(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
Roslan SMS Corner
Khairy seru rakyat Kelantan tolak Tok Guru Nik Aziz
Pemuda Barisan Nasional semalam melancarkan kempen untuk menjatuhkan kerajaan
PAS di Kelantan. Di PWTC semalam Naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin
melancarkan kempen Pakat kelek ngundi iaitu satu kempen bagi mengerah hampir
50,000 pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut agar kembali
mengundi di Kelantan pada 8 Mac nanti.
Menurut Khairy para pengundi luar Kelantan itu yang hampir 60% terdiri dari
penduduk di Lembah Kelang lebih terpelajar dan berilmu. Oleh itu adalah
diharapkan mereka ini akan pulang mengundi di kampong masing-masing dan
seklaigus mempengaruhi kaum keluarga mereka agar menolak PAS dan mengundi BN.
Turut dilancarkan dalam kempen tersebut adalah kempen Pade Doh iaitu untuk
menerangkan kepada rakyat Kelantan bahawa mereka seharusnya serek dengan tempoh
pemerintahan kerajaan PAS selama 18 tahun dan kini sepatutnya menolak mereka
untuk membawa masuk BN yang akan membawa pembangunan yang besar ke Kelantan.
Bagi saya kempen ini merupakan satu penghinaan besar kepada rakyat Kelantan.
Seolah-olah hanya mereka yang berada di luar Kelantan yang berpendidikan dan
bermaklumat, sedangkan anak-anak tempatan tidak. Khairy juga seakan berani
membuat andaian berdasarkan undi tahun 2004 dengan anggapan pengundi luar
inilah yang membantu BN sehingga hampir menawan Kelantan. Tetapi bagaimana
dengan pilihan raya 1990, 1995 dan 1999?
Khairy patut belajar dari orang lama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li
pernah dalam satu ucapan ketika meresmikan suautu pesta anak Kelantan di KL
menyatakan bahawa anak-anak Kelantan di KL ini sesungguhnya hanya pulang ke
Kelantan apabila ada Raya, iaitu Hari Raya dan Pilihan Raya. Sambung beliau
kalah semasa Pilihan Raya mereka inilah yang akan balik ke kampong dan semuanya
mengundi PAS!
Apa pun soalnya sanggupkah rakyat Kelantan menolak Tok Guru Nik Aziz? Tok Guru
yang di atas serba kekangan dan kepayahan telah membina negeri tersebut sejak
18 tahun lalu atas asas dan dasar Islam. Kerajaan beliau mungkinterbatas dari
sudut sumber oleh kerana layanan tidak demokratik kerajaan Pusat, tetapi
kerajaannyalah satu-satu kerajaan negeri yang paling bersih dan bebas dari
rasuah!
Sanggupkah rakyat Kelantan menolak seorang MB yang berusaha siang dan malam
untuk membentuk akhlak dan pekerti rakyat Kelantan agar berjaya bukan hanya di
dunia tetapi juga di akhirat?
Kalau Khairy dan konco-konconya dalam pemuda BN sanggup dan ghairah mahu
menolak kerajaan yangslogannya Membangun Bersama Islam, saya percaya rakyat
Kelantan akan bangun mempertahankannya, insyallah.
DPPKT
KU CARI DAMAI ABADI Khas buat semua..
(Klik pada tajuk untuk menonton video)
JasinDaily Online
INIKAH AMALAN ISLAM HADHARI?
Oleh Cili Api
Cili Api lihat empat perkara yang menjolok berkaitan pengumuman pembubaran
parlimen oleh PM Datuk Seri Abdullah Badawi.
Pertama, Abdullah berbohong. Beliau membuka tirai Pilihanraya ke-12 dengan
berbohong. Pada malam 12hb beliau beritahu media Parlimen tidak akan dibubarkan
esoknya. Esok, pada tengah hari 13hb beliau membuat pengumuman pembubaran
tersebut. Kenapa perlu berbohong?
Kedua, Abdullah percaya pada tahayul. Beliau percaya nombor 13 itu bertuah
baginya. Tepat-tepat beliau memilih 13hb sebagai tarikh untuk mengumumkan
pembubaran parlimen. Bagaimana seorang berpelajaran tinggi agama dan anak serta
cucu ulamak terkenal percaya pada tahayul?
Ketiga, Abdullah seorang pengecut. Beliau tahu sekiranya pilihanraya diadakan
selepas pertengahan April 2008 dia akan terpaksa menghadapi Anwar Ibrahim.
Jadi, dengan mengadakan pilihanraya umum dalam bulan Mac, dapatlah beliau
menyekat Anwar dari bertanding dan menafikan hak demokratiknya.
Keempat, Abdullah penakut. Pada 17hb Februari ini ratusan kanak-kanak bercadang
hendak berjumpa dengan Perdana Menteri Abdullah di Parlimen untuk memberi
bunga. Sebahagian mereka anak kepada tahanan2 politik yang dizalimi dengan ISA.
Ini tanda bantahan mereka. Abdullah takut hendak menemui mereka. Beliau
terselamat sebab parlimen sudah bubar.
Sampai sekarang Cili Api tidak faham apa Islam Hadhari itu. Dengan empat
perkara di atas, fahman tambah kabur bahkan gelap. Adakah IslamHadhari mengajar
berbohong, percaya pada tahayul, menafikan hak demokratik seseorang, dan
bertindak zalim dengan menggunakan ISA dan tidak mahu menemui anak mgnsa-mangsa
ISA? Jikalau begitu bagaimana orang hendak dan patut mempercayai Islam Hadhari?
Dolah! Dolah!
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.