Laman Khas Sempena Pilihanraya 2008  Posted on Februari 15, 2008 oleh 
HermanSamsudeen 
   
      Lawati laman khas untuk pilihanraya 2008 versi PAS Wilayah Persekutuan di 
http://pilihanraya2008.wordpress.com/. Untuk sumbangan artikel sila hantarkan 
ke [EMAIL PROTECTED]
   
  

   
   
   
  Hishamuddin Ketar Kepala Lutut Untuk Jawab Isu Pendidikan Dalam Pilihanraya  
Posted on Februari 15, 2008 oleh HermanSamsudeen 
   
      ‘Usah guna isu pendidikan raih undi’ begitulah kata-kata Hishamuddin 
kepada rakyat yang bakal menyertai Pilihanraya ke-12 dari 24 Februari-8 Mac 
2008 nanti. Akhirnya beliau secara tidak langsung mengakui bahawa sistem 
pendidikan negara mempunyai kepincangan dan amat memalukan jika disebarkan 
semasa pilihanraya nanti.
   
  Isu pendidikan tidak menjadi persoalan kiranya tiada sebarang kecacatan dan 
juga kelemahan yang nyata sepanjang sesi 2004-2008 BN memerintah.
   
  Walaubagaimana pun, isu pendidikan bakal mengoyahkan kepala lutut Hishamuddin 
kerana rakyat kini semakin marah kepada BN ekoran dari penarikan bantuan kepada 
Sekolah Agama Rakyat diakhir pemerintahan Mahathir.
   
  Seterusnya mata pelajaran Sains dan Matematik dipaksa untuk diajarkan di 
dalam Bahasa Inggeris atas gesaan Mahathir dan kini kebanyakkan pemimpin BN 
menyesal dan ingin kembali menggunakan Bahasa Malaysia untuk matapelajaran 
berkenaan.
   
  Seterusnya tragedi bumbung makmal komputer MRSM yang runtuh kerana kecuaian 
pemantauan oleh Kementerian Pelajaran yang dikelolakan oleh Menteri BN ini juga 
mengecewakan rakyat.
   
  Selain itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsan (Cina) di Damansara telah ditutup 
atas alasan ingin memindahkan sekolah berkenaan ke tempat lain. Guru, pelajar 
dan Penduduk setempat membantah kerana sekolah baru itu jauh dari tempat 
tinggal mereka dan sekolah lama yang sedia ada masih berkeadaan baik untuk 
digunakan. Sehingga kini sekolah berkenaan telah dikunci dan guru serta pelajar 
mereka dihalau keluar dan terpaksa belajar di dalam kontena usang yang panas.
   
  Dalam perkembangan berasingan, SJKT Kampung Jebong Lama, di Simpang, Taiping, 
Perak yang telah menabur bakti selama 74 tahun turut menerima nasib yang hampir 
serupa.
   
  Sebuah kontena lama berukuran enam kali tiga meter telah dijadikan kelas 
sementara menanti bangunan tambahan sekolah disiapkan. Berkemungkinan kelas ini 
adalah kelas yang terkecil sekali dinegara ini dan boleh dimasukkan dalam 
Malaysian Books of Record.
   
  Sebanyak RM550 ribu telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi membina bangunan 
baru, namun hingga kini tiada sebarang aktiviti pembinaan dilakukan.
   
  Pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai, di Klang 
pula terpaksa terpaksa menumpangkan pelajar-pelajar mereka di kandang kuda 
milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) setelah sekolah mereka yang telah berusia 
80 tahun itu musnah sekelip mata dalam satu kebakaran pada 22 Disember 2007.
   
  Pada tahun 2003, Presiden MIC, Samy Vellu telah datang melawat sekolah ini 
dan meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.2 juta bagi pembinaan bangunan sekolah 
yang baru. Namun setelah hampir 4 tahun berlalu, projek yang dijanjikan tidak 
kunjung tiba.
   
  Pada Oktober tahun 2006 pula Ahli Parlimen Kapar yang juga merupakan 
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Komala Krishnamoorthy telah 
mengumumkan kepada ibubapa sekolah tersebut bahawa Kementerian Pelajaran 
Malaysia telah meluluskan peruntukan RM800,000 bagi kerja-kerja baik pulih 
sekolah tersebut.
   
  Beliau adalah wakil rakyat dimana letaknya sekolah tersebut. Beliau juga 
merupakan Ketua Wanita MIC Pusat.
   
  Namun janji hanya tinggal janji. Kerajaan terlalu sibuk untuk projek mega 
WPI, NCER, dan ECER hingga terlepas pandang kepada sekolah ini.
   
  Tidak cukup dengan kisah duka di atas, Kerajaan BN sekali lagi mempermainkan 
rakyat. Dalam pembentangan Budget 2008 tahun lalu, Abdullah Badawi mengumumkan 
penghapusan Yuran Sekolah mulai tahun 2008.
   
  Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj 
Yuran Tambahan yang mencecah hingga RM 500.
   
  Antara perkara yang dimasukkan dalam senarai yuran ini adalah Yuran Tandas, 
Yuran Tuala Wanita (untuk pelajar perempuan), Yuran pelbagai dan banyak lagi. 
Yuran PIBG pula dikenakan sebanyak dua kali, iaitu melalui akaun pelajar dan 
satu lagi melalui akaun ibubapa.
   
  Ketika rakyat sedang marah dengan penipuan ini, guru-guru hanya mampu 
menjelaskan bahawa Yuran Sekolah yang dihapuskan hanyalah yuran asas sahaja dan 
ianya bernilai RM 4.50 sahaja.
   
  Hishamuddin ketika diminta mengulas isu ini, telah memarahi ibu bapa 
diseluruh negara kerana tidak mahu memberikan kerjasama untuk membayar yuran 
berkenaan, walaupun ianya tidak wajib.
   
  Dengan sombongnya beliau mencabar ibu bapa untuk datang semula ke sekolah 
kalau mahu yuran berkenaan dikembalikan.
   
  Sikap panas baran dan lepas tangan serta menipu menjadi amalan bagi 
Hishamudin dan pemimpin BN lain maka wajarlah mereka kini mengigilkan kerana 
takut rakyat mengungkit kembali kisah ini menjelang Pilihanraya 2008 ini.
   
  Rakyat sesekali tidak dapat memaafkan kezaliman ini dan pilihanraya 2008 
pasti lebih meriah dengan paluan isu ini diseluruh negara…
   
   
   
   
   
    Negara Bankrap dibawah BN, Rakyat akan bahagia dengan Negara Berkebajikan  
Posted on Februari 15, 2008 oleh HermanSamsudeen 
   
      Ulasan Najib Razak terhadap gagasan Negara Kebajikan yang dikemukakan 
membuktikan bahawa pemimpin BN dan beliau sendiri mengalami sindrom kemandulan 
akal yang seharusnya dipandang serius oleh rakyat.
   
  Tuduhan beliau bahawa Negara ini akan bankrap jika PAS melaksanakan dasar ini 
benar-benar mencermin bahawa pemimpin BN hanya mampu berfikir seperti katak 
dibawah tempurung.
   
  Tafsiran bahawa seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran 
bulanan daripada kerajaan adalah suatu konklusi yang dibuat oleh akal Najib 
sendiri tanpa beliau memahami maksud keseluruhan wacana manifesto yang 
dilancarkan oleh PAS itu.
   
  Konsep Sebenar Negara Berkebajikan
   
  Konsep Negara Berkebajikan yang dicanangkan itu bukanlah bererti PAS akan 
memberikan semua perkara dan subsidi kepada rakyat secara percuma.
   
  Dasar PAS mengutamakan kepada soal penjimatan perbelanjaan Kerajaan disamping 
menambahkan perbelanjaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan seperti fakir 
miskin, warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan OKU. Mereka yang tidak berkerja 
kerana masalah kesihatan dan juga dalam senarai yang disebutkan adalah layak 
untuk menerima bantuan.
   
  Penyediaan prasarana kepada gologan ini juga dimasukkan dalam rangka bantuan 
jangka panjang agar mereka dapat menikmati hidup yang sama seprti orang lain 
disamping memberikan panduan hidup yang lebih bermakna melalui program 
keagamaan yang lebih holistik dan meluas, bukannya sekadar bertumpu dimasjid 
dan surau.
   
  Peluang Ekonomi Untuk Rakyat
   
  Dalam masa yang sama peluang pekerjaan bagi mereka yang sihat tetapi tidak 
bekerja akan dibuka seluas-luasnya melalui beberapa program ekonomi yang 
dijangka memberikan peluang kepada mereka dalam memberikan sumbangan kepada 
ekonomi Negara.
   
  Program usahawan dan juga latihan kepada belia secara lebih adil dan tidak 
dipolitikkan seperti sekarang akan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira 
mereka itu ahli PAS atau tidak.
   
  Selain itu projek-projek Kerajaan juga akan diagihkan kepada kontraktor kecil 
bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan.
   
  Penggalakkan industri perikanan dan juga pertanian diutamakan dengan golongan 
yang tidak bekerja diberikan peluang menyertai skim yang lebih menarik dan juga 
sasaran dagangan yang lebih teratur berdasarkan keperluan pasaran sedia ada.
   
  BN Bankrapkan Negara, Susahkan Rakyat!
   
  Kegagalan BN selama ini jelas terbukti apabila dasar Perbelanjaan Tidak 
Berhemah yang diperkenalkan melalui projek mega KLCC, Litar Sepang, Marina 
Mewah di Kuala Muda dan Kuala Terengganu dan pelbagai mercu tanda yang menjadi 
tarikkan pelancong. Walhal rakyat marhaien tidak diberikan peluang langsung 
bagi mendekati tempat-tempat ini dalam konteks pembatasan imej sebagaimana 
kawalan ketat KLCC terhadap kualiti dan barang yang dijual di premis yang 
disewakan.
   
  Selain itu, sewa yang mahal telah menyebabkan usahawan tempatan angkat kaki 
kerana tidak mampun dan akhirnya tapak-tapak niaga disewa atau dijual kepada 
pelabur luar.
   
  Perkara yang sama berlaku dalam projek WPI dimana, syarikat dari Timur Tengah 
dan Singapura telah menyuntikkan dana pembangunanya dengan melobi beberapa 
tapak bagi menguasai pasaran Malaysia.
   
  Akhirnya projek mewah ini gagal dinikmati secara menyeluruh kerana yang kaya 
terus kaya dan yang miskin terus miskin.
   
  Negara Tidak Selamat
   
  Selain itu, Najib sendiri mengakui bahawa terdapat lebih 1 juta pedatang 
tanpa izin yang bekerja dinegara ini. Ini membuktikan bahawa Kerajaan BN gagal 
mengawal pintu sempadan Negara hingga adalah warganegara asing yang bebas 
keluar masuk tanpa permit dan merampas peluang pekerjaan yang sepatutnya 
dimiliki oleh orang tempatan.
   
  Pasukan Keselamatan kita bertugas 24 jam sehari mengawal sempadan, tetapi 
bagaimana 2 juta pekerja asing boleh menyeludup masuk dan bekerja dinegara ini.
   
  Ini bukan sekadar isu tiada permit, tetapi ia juga melibatkan soal 
keselamatan Negara yang mana Negara ini seolah-olah tiada system keselamatan 
dan akhirnya rakyat kini dalam ketakutan kerana peningkat kadar jenayah yang 
semakin nyata.
   
  PAS mengemukakan Gagasan Negara Berkebajikkan untuk membawa sistem tadbir 
urus negara yang lebih telus dan bebas rasuah. Dalam masa yang sama kualiti 
keselamatan ditingkatkan dengan memperbetulkan pegawai-pegawai keselamatan 
Negara yang telah rosak dengan gejala Rasuah kerana mengikut prinsip 
‘kepimpinan melalui teladan’ yang dipelopori oleh pemimpin BN.
   
  Prinsip ini baik, tetapi bila pemimpin BN sendiri rosak dan melakukan rasuah 
melalui pelbagai skandal seperti rasuah pembelian kapal selam, AP, bot mewah 
dan sebagainya maka yang menurutinya juga pasti ribut dengan pelbagai gejala 
yang merosakkan sistem tadbiran Negara.
   
  Menteri Kabinet BN Menerima Keistimewaan Melampau
   
  Negara Berkebajikan yang dibawakan oleh PAS juga menafikan keistimewaan yang 
melampau yang harus diberikan kepada para Menteri. Pada masa ini, para Menteri 
dibayar gaji antara 10-20 ribu tidak termasuk elaun, walhal semua perbelanjaan 
dalam hidup mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan termasuk 
minyak petrol percuma tanpa had, pembayaran pelbagai bil, hadiah, majlis 
keraian, pakej pelancongan yang semua dibayar oleh Kerajaan.
   
  Selain itu, mereka juga memegang pelbagai jawatan dalam syarikat milik 
Kerajaan dan turut diberikan pelbagai elaun merangkumi elaun mesyuarat, makan, 
penginapan, tempat tinggal dan pelbagai lagi.
   
  Tidak cukup dengan itu, setiap sen yang mereka keluarkan juga boleh di 
berikan bayaran gantian, makna mereka langsung tidak membayar apa-apa pun untuk 
hidup.
   
  Memang mereka layak mendapat sedikit manfaat atas jasa mereka, tetapi adalah 
melampau bila mana mereka membazirkan duit rakyat membina mahligai mewah, 
membeli nombor pendaftar bertuah yang berharga ratusan ribu tanpa memikirkan 
nasib rakyat yang masih ramai lagi yang susah.
   
  Dana Negara dapat dijimatkan bila mana para Menteri dan wakil rakyat dapat 
dikurangkan beberapa elaun yang bertindih dan melebihi keperluan hidup mereka..
   
  Perniagaan Micro Untuk Rakyat Diperbanyakkan
   
  Selain itu, akaun Negara juga dapat di kembangkan dengan meningkatkan 
aktiviti ekonomi yang lebih memberikan manfaat pada rakyat melalui projek 
ekonomi yang terus pada rakyat walaupun ianya merupakan perniagaan micro.
   
  Peruntukkan subsidi berbillion terhadap konsensi tol setiap tahun dapat 
dikurangkan jika kerajaan membeli semua tol diseluruh Negara kerana jumlah 
subsidi yang diberikan bagi tempoh setahun sebenarnya melebihi dari kos 
pembinaannya.
   
  Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita jimatkan tetapi BN sendiri sengaja 
menutup mata kerana membankrapkan Negara dan rakyat adalah hasrat mereka. Dan 
perkara ini akan terus berlaku, harga barang akan terus naik selagi BN 
memerintah. Rakyat akan susah dan bila susah, akan mudah BN mengugut rakyat 
dengan tidak mahu beri subsidi kalau tidak berikan sokongan.
   
  Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan tertipu pada janji manis BN yang telah 50 
tahun menipu dan mencuri dana negara untuk kepentingan mereka!

   







    
  Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya 
  DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  Bank Islam : 14023010000110
  Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
  Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024


  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke