DALIL-DALIL HARAM UNDI UMNO/BN SIRI 1

1. UMNO/BN Menghina Hukum Allah 
Terlalu banyak kenyataan pemimpin UMNO yang telah dengan terang-terangan 
menolak hukum Islam atau syariat Islam dan negara Islam. Bukan sahaja mereka 
enggan, bahkan telah turut menghina hukum Allah swt. itu sebagai primitif, 
kolot, dan akan merugikan umat Islam. Secara tidak langsung mereka seolah-olah 
mendakwa bahawa merekalah yang lebih bijak dalam memutuskan hukum-hakam yang 
sudah pun ditetapkan oleh Allah swt di dalam al-Quran. Sikap ini bukan sahaja 
berdosa, malah boleh mencacatkan aqidah mereka dan membawa mereka keluar dari 
agama Islam.Di bawah ini diperturunkan sebahagian dari kata-kata pemimpin UMNO 
yang mungkin sudah diketahui ramai.

Kenyataan mereka: 

'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahathir: 3/3/94) 
'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada 
pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat 
memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh 
meneruskan kerja'. (Mahathir: 14/7/92) 
'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. 
Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah 
tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai 
rakyat berbilang kaum dan agama'. (Mahathir: 2/5/92) 
'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan 
melaksanakan hukum hudud'. (Mahathir: 1994) 
'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus 
peratus Islam'. (Mahathir:14/8/94) 
'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'. 
(Mahathir:3 Mac, Nilam Puri). 
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Najib: 
20/4/93) 
'Apa erti negara Islam jika mundur'. (Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 

Apakah masih ada umat Islam yang mahu menyokong golongan sesat yang telah 
menghina hukum Allah ini?.

2. UMNO/BN Tidak Melaksanakan Hukum ALlah 

Ekoran dari penolakan dan penghinaan pemimpin UMNO terhadap pelaksanaan hukum 
Allah, maka telah menjadikan mereka ini di kalangan manusia yang hanya beriman 
kepada sebahagian daripada al-Quran dan menolak sebahagian yang lain. Sedangkan 
apa sahaja yang diturunkan oleh Allah swt dan dari Sunnah Rasul s.a.w semuanya 
adalah WAJIB bagi setiap umat Islam melaksanakannya tanpa memilih mengikut 
selera masing-masing.

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian daripada Kitab dan engkar kepada 
sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian 
daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia dan pada hari Qiamat 
mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa 
yang kamu perlakukan" 

(Mafhum al-Quran, al-Baqrah:85) 
Umat Islam di Malaysia ini semuanya berdosa jika mereka redha dengan tidak 
terlaksananya hukum ALlah ini ekoran dari sikap mereka yang mengundi wakil 
rakyat dari parti yang menolak hukum Islam. Tiada alasan yang boleh diberikan 
untuk tidak melaksanakan ayat-ayat Allah ini sepertimana tiada alasan yang 
boleh diberika untuk meninggalkan sembahyang!. sama ada dalih kerana peredaran 
zaman, atau masyarakat majmuk atau sebagainya, semuanya karut belaka dan hukum 
Islam masih tetap menjadi kemestian untuk dilaksanakan kerana al-Quran dan 
Sunnah Rasul s.a.w sesuai sehingga hari Qiamat.



Di bawah ini diperturunkan sebahagian dari hukum-hukum Islam (hudud) yang tidak 
dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN. 

a. Zina 

(a) Bagi yang bukan muhsan (belum pernah melakukan persetubuhan yang sah) 

"Penzina-penzina perempuan dan penzia lelaki hendaklah kamu sebat 100 kali" 

(Mafhum al-Quran, al-Nur:2) 

(b) Bagi yang muhsan (pernah merasai persetubuhan yang sah) 
"Ya Anis, pergilah kepada perempuan ini, maka jika dia mengaku (berzina) 
rejamlah dia" 

(Hadis Sahih Muslim:Vol III, hal.1324-25) 
b. Qazf (menuduh zina) 

"Dan mereka yang membuat tuduhan zina kepada perempuan-perempuan suci daripada 
zina kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka 
sebanyak 80 kali rotan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka 
selama-lamanya dan mereka inilah orang-orang fasiq" 

(Mafhum al-Quran, al-Nur:4) 
c. Mencuri 
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai 
balasan dengan apa yang dilakukan sebagai siksaan dari Allah" 

(Mafhum al-Quran, al-Maidah:38) 

d. Harabah (merompak) 
"Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan RasulNya dan melakukan 
keroskan di muka bumi hendaklah mereka dibunuh, atau disalib atau dipotong 
tangan dan kaki mereka berselang seli atau dinafikan mereka di muka bumi" 

(Mafhum al-Quran, al-Maidah:33-34) 
e. Meminum Arak (khamr) 
Diriwayatkan dari Anas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi seorang 
lelaki yang meminum arak, kemudian beliau telah menyebat dengan dua pelepah 
tamar lebih kurang empat puluh sebatan. 

(Fath al-Qadir, Ibn al-Human, jilid 4, hal.185, 
Sahih Muslim, jilid 2, hal.57) 
f. Murtad 
"Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia" 

(Sunan Abu Dawud, jilid 2, hal.440) 
pergi. Qisos (bunuh balas) 

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisos (bunuh balas) 
berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka; 
hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat 
kemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang 
baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar diyat kepada pemberi maaf 
dengan cara yang baik pula" 

(Mafhum al-Quran: al-Baqarah: 178) 


Kesimpulannya, melaksanakan hukum Islam dan menegakkan negara Islam bukan 
merupakan idea atau kehendak para pemimpin PAS atau para ulama' PAS atau 
mana-mana ulama di atas muka bumi ini, tetapi ianya merupakan suatu perintah 
ALlah yang wajib dilaksanakan tanpa ada pilihan lain, oleh setiap manusia yang 
mengaku Islam seperti mana wajibnya seseorang Islam itu mendirikan sembahyang, 
berpuasa, berzakat, mengerjakan haji dan mengikuti perintah-perintah Allah yang 
lain.


      __________________________________________________________
Sent from Yahoo! Mail - a smarter inbox http://uk.mail.yahoo.com

Kirim email ke