Salam hormat & salam sejahtera atas sahabat semua.

Saya amat memerlukan bantuan nasihat dari mereka yang faham tentang perundangan 
pembelian perumahan.

Pada Oktober 2004 saya telah membeli sebuah rumah dan Perjanjian S&P juga telah 
dibuat pada 25 Okt 2004.
Mengikut terma Perjanjian jualbeli itu rumah tersebut perlu siap dalam tempoh 3 
tahun dari tarikh surat perjanjian.

Pada Okt 2005 pihak pemaju telah menyerahkan kepada saya rumah tersebut dan 
mengarahkan saya membayar kos maintenance untuk sebanyak RM 3000. Setelah 
segala bayaran dibuat saya diberikan kunci rumah.

Masalahnya walaupun rumah tersebut telah siap tetapi prasarana asas seperti 
bekalan elektrik dan pendawaian telepon masih belum dipasang oleh pemaju. 
Bayaran pemasangan & deposit meter bekalan elektrik juga telah dibuat pada  
December 2007 namun sehingga kini beklaan elektrik tidak diperolehi.

Lebih dari 6 kali saya berurusan dengan pemaju berkenaan hal ini namun mereka 
akan berdolak dalik dengan pelbagai alasan dan pada mulanya pemaju mengatakan
1) Kontraktor belum menyerahkan surat siap pendawaian kepada TNB
2) 2 minggu selepas itu Pemaju mengatakan "FORM "A" dari TNB belum keluar.
3) 1 bulan selepas itu pemaju mengatakan TNB masih belum keluarkan kelulusan 
pemasangan meter.

Saya telah kepejabat TNB dan maklumbalas yang diterima ialah

1) Pihak Pemaju lewat menyerahkan borang permohonan (Form A)
2) Lesen Kontraktor Pendawaian Elektrik pihak Pemaju juga telah tamat tempoh.

Dan hingga kini masalah ini masih berlarutan dan saya terpaksa tinggal disebuah 
rumah baru tanpa bekalan asas.

Saya ingin bertanya apakah saya boleh membuat tuntutan gantirugi diatas 
kecuaian pemaju tersebut dan kelewatan yang berlaku?
Jika boleh, Dimanakah syarikat guaman di sekitar Johor Bahru yang biasa dalam 
kes kes seperti ini dan pernah mengemukakan saman terhadap pemaju yang ingkar 
seperti ini.

Harap dapat bantuan sahabat semua dan maklumbalas.

Untuk pengetahuan syarikat pemaju tersebut ialah:
Global Earnest Sdn Bhd
No 75 & 77 Jalan Pulai 7,
Taman Pulai Utama
Johor Bahru.

* Kepada rakan2 sekalian jika ada membeli rumah dari pemaju ini harap berhati2.






-____________________-____________________-

This electronic transmission is strictly confidential and intended solely for 
the addressee. It may contain information which is covered by legal, 
professional or other privilege. If you are not the intended addressee, you 
must not disclose, copy or take any action in reliance of this transmission. If 
you have received this transmission in error, please notify us and delete the 
received data as soon as possible.
This footnote also confirms that this email message has been swept for the 
presence of computer viruses.

Beiersdorf Aktiengesellschaft, Hamburg, Registergericht Hamburg, HRB 1787, 
Vorstaende: Thomas-Bernd Quaas (Vorsitzender), Dr. Bernhard Duettmann, Peter 
Kleinschmidt, Pieter Nota, Markus Pinger, Vorsitzender des Aufsichtsrates: 
Dieter Ammer

Cosmed-Produktions GmbH, Berlin, Registergericht Charlottenburg, HRB 222, 
Geschaeftsfuehrer: Horst Wickborn

Beiersdorf Shared Services GmbH, Hamburg, Registergericht Hamburg, HRB 83997, 
Geschaeftsfuehrer: Dr. Ernst Gadermann

Beiersdorf Manufacturing Hamburg GmbH, Hamburg, Registergericht Hamburg, 
Registernummer: HRB 101220, Geschaeftsfuehrer: Michael Kern

Beiersdorf Customer Supply GmbH, Hamburg, Registergericht Hamburg, HRB 101219, 
Geschaeftsfuehrer: Jens Nilsson

Beiersdorf UK Ltd, 2010, Solihull Parkway, Birmingham Business Park, 
Birmingham, West Midlands B37 7YS, registered in England and Wales, company 
registration no: 00468710

Beiersdorf Ireland Ltd, First Floor, Block 8, St Johns Court, Santry, Dublin 9, 
registered in Ireland, company registration no: 325804

Kirim email ke