(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


SIASAH
 Khairy de facto MB Terengganu - Lim Kit Siang     KUALA LUMPUR, 12 Feb: 
Pengerusi DAP menyifatkan langkah Ketua Menteri Pulau Pinang menyerahkan tiga 
nama kepada Perdana Menteri untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang 
selepas pilihan raya umum nanti, seumpama menyerahkan kuasa lantikan itu kepada 
menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin.

"Selepas menguasai pentadbiran Terengganu, kini Khairy akan menguasai 
pentadbiran Pulau Pinang pula," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Menurut Kit Siang, semua orang tahu Khairy Jamaludin adalah de facto Menteri 
Besar Terengganu dan Datuk Seri Idris Juosh adalah patung dan Menteri Besar 
pada namanya sahaja.

"Khairylah yang membelanjakan berbilion ringgit 'wang ehsan' yang diperolehi 
dari 5 peratus wang royalti Petronas untuk negeri itu, yang hanya sekadar 
'melalui' pejabat Menteri Besar sahaja," dakwa Kit Siang.

Menurut beliau, dengan cara menyerahkan tiga nama bakal calon Ketua Menteri 
kepada Perdana Menteri bermakna, siapa yang bakal dipilih adalah hak Umno kini 
bukan Gerakan lagi.

"Ya, jawatan ketua menteri Pulau Pinang akan kekal di tangan Gerakan, tetapi 
buat pertama kalinya dalam sejarah, Umno yang akan membuat keputusan siapa 
bakal menjadi Ketua Menteri dari kalangan pemimpin Gerakan," kata beliau.

Menurut Kit Siang, pengakuan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang 
Chye bahawa dia tidak tahu menahu dengan pencalonan tiga nama kepada Perdana 
Menteri untuk dipilih sebagai Ketua Menteri juga membuktikan Ia bukan pilihan 
Gerakan tetapi Umno.



BuletinOnline
      UMNO/BN terus mengganas, roboh ‘warung rakyat’ yang jual keropok




Setiu, 12 Feb -  Kerajaan UMNO/BN Terengganu terus mengganas. Walaupun pernah 
digelar bermacam-macam panggilan termasuk ‘Israel’ di Dewan Undangan Negeri 
suatu ketika dulu, namun seolah-olahnya kezaliman dan penindasan memang menjadi 
sifat UMNO/BN.    Dengan memperalatkan Pejabat Tanah Daerah (PTD) Setiu, 
kerajaan UMNO/BN merobohkan ‘warung rakyat’ yang menjual keropok di Pantai 
Peranginan Ru Sepuluh, beberapa hari lalu.

  Namun keberanian UMNO/BN hanyalah kerana bersama kira-kira 50 anggota 
penguatkuasa PTD. Mereka beramai-ramai mula bertindak merobohkan sebuah 
daripada lima kedai di situ pada jam 9.20 pagi dan berakhir sejam kemudian.

 
  Perobohan sebahagian sahaja kedai berkenaan tanpa menggunakan jentera dengan 
membiarkan kedai makan dan runcit, seolah-olah lagak ‘samseng’ yang memberikan 
amaran, bahawa mereka akan datang lagi, sekiranya tuan ‘warung’ tersebut tidak 
merobohkan sendiri premis mereka.

 
  Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Ustaz Rozali Muhammad 
yang turut berada dilokasi kerja-kerja perobohan merasa cukup terkilan dan 
sedih atas tindakan mereka yang dinamakan sebuah ‘kerajaan’ tetapi memberikan 
kesusahan kepada rakyat.


  
  Ketika ditemui oleh BuletinOnline Ustaz Rozali berkata, Kerajaan PAS sebelum 
ini melalui pejabat daerah telah meluluskan permohonan para peniaga terbabit 
pada 2001 untuk mendirikan warung dan kedai di kawasan itu.


      “Apa nama kerajaan yang menyusahkan rakyat? Rakyat mengundi dan 
mengangkat kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat, tapi UMNO/BN hanya 
mementing puak dan perut masing-masing” ujar beliau dengan nada yang agak keras.
  
 Katanya lagi, kerajaan PAS yang mengamalkan dasar untuk membantu rakyat 
mencari rezeki melalui konsep negeri berkebajikan meluluskan lapan lot tanah 
untuk didirikan kedai sepanjang jalan utama laluan pantai di situ.

 Sementara itu, Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Mohd Pauzi Muda yang juga 
berada di tempat kejadian melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan 
tersebut.

 
  Beliau berkata, tindakan itu menunjukkan bahawa kerajaan UMNO/BN yang 
memerintah hari ini tidak berhenti, terus menerus melakukan kezaliman kepada 
rakyat sejak dari hari  dari hari pertama mengambil alih kekuasaan pada 2004 
lalu, hingga ke hari ini.

 
  “Kerajaan UMNO/BN pimpinan  Deris Jusoh memang zalim.  Tidak puas merobohkan 
Masjid Bujal, rumah-rumah rakyat, peserta RTB, roboh chalet, rumah kedai, gerai 
peniaga,, orang kampung dan jiran tetangganya juga tidak terlepas dari 
kezalimannnya. Rakyat tidak lupa pemerintahan empat tahun UMNO/BN merupakan 
satu rekod hitam bagi negeri dan rakyat Terengganu,” ujarnya.Kerajaan UMNO/BN 
pimpinan  Deris Jusoh memang zalim.  


 
  Justeru itu, beliau menyeru dan merayu supaya rakyat sedar siapakah sebenar 
Deris dan parti UMNO/BN. Beliau mengajak rakyat membuat perubahan demi masa 
depan generasi dan anak-anak, dengan menumbangkan UMNO/BN dan digantikan dengan 
PAS

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke