Berita arus perdana hari ini menyiarkan kenyataan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, 
Datuk Idris Harun di Baling berkenaan hantu senyap.
BALING 11 Feb. - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta berwaspada 
dengan kumpulan ‘hantu senyap’ yang akan muncul menjelang pilihan raya umum 
untuk meracuni fikiran rakyat khususnya generasi muda.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Harun berkata, hantu senyap adalah 
gelaran untuk satu kumpulan yang akan bertindak membuat tohmahan dan meracuni 
fikiran rakyat menjelang pilihan raya umum ke-12.

Menurut beliau, bagi mengatasi gejala itu, Pemuda BN perlu mengambil langkah 
lebih tegas bagi menghalang kempen-kempen kumpulan berkenaan.
‘Sebarang bentuk tohmahan yang boleh mengelirukan rakyat secara sistematik dan 
terancang perlu dihalang.
“Pemuda BN perlu mengambil langkah bersiap sedia supaya kumpulan hantu senyap 
tidak menggugat parti dan rakyat,” kata Idris ketika melancarkan Gerak Gempur 
Pemuda BN Baling di Dewan Tun Razak di sini malam tadi.
Lebih 4,000 anggota Pemuda BN di kawasan Parlimen Baling menyertai program 
tersebut termasuk Pengerusi Pemuda BN Parlimen Baling yang juga Ketua 
Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua 
Pemuda UMNO Kedah, Md. Rawi Abdul Hamid.
Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka berkata, Pemuda BN perlu peka 
dengan perkembangan semasa supaya segala tohmahan pembangkang dapat dijawab 
secara telus supaya rakyat dapat memahami senario politik dengan lebih jelas.
Katanya, langkah memperkemaskan jentera Pemuda BN akan dapat memastikan hantu 
senyap itu tidak berani menawan kawasan-kawasan tertentu.
Beliau berkata, kelebihan yang ada pada BN perlu ditonjolkan lebih-lebih lagi 
keupayaan para pemimpin BN mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan 
keselamatan negara.
Padahal UMNOlah sebenarnya HANTU yang meracuni pemikiran dan minda rakyat 
selama ini, sehinggakan rakyat jadi bodoh dan bangang. Rakyat diracuni dengan 
hiburan melampau, pelajar universiti di bentuk serupa dengan budak sekolah, 
penyelewangan, rasuah, dan masalah sosial punca utamanya adalah HANTU-HANTU 
UMNO yang diketuai oleh BAPAK HANTU (Pak Lah) dan digerakkan oleh anak HANTU 
(Khairy). Dan Idris Harun pula merupakan HANTU picisan.
UMNO lah Hantu senyap mahupun bising
HANTU-HANTU ini mesti dibanteras menjelang pilihanraya pada kali ini. Jika 
tidak HANTU-HANTU UMNO ini akan menyeksa rakyat untuk tahun-tahun yang 
berikutnya….
maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang 
dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka 
dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang 
buta, ialah hati yang di dalam dada (surah Al-Hajj : 46)


............................................................................................................

Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bank Islam : 16018010009961 (DANA PILIHANRAYA PAS PUTRAJAYA)
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
suhaizi : 019-3101483 @ irliady : 0132537238

Lawati Laman Rasmi PAS Wilayah Persekutuan Putrajaya 
http://dppputrajaya.wordpress.com/


      ___________________________________________________________
Support the World Aids Awareness campaign this month with Yahoo! For Good 
http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/

Kirim email ke