(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)





Penarik Beca
 Bendahari Umno, betui ka hang tipu RM1,318,000?    Editor Malaysia Today, Raja 
Petra Kamarudin mendedahkan, pada 31 November 2007, seorang ahli perniagaan, Lu 
Leong Seng membuat laporan polis ke atas Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim 
Mohamed Zabidi di Balai Polis Kajang.


"(Sehingga) hari ini, sudah tentu dan seperti yang dijangkakan, tidak ada 
tindakan diambil oleh pihak polis," dakwa beliau.


Laporan itu dibuat, katanya, kerana Abdul Azim, yang juga Pengerusi Bank 
Simpanan Nasional (BSN), didakwa enggan mengembalikan saham berjumlah 
RM1,318,000.

Menurut Raja Petra, perkara itu bermula apabila Transquay Ventures Sdn Bhd 
hendak disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Bagi membolehkan penyenaraian , katanya lagi, Abdul Azim dilantik sebagai 
pengarah syarikat itu pada 20 Oktober 2003.

Perlantikan itu, menurut Raja Petra, dibuat berikutan dakwaan Abdul Azim bahawa 
syarikat itu mestilah menjadi syarikat Bumiputera untuk layak di senaraikan.

Berikutan itu, kata Editor Malaysia Today itu lagi, separuh dari saham syarikat 
itu dipindahmilik kepada Abdul Azim manakala separuh lagi dipindahmilik kepada 
seorang lagi Bumiputera.

Setelah saham itu berada di tangan Bumiputera sepenuhnya, menurut pendedahan 
itu, barulah ia layak disenaraikan.

"Azim 'membayar' kepada Lu Leong Seng untuk saham-saham tersebut pada 5 April 
2004 melaui tiga cek RHB Bank. Penjualan itu bukanlah penjualan sebenarnya 
tetapi hanya transaksi kertas untuk menunjukkan Azim benar-benar memiliki saham 
tersebut dan telah membelinya," kata Raja Petra.

Lu pula, katanya lagi, hendaklah membayar sejumlah wang, tetapi bukan kepada 
Abdul Azim kerana Bendahari Umno itu tidak mahu dikesan menerima wang tersebut.

"Sebaliknya, Lu dikehendaki membayar kepada Tan Boon Keong, atau BK Tan yang 
terkenal keji itu. Pembayaran tersebut dibuat melalui empat cek Public Bank 
Berhad pada 8 April 2004," dakwa beliau.

Bagaimanapun, katanya lagi, penyenaraian itu tidak berlaku dan Lu membatalkan 
persetujuan yang dibuat dengan Abdul Azim dan meminta Bendahari Umno itu 
mengembalikan saham serta bayaran yang telah dikemukakan oleh Lu.

"Tetapi Azim enggan mengembalikan saham atau bayaran berjumlah berjumlah 
RM1,318,000 yang dikemukakan kepada Tan yang bertindak sebagai penamanya. Pada 
masa yang sama, Azim dan rakannya BK Tan memiliki syarikat tersebut dan wang 
tunai berjumlah RM1,318,000," dakwa beliau.

Sebelum ini, Raja Petra pernah mendakwa bahawa Tan ialah kepala sindiket 
jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian 
perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau didakwa juga menguasai sistem 
maklumat berkomputer polis.

Dalam akuan berkanun ASP Mior Fahim Ahmad, Tan disebutkan oleh beliau sebagai 
"mempunyai perhubungan yang amat baik dengan Tan Sri KPN dan akan mendengar 
setiap cadangan dan nasihat BK Tan". (Sambil itu, harap baca pesanan penting 
dalam blog kawan kita, Dr Tokasid - MYDIN..........how insensitive. Boikot!!)
















  
  















HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke