*Sejarah PRU I Malaya (1955): Bagaimana Pertembungan UMNO-PAS? Siri 1*
Posted on Monday, February 04 @ 08:41:31 MYT by
SongkokPutih<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=6300&mode=&order=0&thold=0>
[image: Analisis
Isu]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=5>
Oleh
*ibnuhasyim*<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=ibnuhasyim>

"
JAKARTA, menurut *Berita APB *no 94/th ke 8, pada 22 April 1953, di bawah
tajuk* 'Alim Ulama Malaya Dan Soal Pemilihan Umum di Indonesia*'. Berbunyi:
  "*Seluruh alim ulama Malaya dalam satu sidangnya yang diadakan di Selangor
dan dikunjungi oleh para alim ulama Malaya dari berbagai tempat telah
memutuskan, bahawa penyertaan umat Islam Indonesia di dalam pilihan raya
umum yang akan diadakan di Indonesia nanti adalah fardhu ain hukumnya, dan
adalah haram jika umat Islam Indonesia tidak ikutserta dalam pilihan raya
umum nanti*."



Lebih jauh diterangkan bahawa keputusan alim ulama Malaya itu telah
diperkuatkan pula oleh Majlis Syar'iyah atau Majlis Agama Islam di berbagai
tempat di Malaya yang kedudukannya persis Mahkamah Islam Tinggi di
Indonesia.


  Begitu juga fatwa yang diputuskan oleh Muktamar Alim Ulama dan Muballigh
Islam Se Indonesia pada 11-15 April 1953 di Medan, dan Keputusan Majlis
Syura Pusat MASYUMI, melalui ketuanya K.H.A.Rahman Shihab dan sekretarisnya
K.H.M.Saleh Saudi pada 24 Februari 1953 di Jakarta. MASYUMI ialah gabungan
pertubuhan-pertubuhan Islam seluruh Indonesia. Untuk detail lanjut tentang
fatwa dan lain-lain sila lihat buku saya '*Personaliti Muslim'* GG Edar KL
(1991).


  Sebagai sebuah parti politik yang jelas bercita-cita untuk menegakkan
negara Islam yang mengamalkan Islam secara menyeluruh di dalam setiap aspek
kehidupan rakyatnya, PAS menggunakan landasan pilihan raya sebagai salah
satu cara untuk mencapai cita-cita tersebut.


  PAS menyertainya, berdasarkan kaedah fiqh yang mengatakan:

  "*Apabila bertemu dua mudharat, maka hendaklah dipilih yang lebih ringan*
."

 Tanpa menyertai pilihan raya umat Islam akan lebih mudah dikuasai oleh
musuh-musuh Islam dan kuncu-kuncunya, yakni ditimpa oleh mudarat yang lebih
besar dan berat. Oleh itu PAS akan tetap menyertai pilihan raya samada
menang atau kalah dan belum bercadang akan memboikotnya.

  Ada juga yang mengatakan tujuan PAS menyertai pilihan raya persekutuan
yang pertama, dengan harapan mempercepatkan langkah-langkah kemerdekaan
Tanah Melayu sebagaimana yang diperjuangkan oleh UMNO pada masa itu. PAS
terus terjun mengharungi pilihan raya dengan merebut 11 dari 52 kerusi
parlimen yang dipertandingkan. Tetapi hasilnya, PAS cuma dapat satu kerusi
parlimen sahaja, iaitu di kawasan Kerian Perak, melalui calonnya Tuan Guru
Haji Ahmad Tuan Husin.

  PAS juga dapat satu lagi kerusi Perbandaran, atau Dewan Undangan Negeri
Perak, di Parit Buntar atau dalam daerah Kerian. Calonnya yang menang ialah
Encik Ahmad Kamal dari Kawasan Kerian Laut.  Selebihnya di kerusi parlimen,
dimenangi oleh Parti Perikatan melalui 34 calon Melayu UMNO, 15 calon Cina
MCA dan 2 calon keturunan India MIC. PAS berjaya memperolehi 3.9% undi
parlimen dari jumlah 84.46% pengundi yang keluar mengundi.

  Maka tinggallah Tuan Haji Ahmad Tuan Husin, sebagai satu-satunya wakil
pembangkang tunggal di parlimen, atau pada waktu itu disebut Dewan
Perundangan Persekutuan. Sebab-sebab kemenangann dan isu-isu yang dimainkan
akan dihuraikan kemudian. Kita lihat dulu beberapa pandangan sebab-sebab
kekalahan PAS dalam pilihan raya itu telah dikemukakan.


  Menurut *Ustaz Salehuddin Abdullah*, "*Adalah disebabkan oleh ketidak
upayaannya menembusi kubu UMNO yang sudah begitu kuat, lebih-lebih lagi
rakyat pada masa itu sedang mabuk dengan angin kemerdekaan yang secara
kebetulan bersesuain dengan isu yang dibawa oleh UMNO*."


  *Clive S Kessler* pula berpendapat "*Kekurangan organisasi pembangunan
yang sampai ke kawasan pendalaman di mana kebanyakan daripada pengundi
tinggal. Lagipun, sebagai sebuah parti politik yang baru muncul, PAS belum
lagi berkemampuan meluas dan belum mempunyai rancangan dan organisasi yang
teratur*."


  *Ustaz Kheider Khatib* pula berpandangan, "*Kekalahannya adalah akibat
daripada masalah kewangan*."


  Di Kelantan PAS cuba rebut 3 kerusi parlimen atau Dewan Rakyat. Calonnya,
Haji Mohd Asri bagi kawasan Pasir Puteh dan Bachok. Haji Mohd Nor bagi
kawasan Macang dan Ulu Kelantan, dan Haji Mokhtar Haji Ahmad bagi kawasan
Pasir Mas. Semuanya kalah belaka. Dua darinya hilang deposit, kecuali di
Pasir Mas yang calonnya Haji Mokhtar.


  *Ustaz Amaluddin* Darus mengulas… *Dua perkara besar telah dijadikan isu
oleh UMNO untuk mengalahkan PAS.  Pertama: 'Kita pun mahu Islam, tapi
merdeka dulu!' Kedua: 'Masalah orang Cina yang berkongsi menyokong UMNO, itu
adalah syarat Inggeris untuk memberi kemerdekaan pada Tanah Melayu. Kerana
itu orang-orang Cina menolong kita, dan apabila kita dapat merdeka,
orang-orang Cina kita campakkan seorang demi seorang ke laut'.*


  Ertinya, UMNO yang berkongsi kuasa dengan parti MCA dan MIC waktu itu
adalah kerana terpaksa, sebab Inggeris takkan beri merdeka kalau hanya
kepada bangsa Melayu atau yang beragama Islam saja. Inggeris gunakan
strategi 'pecah-pecah perintah' dengan meniup api perkauman melalui UMNO
dengan mudah, apabila mereka berjaya wujudkan 'kuasa politik' kepada
bangsa-bangsa pendatang yang tak sepatutnya ada kuasa pada waktu itu.

  Api perkauman ciptaan penjajah itulah yang ditiup oleh
talibarut-talibarutnya, dari dulu sejak PRU 1 hingga ke PRU 12 sekarang…

  Insya Allah bersambung.









-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke