidah dan akhlak…..
Abah selalu berpesan pada Umi untuk mengatur semuanya dengan sebaik mungkin. 
Abah hanya mampu mendoakan saja dari penjara ini…….


Salam Sayang buat Suhaib dan Umi.


Abah,
Mat Sah Satray,
12.15 pagi, 1 Feb 2008.
Kem Tahanan Perlindungan.

Pengkhianat Kecil Pengkhianat Besar!    by Ketua Perusuh
           Mana lebih berbahaya pada pandangan anda, pengkhianat kecil atau 
pengkhianat besar?


 Abdullah Ahmad Badawi telah menggelar mereka yang mencari keuntungan dengan 
menyeludup keluar barangan subsidi sebagai pengkhianat kepada rakyat dan 
negara. Malah beliau telah kecewa dengan sikap mereka-mereka ini yang merupakan 
pengkhianat, jual barang subsidi kerajaan kepada orang lain di negara jiran.


 Namun beliau seperti tidak sedar bahawa beliau sendiri juga adalah sebahagian 
dari pengkhianat ini. Malah jika boleh diklasifikasikan pengkhianatan Abdullah 
Ahmad Badawi & Co, tentunya adalah lebih besar.


 Abdullah Ahmad Badawi & Co sejak dari mula memegang kuasa di Malaysia telah 
melakukan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara ini beberapa kali dengan 
skala yang besar. Antara pengkhianatan Abdullah Ahmad Badawi & Co yang paling 
utama adalah penjualan banyak syarikat milik Malaysia (swasta mahupun GLC) 
kepada Singapura melalui pembelian saham oleh Temasek Group atau proksinya.


 Selain dari itu Abdullah Ahmad Badawi juga melakukan pengkhianatan besar 
dengan menjualkan Johor (secara atas kertas) kepada Singapura melalui projek 
SJER (WPI) yang terbukti menguntungkan Singapura secara total.


 Malah Abdullah Ahmad Badawi juga mengkhianati amanat yang diberikan oleh 
ibunya sendiri yang mahukan beliau berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat dan 
bukannya masyarakat dan rakyat berkhidmat kepadanya.


 Abdullah Ahmad Badawi juga mengkhianati negara dengan menjadi proksi (dalang) 
disebalik isu Oil For Food untuk Negara Iraq pada masa pemerintahan Saddam 
Hussien. Malah menantunya juga terlibat mengkhianati negara dengan menjadi 
proksi kepada beberapa urusniaga (haram?) yang melibatkan penjualan beberapa 
entiti awam milik Malaysia kepada pihak asing terutamanya Singapura.


 Ingin ditegaskan bahawa kesalahan pengkhianatan yang dilakukan oleh Abdullah 
Ahmad Badawi & Co adalah jauh lebih besar daripada mereka-mereka yang 
menyeludup barang subsidi (termasuk barangan keperluan rumah, petrol atau 
diesel).


 Dan jika Abdullah Ahmad Badawi mahukan satu akta tegas untuk mengekang dan 
mendakwa pengkhianat kecil ini, maka saya ingin cadangkan bahawa Akta 
Pengkhianatan juga dikenakan kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co tanpa sekatan.


 Oleh itu, siapakah yang lebih khianat? Penyeludup barangan keperluan atau 
orang yang menjual negara ini kepada pihak asing (Singapura)? Mari kita 
tentukan.
 
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke