(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Roslan SMS Corner

Klip video: 



http://www.youtube.com/watch?v=nw0Axk2TjJY

Harap fwdkan kepada kawan-kawan kita sebelah sana. Terbitan WTV8




KLpos.com
      Minda Pembaca: Kesannya jika 2/3 majoriti BN berjaya dinafikan            
                   
                        
                                               Oleh Ahli Umno Kecewa            
                            Ahad, 10 Februari 2008                       
BARU-BARU ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua 
Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau 
telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya. Apa yang 
saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan secara jelas 
kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya umum yang 
akan datang. 
 
             
        "Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali 
ini. Di antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang 
keahliannya bernombor 1" 
   
           
  
 
 Beliau memberitahu saya sekarang kita tidak boleh lagi mengundi BN. Kita mesti 
menghantar pembangkang yang kuat di Parlimen.

Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak 
berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah 
bahagian.

 
Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak akan mengundi 
BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau mengundi.


Ianya bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah membuat ketetapan 
untuk tidak mengundi Umno.


Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN akan 
kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes terpencil.

 
 
             
        "Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan sewenang-wenangnya 
dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN" 
   
           
  
 
Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali ini. Di 
antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang keahliannya 
bernombor 1.

 Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli Umno juga akan turut 
berbuat demikian.


Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut mengundi 
BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic.

 
Pertamanya beliau berkata kita patut mengundi 'calon-calon yang mempunyai 
kredibiliti'. Kemudiannya beliau berkata 'kita tidak mampu mengubah Umno 
daripada dalam, perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan 
bijak'.

 
Jika kita mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas daripada Dr 
Mahathir maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN.


Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini. Begitu 
juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga bersedia 
untuk membuat perubahan.


Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Kelantan dan di 
negeri lain sudah berbisik secara senyap sejak awal lagi bahawa mereka tidak 
akan mengundi BN pada kali ini.


 
             
        "Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di 
Parlimen. Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai 
kerajaan tetapi BN tidak boleh bermegah lagi seperti sekarang untuk mengadakan 
dasar yang menyusahkan rakyat" 
   
           
  
 
 Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalian yang disuntik sejak 
sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini adalah suatu 
kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan kaum India 
menjadi kaum termundur di negara ini.

Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. 
Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan 
tetapi BN tidak boleh bermegah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar 
yang menyusahkan rakyat.

 
Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan check and balance. Pertamanya, 
jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan mengakibatkan kejutan psaikologi yang 
maha besar kepada BN.

 
Ini akan membolehkan Abdullah Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh 
menantunya ini akan dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung 
selepas pilihanraya umum ini.

 
Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka menantunya, kroninya dan perompak 
khazanah negara akan turut sama dijatuhkan.


Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN (terutamanya 
Umno) tidak mempunyai jawatan awam.

 
Jika mereka kalah di kerusi Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh 
untuk dilantik sebagai Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri 
dan sebagainya.

 
Ini bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh 
merubah senario politik kita. 



Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan sewenang-wenangnya dapat 
dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN. 



Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh seluruh 
rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa sebarang 
campur tangan negara asing.

 
Kita tidak hanya perlukan undi protes sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi 
untuk perubahan yang drastik. Saya tidak sabar untuk menantikan kedatangan 
pilihanraya umum.
Dikirim oleh seorang pembaca KLpos.com melalui email.(BERSIH! Kuala Terengganu, 
22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke